BAB 34

Fanfiction Completed 5662

Woozi's POV

Aku mundar mandir di belakang pintu. Teragak agak nak keluar cari Jungkook. Punya lama aku tunggu panggilan dari Yein dan Seokjin tapi makhluk dua orang tu haram tak telefon langsung.

Aku tak sedap hati tiba tiba dan kepala aku yang agak lambat nak berfungsi, mula teringat tempat yang dinyatakan Yein malam itu.

Kilang? Sungguh ke ada kat situ hah?

Argh pedulikan. Sekarang baik aku pergi balai polis and serahkan semua bukti yang aku ada. Full stop.

Aku mencapai sampul coklat yang mengandungi gambar kejadian yang dihantar oleh Yein. Tapi aku berhenti sebaik sahaja kaki kanan aku sudah berada di luar pintu.

"Kalau kau ada bukti, aku pun ada bukti jugak. Aku malas nak cerita panjang lebar kat kau. Kalau kau nak tahu apa bukti yang aku ada, kau carilah kat seluruh almari baju aku yang besar tu. Kalau berani."

Suara Jungkook seperti terngiang ngiang di kepala aku. Bukti yang Jungkook ada. Apa dia hah?

Aku segera menerobos masuk bilik Jungkook. Ish budak sorang ni. Bilik macam lepas berperang dunia ketiga.

Almari Jungkook yang besar aku dekati dan mulalah operasi mencari bukti yang dinyatakan oleh Jungkook pada aku dulu.

Punya lama aku selongkar dan aku pun terjumpa sebilah pisau yang masih lekat kesan darah elok dibungkus di dalam plastik.

Sehelai kertas yang menunjukkan keputusan makmal aku syak yang Jungkook ni dah cari bukti sendiri.

Dapat je benda yang aku nak cari, terus aku bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat report.

"Tuan, kawan saya dah hilang dekat 4 hari dah tuan. Saya mintak tuan cari orang tua tak guna ni. Saya rasa dialah dalang sebalik kehilangan kawan saya yang saya sayang sngat tu!" Aku berkata. Tapi sepanjang aku bercakap, polis tu pandang aku macam pandangan dah-kenapa-dengan-budak-yang-comel-ni? Mungkinkah?

"Apa kaitan sebenarnya?" Tuan polis bertanya.

"Orang tua tak guna tu appa sedara kawan saya. Dia dah bunuh appa dan omma kandung kawan saya tu. Tapi bila orang tua tu tahu yang kawan saya ada bukti dia pembunuh, dia culik kawan saya. Entah hidup ke lagi tak tau lah. Tolonglah tuan!" Aku menepuk nepuk meja. Berharap yang amat sangat.

"Kejadian bunuh ni dekat mana?" Tuan polis bertanya lagi sambil membelek belek gambar yang ada.

"Dekat taman banglo dekat Busan sana." Aku mengangkat tangan dan menunjuk ke arah yang aku sendiri tak tahu. Anggap jelah tu Busan. Yang Tuan polis pun pergi tengok tempat yang aku tunjuk tu.

"Huh? Kes bunuh yang dengan harta sekali hilang tu ke?" Tuan polis membuat riak terkejut.

"Ya tuan."

"Yeoboseyo! Ni Balai Polis Busan ke? Kes pembunuhan dekat kawasan banglo beberapa tahun lepas masih dibuka atau dah ditutup?" Tuan polis berkata di telefon. Bila masa dia telefon pun aku tak sedar.

"Dibuka? Ada saksi yang bagi bukti berkaitan kes tu jadi boleh tuan datang ke sini?"

"Baik tuan. Saya tunggu." Gagang diletakkan.

"Saya perlu ambil bukti ni untuk dianalisis. Kami akan berusaha dapatkan pembunuh tu. Kamu boleh tunggu sebentar dan boleh tunjukkan lokasi di mana kawan kamu rasa ada."

"Ya tuan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience