BAB 32

Fanfiction Completed 5662

Yein's POV

[Malam sebelum kejadian di Kilang]

"Oppa." Aku memanggil Seokjin yang sedang makan popcorn tak ingat dunia.

"Ne. Wae?" Jawab Seokjin malas.

"Jungkook dah tiga hari tak pergi sekolah. Yein rasa ada yang tak kena lah." Bila aku sebut je nama Jungkook, terus Seokjin memberi perhatian sepenuhnya pada aku. Eii~

"Rasa ada yang tak kena? Kenapa Yein?" Muka cemas semacam je. Eii karang aku lempang jugak oppa aku sorang ni.

"Haritu betul ke Jungkook ada tanya oppa apa yang oppa rasa kalau appa pembunuh?" Aku bertanya mengambil kepastian.

Seokjin mengangguk mengiakan soalan aku. Aku mengeluh perlahan. Aku rasa betullah Jungkook tu sepupu aku.

"Oppa, kalau Yein cakap Jungkook tu sepupu kita oppa percaya tak?" Aku terkejut bila tiba tiba popcorn yang baru Seokjin masukkan tersembur. Ish.

"Mengarutlah. Jungkook tu perempuan adikku sayang." Seokjin tersengih sambil mengutip popcorn yang terabur.

"Eh. Oppa, jom pergi rumah Jungkook. Yein nak jumpa dia lah." Aku mengajak. Alang alang dia dah kat rumah appa semata mata sebab malas nak masak untuk housemate dia. Siannya kan?

"Ya jomlah. Oppa pun rindu nak jumpa bakal wife oppa tu." Seokjin bangun dan aku menyepak dia sekali.

Kami ambil bas menuju ke perumahan tempat tinggal Seokjin. Sampai je, kami terus melangkah ke rumah Jungkook dan penunjuk arah yang dirasmikan sepenuhnya oleh Seokjin.

"Jungkook ah." Aku mengetuk pintu dua kali. Masih tiada sebarang tanda pintu akan dibukak.

"Jungkook ah!" Kali ni lebih kuat. Bertubi tubi aku ketuk sampaikan aku tak sempat brek tangan aku bila pintu dah terbukak. And seseorang yang membuka pintu terpaksalah terima ketuk free aku tu.

"Mianhae Jung.. eh Woozi?" Aku terpempan tengok Woozi yang masih memegang hidung.

"Huhh? Yein? Seokjin?" Kepala Woozi bergerak ke kiri kanan melihat aku dan Seokjin berulang kali.

"Woozi ah. Kau buat apa kat rumah Jungkook? Jungkook mana?" Seokjin bertanya. Pelik tengok Woozi ada di rumah Jungkook.

"Kalau ye pun. Masuklah dulu. Kita cakap sesuatu." Woozi mbuka pintu seluasnya dan menjemput kami masuk.

"Sebenarnya Jungkook dah 3 hari tak balik rumah. Merata aku cari. Tak jumpa." Woozi bersuara sebaik sahaja kami duduk.

"Hah? Jap sebelum tu. Apasal kau boleh duduk rumah Jungkook ni?" Aku bertanya.

"Aku anak angkat omma dan appa Jungkook." Woozi menjawab. Menambahkan keyakinan bahawa Jungkooklah lelaki yang selalu main dengannya. So Woozi? Yang lelaki lagi sorang tu ke?

"Anak angkat? Kau.. kau ada terima gambar tak masa kau kat kampung?" Aku bertanya dan Woozi mempamerkan riak terkejut seolah olah mendapat tahu yang unicorn wujud.

"Jadi kaulah yang hantar kat aku gambar appa kau.." Ayat Woozi tergantung.

Aku melirik ke arah Seokjin. Okay biarkan dia tengah blur dan muka pun macam orang dungu je.

"Macam mana kau boleh hantar gambar tu dekat alamat kampung aku?" Woozi bertanya.

"Dulu appa dan omma angkat kau aka omma appa Jungkook pernah bawak aku dengan Jungkook pergi sana nak ambik kau." Aku menjawab

"Tajam jugak ingatan kau Yein."

"Ni Yein lah."

"Weh. Kau tahu kan appa kau yang dah bunuh omma appa Jungkook?" Woozi bertanya lagi.

"Ya masa kejadian aku tak sengaja boleh ada kat situ. Aku takut mula mula pastu terdetik nak tangkap gambar. Asalnya nak cari Jungkook setelah lama tak jumpa and nak bgi dia gbar ni. Tup tup dengar berita yang Jungkook kena bunuh." Aku bercerita.

"Tu pasal kau bagi dekat aku?" Woozi bertanya sambil jari telunjuknya menghala ke arah diri sendiri.

"Ya."

"Hmm."

"Betul ke apa yang aku dengar ni." Seokjin mula bersuara stelah sekian lama mendungukan diri.

"Jadi Jungkook tu lelaki lah?" Seokjin bertanya.

"Yelah kut. Kan Woozi?" Aku memandang Woozi.

"Ya Jungkook tu lelaki. Dia terpaksa tukar imej dia sebab nak elakkan appa kau cam dia waktu masuk sekolah."

"Oh. Em aku rasa appa aku dah culik Jungkook lah." Aku bersuara pulak.

"Aku pun rasa yang sama. Tapi aku tak tahu mana nak cari dia. Aku harap korang boleh tolong aku." Woozi melekapkan kedua belah tapak tangan.

"Erm aku usahakan. Aku nak cuba cari dekat kilang lama hujung bandar sana." Aku bangun dan Seokjin memandang aku terpinga pinga.

"Yein nak pergi mana?" Seokjin bangun sekali. Ni dah apesal muka cemberut semacam je.

"Nak cari Jungkook aka 'bakal wife oppa' tu lah." Aku sengaja menekan perkataan tersebut.

"Oh um." Lemah je bunyi.

"Palli!"

Aku dan Seokjin pun bergerak ke rumah dulu sebelum mengambil keputusan untuk pergi ke kilang trsebut esok hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience