BAB 23

Fanfiction Completed 5662

Aku melangkah ke sekolah dengan lambat. Aku malu lah pulak nak jumpa Yoongi dengan Taehyung. Tulah aku ni pun, yang comel sangat kenapa?

Aku sedar yang aku lambat pergi sekolah hari ni. Mata aku pun mengantuk lagi. Semua sebab cerita hantu yang Woozi pasang semalam. Apesal cerita tu best sangat!

Aku masuk je kelas tengok dah ramai yang datang. Yoongi aku tak nampak kelibat dia. Aku cari Taehyung pulak. Dia tengah termenung sorang sorang layan perasaan.

Aku duduk di tempat aku. Seokjin pun masih tidak kelihatan. Aku mengeluh.

"Woi." Woozi memanggil. Dia memusingkan kerusinya menghadap belakang iaitu terus berhadapan aku.

"Apehal? Aku nak tanam kepala kau balik nanti. Kau tak kejut aku pehal? Kau biar aku tidur bawah meja ruang tamu? Sungguh kejam dirimu Woozi." Aku berkata malas. Dagu ditongkat dengan lengan.

"Mian la. Bukan aku sengaja." Woozi tersengih.

"Kau okay ke tak ni? Ke hantu nenek semalam tu cari kau?" Kata kata Woozi membuatkan aku tiba tiba meremang.

"Karang aku lempang kau mulut tu duduk tepi telinga pulak baru tahu!" Aku mengangkat tangan lagak mahu melempang.

"Rileks la wei."

"Ehem."

Aku dan Woozi serentak memandang empunya yang ehem tadi. Eleh budak ni laa.

"Jimin ah." Woozi memandang Jimin pelik.

"Jimin marah ni. Jungkook Jimin punya. Jimin suka Jungkook. So kau si Woozi tak berhak ambik Jungkook Jimin." Jari telunjuknya digoyang goyangkan depan muka Woozi.

Budak tadika mana lah pulak ni.

"Arraseo. Jungkook.. dia datang." Woozi sempat membisik sebelum memandang hadapan semula.

"Jungkook. Jimin merajuk." Jimin memuncungkan mulut.

"Merajuk je lah. Saya boleh tidur sekejap."

"huh~ Jimin sedih.. Hati Jimin terluka Jungkook."

"Jimin ah. Boleh tak awak duduk diam sikit. Saya pening ni. Nanti awak tak duduk kat sini, tu saya letak dalam tanah." Aku menegur secara lembut.

"Woah Jungkook marah Jimin. Jimin paham. Jungkook rehat lah dulu. Jimin nak balik tempat." Usai berkata Jimin terus ke tempat duduknya.

"Jimin ni salah makan kut dari kecik." Aku mengomel sendiri.

"Daebak kau act. Kau boleh berlakon jadi awek aku pulak kalau ada perempuan kejar aku. Amacam?" Woozi berkata dalam nada perlahan.

"Michin. Aku snggup terjun laut dari jadi awek kau. Blah la." Aku hanya melihat Woozi terkekeh ketawa lepas aku habis bercakap.

Aku pandang meja Seokjin yang kosong di sebelah. Lepas tu beralih pada meja Yoongi yang juga kosong.

And then aku pandang pulak Taehyung yang masih dalam keadaan yang sama seperti aku baru masuk tadi.

Hai Taehyung. Macam mana aku nak terangkan benda sebenar kalau misi aku belum siap. Aku harap kau sabar. Lepas ni aku boleh cari awek untuk kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience