BAB 19

Fanfiction Completed 5662

Pagi itu, aku ke sekolah awal dari biasa. Bukan sebab aku rajin dan buang tebiat ke apa. Aku ada benda nak buat ni.

Sampai je sekolah aku tak terus ke klas melainkan satu tempat yang paling aku benci. Iaitu pejabat ilhoon.

Tombol pintu aku pulas. Namun terkunci. Tapi aku cerdik tau tak. Aku keluarkan dawai dan cuba mencungkil kunci dan akhirnya terbuka.

Pejabat gelap. Aku mengeluarkan lampu suluh kecil. Menyuluh setiap ruang yang ada. Aku pun start mencari..

Rantai omma aku.

Aku hanya buat permulaan. Kalau tak ada kat pejabat dia ni, maksudnya dia letak kat rumah.

Setiap laci yang ada, aku bukak. Namun hanya ada dokumen pasal sekolah dengan barang barang yng bukan aku nak cari.

Aku suluh pulak dinding kutlah dia ada buat peti apa apa pulak.

Tiba tiba..

Tap.

Lampu terbuka dan ruang pejabat terang benderang.

Aku spontan pandang belakang sebab terkejut. Mata aku membulat apabila mata aku menyapa tubuh seseorang yang aku kenal sangat.

"Sseok.. seok.. Seokjin?!" Aku tiba tiba gagap.

"Jungkook ah. Awak buat apa dalam pejabat pengetua ni." Soal Seokjin mengejut. Dia mendekati aku.

"Aaa saya saya.. ah! Tadi saya ada nampak tikus masuk bawah celah pintu tu, untuk elakkan kertas ke sofa ke rosak, baik saya tangkap." Aku bohong. Entah dia makan ke tak.

"Jinjjayo?"

"Ne."

Jap. And apa pulak yang Seokjin ni nak buat masuk pejabat ni.

"Awak pulak. Macam mana ada kat sini?" Aku bertanya.

"Tak adalah. Masa saya tengah meronda tadi saya nampak pintu terbuka. Jadi saya datang check la." Terang Seokjin.

"Oh."

"Dah jom keluar. Biarkan je tikus tu. Nanti kalau pengetua sampai, mahu kita kena buang sekolah." Seokjin menarik tangan aku dan aku terdorong mengikut langkahnya

Seokjin menutup pintu dan lampu tapi tangan aku masih tidak dilepaskan.

Aku nak lepas tapi kuat sangat.

Dan lelaki itu pun heret aku sekali menuju ke kelas. Di kelas, aku ternampak budak penyapu yang masih menyapu sampah.

Selalu awal Yein ni.

"Oh opp.." Yein terus berhenti berkata apabila ternampak kelibat aku.

"..ppocot. terkejut Yein." Sambung Yein.

Aku dan Seokjin sama tersengih kecil. Yein menyambung kerjanya dengan agak kelam kabut tak tentu arah.

Aku rasa dia nak cakap oppa lah tadi. Macam dalam tandas hari tu, dia panggil Seokjin oppa.

"Yein, kau selalu awal ya?" Seokjin menanyakan Yein.

"Ye opp.. eh Seokjin. Aku selalu awal hari hari tapi kadang je."

Lagi sekali. Apa diorang ni ha?

Yein terus ke luar kelas dan dengan biasanya dia bawak sekali penyapu. Entah apa yang dia buat tak tahu.

"Jungkook. Awak selalu buat kerja rumah ya?" Seokjin bertanya.

"Uh?"

"tak, tangan awak kasar sikit. Macam tangan lelaki. Tapi biasanya kalau perempuan ni kalau kasar dia banyak buat kerja." Terang Seokjin.

"Ya nampaknya macam tu lah." Aku mengangguk angguk.

"Rajin nya bakal wife saya." Seokjin tersengih.

Hahaha benda woi. Aku pun nak tak nak sengih jugak la.

"Jungkook ah.."

Aku pandang Seokjin.

"Will you be mine?"

Herk? Erk? Mwwwooyaaa~

Aku buat riak terkejut. Seokjin aku tengok mata dia macam berharap. Haih Jungkook tu lah apesal kau comel sangat.

"Haha saya gurau je. Lupakan lupakan." Seokjin tergelak lepas tu terus berpaling dan termenung di luar.

Heh? Seokjin hyung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience