BAB 41

Fanfiction Completed 5662

Seokjin's POV

Aku mengetuk pintu rumah sewa aku dengan budak berlima tu. Masih belum ada tanda orang nak bukak. Aku cuba lagi dan mula terdengar bunyi pintu bakal di bukak.

Mula mula yang menyapa pandangan aku adalah wajah Namjoon. Diikuti muka Jimin, Yoongi dan Taehyung. Hoseok tidak kelihatan.

"SEOKJIN!" Sekelip mata semua dah menerpa ke arah aku dan mulalah sesi berpelukan. Aduhai budak budak manja ni.

"Kau pergi mana punya lama tak balik!" Namjoon bertanya sambil membawa beg aku masuk ke dalam.

Aku tak menjawab dan aku terus berlanding di atas sofa. Yang lain pun ikut serta.

"Kau ni tak pasal tinggal kita orang. Kau tahu tak betapa merananya kami. Kami terpaksa makan masakan Yoongi sampai tandas pun nak roboh sebab selalu masuk." Taehyung mengadu.

Aku hanya tersengih. Alahai. Nak masakan aku jugak tu.

"Maafkan aku. Aku ada masalah sikit kebelakangan ni. Korang jangan risau. Masalah aku dah settle." Aku membetulkan duduk.

"Uh weh kenapa dengan pipi kau tu?" Namjoon cuba memegang pipi aku yang belum surut bengkak dan aku cepat cepat mengelak.

"Uh umm.. aku langgar pokok." Aku berbohong.

"Tak payah nak tipu lah weh. Aku dah kawan dengan kau lama tau tak. Kau dah macam omma aku dah." Yoongi membebel.

"Bukan 'omma aku' tapi 'omma kami' janganlah lupa mention kita orang." Jimin menegur. Dan Yoongi terangguk angguk.

"Uh.. wei. Aku ada benda nak cakap sikit ni." Aku menarik nafas dalam dalam.

Semua makhluk depan aku ni semua dah series tunggu aku sambung cakap.

"Better korang jumpa je lah dia nanti." Aku menyambung membuatkn semua buat muka cemberut.

"Siapa?" Jimin menyoal.

"Jungkook." Hanya dengan sebut nama itu sahaja semua muka dah berubah macam nampak makhluk halus.

"Kenapa dengan dia? Aku ada pergi rumah dia hari tu tapi kosong tak ada orang. Aku syak kau duduk rumah dia last2 dia pun tak ada jugak. Sampai Yoongi syak korang kahwin lari." Namjoon becerita.

"Entah betul ke tekaan aku bro?" Yoongi mengangkat kening dan aku hanya tersengih.

"Hoseok mana?" Aku menukar topik. Satu bantal melekat di muka aku. YOongi ni lah.

"Pandai je kau tukar topik. Ha lupa aku nak cakap. Hoseok demam sebab rindu kat kau. Siang malam sebut nama kau tak berenti. Baik kau pergi tengok cepat. Kalau dia tak sembuh jugak lepas tengok kau, aku nak tekup terus muka dia dengan bantal." Woah kejam nya. Aku menyepak Yoongi sekali sebelum bangun menuju bilik Hoseok.

"Hoseok ah." Aku cuba mengejut Hoseok dan dengan perlahan Hoseok membuka mata.

"Seokjin.." Kata Hoseok lemah.

"Alahai kau ni. Jangan lah lemah sangat. Ni aku Seokjin. Kau sihat lah cepat. Nanti aku masakkan untuk kau."

Aku memegang kepala Hoseok. Diorang dah macam adik aku dah tapi hakikatnya diorang memang adik aku. Dan diorang pulak dah anggap aku macam omma diorang. Semua nak bergantung kat aku.

"Kau pergi mana?" Suara Hoseok tenggelam timbul. Teruk sangat ni demamnya.

"Aku selesaikan masalah sikit. Kau tak payah risau. Yang penting, kau kena cepat sihat. Sebab nanti Yoongi nak tekup muka kau dengan bantal kalau kau tak sihat jugak." Aku berkata lagi.

"Yelah. Aku nak sihat lah ni. Aku akan sihat. Sebab kau dah balik. Aku risaukan kau tau tak. Lain kali jangan buat macam ni dah." Aku mengangguk dengan kata kata Hoseok.

"Kids. Jom tolong aku masak. Kita makan sama sama nanti." Aku bangun dan menuju ke dapur.

"Kids kau panggil kami? Wei kau lahir 4 december tau. Kau tu yang kids." Namjoon memeluk bahu aku dan beiringan ke dapur.

Aku hanya tersenyum.

Tahun lain bro. Tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience