BAB 1

Fanfiction Completed 5662

Aku membetulkan skirt sekolah yang nampaknya sangat padan dengan kaki aku. Rambut palsu yang panjang aku ikat satu. Bagi aku perempuan yang rambutnya panjang sangatlah merimaskan. Tapi aku terpaksa bersabar menghadapi situasi itu.

"Jungkook, masuklah." Mendengarkan suara guru kelas baru aku itu, membuatkan aku kecut perut. Dengan lagak jalan seperti perempuan, aku masuk dengan kepala ditundukkan.

"Waa Yeppeo!"

"Kyaa! Neomu kwiyeowo!"

Nak gelak ada, nak muntah ada. Macam-ii aku rsa sekarang. Aku dapati sebahagian mata-mata lelaki memandang ke arah aku.

"Perkenalkan diri kamu." Pinta guru tersebut.

"Nama saya Jeon Jungkook. Harap semua baik dengan saya. Terima kasih." Aku bersuara dengan bersahaja. Mujurlah suara aku ini nak kata boy pun boleh, girl pun boleh.

"Wow, Jungkook. You comellah." Kata-kata yang berjaya membuatkan aku hampir muntah hijau aku endahkan.

"Jangan nak mengada, Park Jimin. Jungkook awak boleh duduk tepi Seokjin. Tu dia duduk tepi tingkap belakang sekali tu." Guru yang aku kenali sebagai Cikgu. Lee menunjukkan tempat untuk aku duduk.

"Kamsahamnida, cikgu." Aku mnunduk hormat sebelum melangkah menuju ke tempat yg dinyatakan tadi.

"Wah, Seokjin dapat duduk dengan awek cun." Aku lihat lelaki yg mmpunyai tag nama bertulis "HoSeok" itu menjongket-jongketkan kening.

"Hoseok, pandang depan. Okay sekarang bukak latihan yang cikgu bagi semalam." Cikgu Lee sudah mula bergerak bersama rotan panjang di tangan.

"Namjoon! Kenapa tak siap? Apa alasan awak kali ni ?"

"Setiap kali saya nak tulis mesti pensil patah cikgu." Namjoon jawab dengan disertai muka x bersalahnya.

"Alasan yang sama! Sini tangan!"

Namjoon menghulurkan tangan dan..

Piapp!

satu das rotan dihadiahkan di tangan Namjoon.

Aku hanya melihat Namjoon dengan style rambut yang berwarna kebiruan itu. Lelaki itu nampak bersahaja dan tidak kisah dengan pandangan orang.

"Hai Jungkook."

Aku berpaling melihar orang disebelahku. Seokjin tersenyum. Oh! Handsome doh!

"Hai."

"Awak tahu tak jwapan no.7 ni? saya tinggal satu soalan ni ja sebab saya tak tahu." Aku lihat muka Seokjin kelihatan resah. Aku pun membaca soalan yang tidak difahaminya itu.

"Oh jawapan dia ketebalan logam." Sebaik sahaja aku habis cakap, dia terus tulis jawapan dengan semangat wajanya.

"Gomawo."

Aku memberikan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience