Bab 13

Romance Completed 7183

Hana yang berseluar jeans berwarna hitam di gayakan dengan baju blaus berwarna merah cukup mempesonakan siapa-siapa yang melihatnya.

Dia berlalu ke arah reception untuk check out. Ketika dia sedang menunggu di kaunter datang seseorang menyapanya.

“Cik Hana dah nak check out ya? Cepatnya. Nginap lah di sini lagi 2, 3 hari ke. Tak sempat kami nak layan Cik Hana dengan betul-betul” Sara masih beramah mesra dengan Hana. Mungkin itu adalah sikapnya.

“Sara, saya rasa lebih mesra kalau kita tak ber’cik’. Panggil je saya Hana. Ala, saya tak kisah pun. Dapat menginap di Resort Real Dream ni pun dah cukup

mengkagumkan saya. Ya lah, five star tu” Hana juga cuba beramah mesra dengan Sara.

“Hana, saya pun berharap agar Encik Hero dapat kembali bekerja semula bersama dengan Tuan Hassan. Terima kasih atas usaha Hana untuk menyakinkan Tuan Hassan

tentang perubahan Encik Hero” Sara meluahkan isi hatinya. Dia pun kesal jika Encik Hero tidak di beri peluang kali kedua.

Hana tersenyum. Dia menganggukan kepala tanda bersetuju.

“Saya cuma terhutang budi dengan Encik Hero. Dia dah tolong saya, giliran saya pula menolong dia. Sara, nanti kirim salam dekat Encik Hero ya” Hana sudah menyelesaikan urusan check out nya. Dia bersalam dengan Sara dan berjalan keluar menunggu teksi untuk ke lapangan terbang.

Tiba-tiba ada sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu berhenti tepat-tepat di depan Hana.

“Mewahnya teksi yang aku order. Pakai Honda Civic tu” Hana berceloteh.

Tetingkap kereta di turunkan dan terlihat seraut wajah yang baru di kenali semalam. Hana tersenyum. ‘Sempat juga dia datang berjumpa dengan aku. Hero,
Hero..’

“Boleh saya bantu?” Hero mengusik.

“Boleh. Tolong park kan kereta kat depan sikit nanti teksi nak park dekat mana? Kesian pak cik teksi” Gurau Hana.

“Pak cik teksi je yang awak kesiankan, saya?” Hero menanggalkan cermin mata hitamnya.

“Bolehlah tapi sikit je nanti lebih-lebihkan herm.. naik minyak” Hana menjelingkan mata membuatkan Hero tergelak.

Hero keluar dari isi kereta dan pergi ke arah Hana. “Jom, saya hantarkan awak ke lapangan terbang” Hero membukakan pintu untuk Hana.

“Saya dah tempeh teksi lah Hero, sorry..”

Hero tersengih. “Hari ini semua pak cik teksi cuti. Masuk je lah. Nanti terlepas flight, jangan salahkan saya”

Sebenarnya Hero sudah menyusun plan. Dia meminta bantuan Sara untuk menelefon kembali tempat teksi yang Hana order tadi untuk di batal.

“Cuti apanya? Tadi baru je saya call. Dia kata ok je” Wajah blur Hana makin menambahkan kesungguhan dia untuk menyakat Hana.

“Naik je. Tak apa.. pak cik teksi tak marah pun kalau tak jadi” Hero dah mengangkat beg Hana dan di masuk kan ke seat belakang.

Hana menggaru-garukan kepalanya. Akhirnya dia masuk juga ke dalam kereta Hero. Berada di sebelah Hero cukup mendebarkan hatinya seperti ada perasaan lain.

‘Apa aku ni, dah tak keruan ke apa? Hahaha’ Hana berkata sendirian di dalam hati.
Hero juga seperti terasa ada perasaan lain di hatinya apabila melihat wajah Hana dari dekat. Semalam tak sempat nak tengok betul-betul wajah gadis itu. Cukup menarik, bibir yang kecil tapi menyerlah, hidungnya juga sangat comel. Hero tersenyum kecil. Macam muka pelakon Demi Lovato pun ada. Kecil dan comel.

Hana terpandang senyuman kecil di bibir Hero. Hatinya makin pantas berdegup.

‘Ala, comel lah pula. Hana, jangan cari pasal’

“Hah, muka berkerut macam tu pasti kutuk saya dalam diam-diam lah tu” Hero menyergah Hana.

“Tak baik tau menuduh. Saya hairanlah macam mana mood awak boleh bertukar happy semacam je ni?” Hana cuba menutup debar di hatinya.

“Saya dah jumpa penawar hati sebab itu tersenyum” Hero cuba memancing Hana.

“Oh, dah nak kahwin eh?” Namun lain pula di agak oleh Hana.Hero mengeluh. “Sekarang tak lagi mungkin tahun depan ke” Hero mencuba sekali lagi.

“Apa ni.. main teka-teki ke? Apa-apa je lah. Nanti kalau nak kahwin jangan lupa jemput saya sudah” Kali ini makin kuat Hero mengeluh.

‘Apa susah sangat si Hana ni faham?’

Mereka sudah sampai di lapangan terbang. Hero juga dah berjaya meletak kan kereta di parking. Hana kelihatan sedikit tergesa-gesa.

Hana segera keluar dan mengambil begnya di belakang.

“Kenapa tergesa-gesa sangat ni?” Hero membantu Hana.

Hana juga tidak tahu mengapa dia seolah tergesa-gesa ingin cepat menaiki kapal terbang.

“Ok lah Hero. Terima kasih sebab sudi hantar saya sampai ke lapangan terbang ni. Saya pergi dulu ya” Belum sempat Hana berlalu Hero menarik tangan Hana.

“Awak terasa ke dengan kata-kata saya tadi?” Suara Hero bertukar menjadi romantik menambahkan lagi debar di hati Hana.

“Apa ni Hero? Tak sopanlah orang tengok” Hana cuba menarik tangannya.

“Hana, terima kasih sebab percayakan saya. Awak betul-betul percayakan saya sehingga sanggup berjumpa dengan Daddy saya, yakinkan dia untuk terima saya bekerja dengan dia semula. Thanks Hana.. Saya dah kembali bekerja dengan Daddy semula. Mungkin kali ini rezeki saya lebih bertuah kut” Hero masih berteka-
teki sedangkan Hana masih terpinga-pinga.

“Hero, Hana dah lambat ni. Tahniah sebab dapat semula bekerja di resort dan kerja dengan bersungguh-sungguh ya. Assalamuallaikum” Hana menarik lembut tangannya dari genggaman Hero tapi genggaman itu cukup kuat sekali.

“Hana dah lambat ni. janganlah buat hal dekat sini pula” Hana seakan merayu pada Hero namun Hero tetap terus memegang erat tangan Hana sambil memandang anak mata Hana.

“Hana, hati Hero dah kalah dengan hati Hana. Mungkin hati Hana tak sama dengan apa yang hati Hero sedang rasa sekarang tapi Hero betul-betul dah jatuh hati dengan Hana. Kepercayaan yang Hana beri pada Hero sangat berharga. Hero tak sanggup nak lepaskan orang yang benar-benar menghargai diri Hero. Hero harap
nanti bila kita berjumpa semula Hana boleh berterus terang tentang hati Hana terhadap Hero. Boleh?” Hero berterus terang juga akhirnya. Dia telah menutup ego dan keras kepalanya hanya untuk kepercayaan Hana yang cukup menyentuh hatinya.

Hana kaku. Segala luahan itu cukup membuatnya menjadi beku seperti kiub-kiub ais. Suara Hero cukup romantik sehingga dia terasa ingin pengsan di depan
lapangan terbang itu.

‘Relax Hana. Cover apa yang boleh kau cover. Jangan tunjuk sangat kau happy, beri dia masa dulu. Bila kau dah pasti dia betul-betul ikhlas dengan kau, barulah kau bagi jawapan’ Hati Hana segera menyedarkan dirinya dari terus kaku di situ.

“InsyaAllah” Hanya satu perkataan itu terkeluar dari mulutnya.

Hero tersenyum. Melihat wajah Hana yang bagai di panah petir itu cukup mengelikan hatinya.

‘Ini dia belum tahu lagi yang aku dah dapat bertukar kerja di Kuala Lumpur. Makin kaku dia nanti’ Hero mengomel di hati.

“Ok. Jom Hero hantarkan Hana sampai ke dalam. Bolehlah kita borak lama-lama sikit” Hero sudah melepaskan genggaman tangan Hana. Sekarang dia beralih pula
mengambil beg di tangan Hana dan mengangkatnya.

Hana tersenyum. Dia berjalan masuk ke dalam lapangan terbang dahulu dan di turuti oleh Hero di belakang. Sampai sahaja di depan balai pelepasan Hero segera menyerahkan beg kepada Hana. Hero masih menyembunyikan sesuatu hal yang mungkin memeranjatkan Hana namun biarlah ia menjadi kejutan buat Hana di sana.

Tiba-tiba Hero datang dekat pada Hana dan berbisik

“I will follow you and make you as mine. Wait me..” Hana hanya mampu tersenyum dengan kata-kata itu. Dia juga makin tidak faham dengan apa yang terjadi namun

dia sedar mungkin bulan depan atau bulan depan lagi dia pasti akan faham keadaan sebenar. Hana yakin yang mereka pasti akan bertemu semula. Bila dan di mana? Hanya Allah yang mengetahuinya.

Hana berlalu meninggalkan Hero dengan satu perasaan yang cukup asing dari dirinya. Iaitu rindu.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience