BAB 43

Fanfiction Completed 5662

Aku duduk di buaian dan mula berbuai. Aku ada minta seseorang untuk berjumpa tadi. Namun sekarang kuku ibu jari orang tu pun masih belum kelihatan.

Aku rasa bahagia sikit sebab masalah aku dah selesai. Cuma tinggal masalah mental yang dihidapi Jimin. Walaupun aku lelaki, dia boleh cakap yang dia masih sukakan aku. Alasan?

"Sebab kau masih Jungkook!"

Itulah alasan yang dia bagi setiap kali aku tanya. Entah aku nak buat apa dengan dia aku tak tahu.

"Jungkook."

Aku terus pandang belakang sebaik sahaja seseorang memanggil aku. Aha! Orang yang ditunggu sudah pun tiba.

"Taehyung. Duduklah dekat buaian sebelah aku ni." Aku menunjukkan buaian disebelah yang kosong. Maksud kosong disini ialah tak ada orang duduk.

Taehyung duduk dan mula membuai kecil. Aku tahu dia tak selesa. Aku tarik nafas menenangkan fikiran.

"Aku mintak maaf tau." Aku menutur kata.

"Telinga aku akan berdarah kalau kau cakap lagi pasal maaf." Taehyung senyum. Menyembunyikan ketidakselesaan.

"Oh uhm. Aku tak nak kau kecewa. Hati kau bukan untuk aku yang sama jenis ni. Nanti aku cari kan kau awek."

"Betul? Kalau macam tu aku nak awek yang muka dia sama macam kau. Boleh kau cari?"

Aduh gawat! Pelik betullah citarasa si Taehyung ni. Tapi macam biasa aku akan salahkan kecomelan aku kerana terlampau menyerlah.

"Kau ni.." aku merungut.

"Aku tak tahu kenapa. Kau baik sangat bila jadi Jungkook versi perempuan. Muka kau cantik. Pendiam. Sebab tu aku boleh suka kau. Tapi sekarang.."

Taehyung berhenti sekejap sebelum menyambung.

"...Aku jeles lah sebab kau flower boy. Muka jambu. Aku tak boleh nampak orang comel comel ni."

Ya. Terima kasih Taehyung. Aku tahu sejak azali lagi yang aku flower boy. Tahniah kerana perasan akan keflowerboyan aku ni.

"Biasalah. Ni Jungkook lah." Aku mendabik dada kerana terlalu perasan.

"Kau aku tak tahu pulak yang jenis makhluk kuat perasan." Taehyung bangun dari buaian.

Aku pun ikut jejaknya dan melemparkan sengihan maut.

"Aku bukan perasan. Tapi dah benda betul bro. Benda betul." Aku memeluk bahu Taehyung dan mula gerak menuju ke luar kawasan taman.

"Aku bertukar jadi teletubies karang baru kau tahu. Aku.."

Belum sempat Taehyung menghabiskan ayat, aku sudah bergerak ke hadapan.

"Where are we going?" Aku tepuk tangan tiga kali sebelum menyambung.

"..Jungkook's house!"

"where are we going?" Aku tepuk lagi tiga kali.

"Jungkook's house!" Taehyung menempik. Dia maju mendekati aku dan kami pun sama sama berjalan sambil diiringi lagu Dora The Explore tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience