BAB 4

Fanfiction Completed 5662

"Seokjin? Hmm asyik teringat Seokjin je. " Jimin membuat muka ala-ala doraemon tak dapat penkek dia.

Eh ade ke?

"Taklah. Just saya pelik dia takde. Dah tido ke?" Aku tanya lagi pasal Seokjin sambil menutup pintu rumah.

"Tadi kami dah ajak keluar, dia cakap nak study." Namjoon menjawab.

Aku mengangguk faham.

Opocot! Aku baru sedar yang aku lupa pakai bra berspan peningggalan mak nenek moyang aku! Olohmak! Macam mane ni?

Dengan spontan aku menyilang tangan di dada. Aku perati budak berlima ni dan aku terpandang jaket tebal yang dipakai oleh Yoongi.

Yoongi-ah...

"Ah~ sejuknya. Menyesal saya tak tukar baju tadi." Niat aku cuma satu, aku cuba memancing Yoongi.

"Sejuknya." Aku bersuara lagi.

"Sejuk sangat ke? Meh saya peluk. Saya darah panas." Dan dengan merasmikan muka byuntae dia tu, Jimin mendepangkan tangan dan menghampiri aku.

Eh eh apa nii?!

aku dengan sengaja berlari ke arah Yoongi.

"Jimin buat hal. Dia nak buat jenayah." Dengan lagak lelaki bergaya, Namjoon sudah mula menghalang Jimin.

"Jimin memang~ dah lah biarlah aku buat gaya gentleman sikit." Yoong bersuara seraya memberi harapan emas buat aku.

Dengan bergayanya, Yoongi menanggalkan jaketnya lalu menyarung tubuh aku.

Yesh!

Yang lain hanya buat muka cemberut.
Aku berasa sedikit selamat.

"Dah jom beli burger kat kedai ahjussi buncit. Aku belanja." Taehyung bersuara dan disambut oleh jeritan budak-budak tak cukup matang itu.

"Okay, Yoongi tunggu sini, aku dengan yang lain nak pergi order." Mereka mengangguk dengan cadangan Hoseok itu.

"Ala biarlah aku dengan Jungkook yang tinggal sini." Jimin merungut.

"Tak boleh. Nanti benda lain pulak yang jadi." Namjoon sempat meluku kepala Jimin sebelum berlari mengikut langkah Hoseok dan Taehyung yang sudah bergerak.

"Lekaslah."

Dengar sahaja perkataan yang diucapkan Yoongi itu, Jimin bergerak dengan malas.

"Selesa dengan jaket tu?" Yoongi bersuara sebaik sahaja budak byuntae hilang dari pandangan.

"Ya." Opkos selesa sebab dapat tutup dada aku yang lupa dipakaikan benda penting bagi perempuan.

"Oh. Hmm. Hehe."

eh eh dah kenapa nya ni ?!. Malu2 kucing pulak dah.

Aku tengok Yoongi ni comel gila. Tapi tak sehensem Seokjin.

"Oh sekejap awak duduk sini diam-diam tau. Tunggu tau Jungkook." Tanpa aku sempat membalas, Yoongi terus berlari pergi ke satu arah.

Aku abaikan saja.

Hmm amannya dekat sini. Tak banyak pokok. Angin sejuk sepoi-sepoi. Hmm amannya~

"Jungkook-ah?"

Tiba tiba satu suara menegur aku. Aku pantas toleh kebelakang dan pemandangan aku waktu itu adalah Seokjin yang bergaya agak simple.

Apa dia buat kat sini?

"Seokjin ah.."

"apa awak buat kat sini? Bukan sepatutnya dengan Yoongi, Taehyung dengan yang lain?"

"Diorang pergi beli burger." Aku menjawab pendek.

"Awak tak takut duduk sorang2?" Seokjin mendekati aku

Aku hanya menggeleng.

"Marilah duduk sini." Lelaki itu mengajak aku duduj di kerusi yang berhampiran.

"Awak tinggal sorang ke dengan omma and appa awak?" Seokjin memulakan perbualan.

"Omma dan appa dah tiada."

"Oh? Maafkan saya."

"Eh takpe."

"Awak duduk dengan diorang sebab tak ade rumah ke macam mana?" Aku pula cuba bertanya.

"Oh. Uhm. Appa saya selalu sibuk dan tak banyak masa untuk saya. Lebih baik saya duduk rumah diorang. Diorang pun easy going."

"oh omma aw.."

"omma saya dah tiada jugak."

Aku terkedu. Oh~ aku menundukkan wajah tanda simpati.

"Sebenarnya, saya.. saya.. "Seokjin seperti mahu mengatakan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience