BAB 46

Fanfiction Completed 5662

Woah aku betul betul tak sangka yang kehidupan aku dah normal macam dulu. Cuma mental aku tak berapa normal apabila si Jimin yang tak abih abih kacau kehidupan aku ni.

Aku akan pastikan lepas ni aku ambik nombor telefon hospital mental berdekatan dan nombor pemulihan mental kalau Jimin bertambah teruk.

Masalah aku dah selesai. Seokjin hyung pun dah menjalankan tugas sebagai pengetua baru sekolah dengan jayanya. Cuma ada yang bertukar sikit bila dia jadi pengetua.

Kebanyakan sudut kat sekolah ni dicat baru. Hmm hyung aku sorang tu kemaruk pink! So semua kalau boleh nak tukar warna pink.

Tapi cadangan tu dibantah keras oleh sebahagian pelajar dan ketua kepala pembantah adalah Yoongi sendiri. Tidak swag katanya.

Segala persoalan yang melibatkan segmen 'Jungkook Lelaki?' dan juga segmen 'Macam Mana Seokjin Boleh Jadi Pengetua?' Telah pun dijawab dengan semangat waja oleh aku , si Namjoon, happy Hoseok, mentally Jiminnie, si pelik Taehyung, dan si Swag Forever Yoongi.

Persekolahan berjalan macam biasa tetapi bilik pengetua selalu jadi ancaman si Gukjoo and the geng.

Berfangirling depan bilik pengetua membuatkan Seokjin hyung mengupah dua orang askar rasmi iaitu Namjoon dan Yoongi yang suka menyepak orang.

Seokjin hyung dah ajak aku dan Woozi tinggal kat banglo appa dia. Budak berlima yang lain tu dah sewa rumah kat sebelah tapi sewanya dibayar Seokjin hyung.

Tengok.. hyung baik.

Yein? Untuk makluman semua, dia dah jadi girlfriend aku sejak 3 jam tadi atas paksaan aku sendiri.

Hahaha aku dah suka dia nak buat macam mana? Dia pun suka aku jugak just dia suka jual mahal.

Dan secara rasmi jugak Yein disenaraikan sebagai musuh abadi Jimin.

Aku memang pelik dengan sorang tu. Haish.

Gukjoo dah tak cari gaduh dengan aku. Walaupun dia fangirl Seokjin, pernah sekali dia hantar surat cinta kat aku. Haa tau pun aku handsome.

"Woi!" Aku berpaling. Mematikan lamunan aku apabila ada makhluk yang tak berbudi bahasa menjerit.

"Kau ni aku libas dengan penyapu baru kau tahu." Aku menarik Yein agar duduk sebelah aku.

"Kau berani libas aku? Aku tanam kepala kau nanti." Yein mengugut.

"Kau sanggup tanam kepala boyfriend kau sendiri? Kau menyesal nanti kot." Aku mengambil air botol di tangannya dan meneguk sekali.

"Buat apa aku nak menyesal?"

"Sebab kau dah tak boleh tengok muka boyfriend kau yang handsome ni."

Dan serentak dengan itu, dua sepakan mendarar di kaki aku.

"Kau nak lagi?" Belum sempat aku nak jawab tak nak Yein dah bagi sepakan tambahan buat aku

"Berhenti la weh. Aku cium kau kat sini nanti!" Aku masih cuba menghalang sepakan tu.

"Cium? Haa kalau kau nak mendiang cepat, kau buatlah. Kau buat." Yein memandang aku tajam.

"Haa meh sini!"

Aku memegang kepala Yein agar dekat dengan muka aku. Aku bertindak pun bukan niat nak cium betul. Tapi satu tumbukan padu hinggap kat muka aku.

"Aduduh." Aku mengusap muka.

"Kau ni kan. Padan muka." Yein tersengih. Dia membetulkan rambutnya yang serabai akibat perbuatan Jungkook tadi.

"Aku main main jelah. Kau ni. Jadi girlfriend aku pun ganas nak mampus." Aku merungut.

"Ya memang aku jadi girlfriend ni kena brutal sikit. Lepas kita kahwin baru aku cuba berlembut dengan kau." Yein membetulkan duduk.

"Haha kau nak jugak kahwin dengan aku." Aku tersengih.

"Memang lah. Aku sayang kau. Mestilah aku nak kahwin dengan kau." Yein menjeling.

"Woah. Thanks sayang. Wei, aku ada benda nak bagi ni." Aku terus menghulurkan sekotak coklat dan atas kotak tu aku tulis 'Thanks My Love' besar besar.

"Sempena kau dengan rasminya jadi pemaisuri hati aku. Kita kongsi coklat ni macam kita kongsi kasih sayang kita untuk masa depan. Aku nak beromantik dengan kau aku tak reti." Aku berkata.

"Ni pun kau dah cukup romantik dengan aku. Tapi aku bertambah sesuatu laa.."

Aku mengangkat kening menandakan pelik dengan kata kata Yein itu.

"Bertambah apa?"

"Bertambah sayang kat kau la!" Dengan tak aku duga, Yein memeluk aku erat.

Aku tergelak kecil dan membalas pelukannya.

"Wei, nanti kita selfie banyak banyak. Aku nak tunjuk yang bf aku comel muahaha." Kata Yein sambil jalan beriringan aku menuju ke kelas sebab masa rehat hampir tamat.

"Kau tak nak selfie dengan kekasih gelap kau ke? Pastu tulis lah caption 'Selamat Tinggal. Sampai Disini Sahaja Kisah Kita. Aku Dah Ada Jungkook Yang Handsome.' baru best." Aku bersuara pula.

"Kekasih gelap? Sape woi?"

"Penyapu kau."

"Jungkook!"

Yein menyepak aku buat ke sekian kalinya. Sakit doe.

"Okay okay. Aku mintak maaf sayang." Aku mengepit leher Yein di bawah lengan aku dan menyambung jalan.

"Aku sayang kau." Yein membisik sebelum kami masuk ke kelas

"Acececeh. Bakal pengantin baru dah masuk dah." Usikan itu diucap khas oleh Namjoon.

"Aku nak bagi komen sikit. Hubungan korang... SWAG." Yoongi menunjukkan thumbs up.

"Harap korang berbahagia selamanya. Sebahagia Hoseok yang lihat korang muahaha!"

"Aku akan panggil teletubies iring perkahwinan korang nanti." Taehyung bersuara.

Jimin? Tak cakap apa. Pandang je.

"Jimin you got no jams." Namjoon bersuara apabila menyedari perubahan wajah Jimin.

"Aduh kau ni." Jimin merungut.

"Guys!"

Muncul Seokjin tiba tiba.

Semua mata yang ada kat dalam kelas tu pandang dia.

"Ada berita baik!" Seokjin menjerit.

"Apa dia hyung?" Jimin bertanya.

"Cadangan nak cat kantin kepada warna pink sudah dipersetujui!" Seokjin menjerit dengan semangatnya.

"MWOYA!" Yoongi menggaru kepalanya kasar.

Aku dan Yein hanya tersengih.

Selang beberapa minit, muncul Woozi dengan mulut pucat. Haa dah kenapa dengan budak kecik ni.

"Woozi ah. Gwenchana?" Hoseok menyoal.

"Tak. Rasa nak demam." Suara Woozi kedengaran lemah.

"Wei, nanti ikut aku jumpa doktor tau." Aku bersuara dan mula merapati Woozi yang sudah melentokkan kepala atas meja.

Rambut Woozi aku usap lembut. Kesiannya adik aku sorang ni.

Yang lain sudah sambung bersembang macam diorang je wujud atas muka bumi. Hoseok dengan gelak tak berhentinya. Yoongi dengan swagnya. Namjoon yang paling semangat waja bercerita. Jimin hanya memasang telinga. Taehyung dengan teletubies dia.

Seokjin? Pun dah mula join budak budak berlima yang tak cukup matang tu. Bukan nak jalankan tugas.

Aku masih temankan Woozi yang sudab tertidur. Aku mengambil pandang Yein. Yein tersenyum comel dan mula menyuap aku coklat yang dihadiahkan tadi. Hahaha bahagianya hidup aku sekarang.

Dan..

Aku harap kebahagiaan ni akan jadi milik aku selamanya. Aku berharap sangat.

SEKIAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience