BAB 5

Fanfiction Completed 5662

"Sebenarnya apa?" Jungkook menegur Seokjin yang kelihatan gelabah seperti kehilangan bini.

"Sebenarnya saya bukan 17 tahun."

Bagaikan petir yang memanah aku terkejut beruk malah lebih dari haiwan itu.

"Awa.."

"Umur saya 20" pintas Seokjin laju.

Pergh~ hyung aku! But, jangan dia suruh aku panggil dia oppa sudah. Eh tapi mesti dia tak suruh kalau budak tak matang lima orang yang tengah buat apa pun tak tahu di kedai burger tu tak tahu yang dia ni hyung kami. *Korang paham tak? Kalau tak faham, saya mohon paham-pahamkanlaah*

"mereka..."

"budak-budak tu tak tahu. Tolong jangan bagitahu diorang, Jungkook." Tiba-tiba lelaki itu memegang tangan aku erat

Euww.

Spontan aku tarik tangan dari genggaman Seokjin.

"Oh okay." Aku buat malu-malu sikit. Menambahkan aura keperempuanan. Takkan tiba-tiba nak bagi kaki kan.

"Mianhae." Seokjin meminta maaf atas tindakannya tadi.

"Tapi kenapa awak cerita ni semua pada saya?" Aku bertanya.

"Entahlah. Saya rasa selesa cerita rahsia saya pada awak. Mungkin saya..."

"Woi! Seokjin ke tu?!" Dengan tidak berperikemanusiaan dan tidak mengenal erti berbudi bahasa, Hoseok menjerit mengejutkan aku dan Seokjin.

"Yah! Tadi kata nak study. Tup2 nak jumpa Jungkook ya?" Namjoon menapak mendekati kami dengan burger penuh di mulut.

Ish ish. Makan sambil jalan adalah amalan tak baik. Ambik catatan yaa~

"Mana ada. Aku tiba-tiba rasa nak keluar pastu terjumpalah Jungkook ni. Yang korang tinggal dia sorang2 kenapa?" Seokjin menjawab.

"Eh tadi kami suruh Yoongi..."

"Yah~"

Belum sempat Taehyung habiskan jawapannya, suara seseorang menjerit memotong.

"Yoongi ah! Kau pergi mana? Tinggal Jungkook? Kau sanggup? Kenapa kau tinggal dia wahai Yoongi? Apakah kau tidak mengetahui bahawa Jung..." Serta merta mulut Jimin yang kian mengarut ditutup oleh Hoseok.

"Aku pergi belakang rumah kosong tu. Tak tahan nak muntah." Tipu Yoongi. Padahal dia pergi melompat-lompat, menjerit tanpa suara akibat terlampau bahagia apabila Jungkook memakai jaketnya. Dia bakal peluk jaket itu siang malam dan tidak akan membasuh selamanya.

Euw Yoongi. Kau bukan swag ke?

"Oh? Kenapa muntah? Awak tak sihat ya?" Aku pura-pura ambil berat. Tidak mahu terus terusan diam dan kelihatan dungu.

"Mungkin..." Yoongi jadi malu2.

Yoongi ah! Mana swag kau pergi?

"Amboi, ambil berat nampak?" Kedengaran suara Jimin mengandungi unsur-unsur kejelesan sedikit. Hakikatnya dia memang cemburu.

"Jungkook ni burger awak. Kami hantar awak balik ya. Anak dara tak baik keluar malam-malam. Lagi-lagi kalau ada lelaki byuntae~." Perlahan-lahan mata Hoseok mendarat pada wajah Jimin.

"Asal ada perkataan byuntae je, muka aku. Asal muka aku je, ada byuntae!" Bentak Jimin geram.

"Oh oh? Pak byuntae naik hantu. Baik kita lari." Namjoon sudah mula mahu membuka langkah seribu.

Ish~ aku perati ada saja perangai diorang. Kalau aku tak perlu bersusah payah jadi perempuan, aku mesti akan jadi bising macam diorang.

Hmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience