BAB 10

Fanfiction Completed 5662

Aku melihat jam di tangan. Waktu rehat hampir habis. Namun kelas aku masih lenggang dari penghuninya.

Disebabkan kebosanan yang melampau, aku bangun dan menuju ke tandas. Hasrat untuk membetulkan rambut.

Sampai sahaja di tempat itu, aku agak confuse nak masuk tandas yang mana. Namja or yeoja. AKhirnya mestilah aku pilih tandas yeoja.

Pernah satu hari aku dengan selamba badaknya pergi masuk tandas lelaki. Pelajar lelaki yang ada dalam tu ada yang terkejut, ada yang tengah blur, ada yang tersengih. Aku apa lagi, terus tekup muka dan menjerit ala keperempuanan untuk menyerlahkan aura gadis and then aku blah.

Ketika aku di tandas perempuan, aku terlihat Gukjoo dan dua orang kawannya yang sedang bertukar tukar alat mekap.

Aku buat tak kisah lalu aku membasuh tangan dan mengurus rambut palsu itu. Sesekali aku nampak Gukjoo mencuri pandang aku. Dia pandang, dia pandang lagi.

"Aku tahu aku cantik. Tapi tak payahlah tenung aku macam tu. Nanti mata kau meletup sebab aura aku ni." Haa nah ambik.

Aku terus pandang dia dan matanya sudah membulat serta ada bom atom di dalam anak matanya.

"Kau tak payah nak perasan sangat. Aku lebih cantik dari kau. Sebab tu seokjin oppa suka aku." Gukjoo mengibas ngibas rambutnya.

"Kau tak dengar tadi yang aku bakal wife dia?" Hehe aku rasa syok pulak dah gaduh ngn yeoja. Aku akan pastikan ada asap keluar dari telinga dia dan kepalanya meletus.

"Woi aku tahu yang dia nak uji aku je. Aku terlalu cantik dan baik sebab tu dia uji aku." Tengking Gukjoo.

Aku terus membuat gaya sedang menahan muntah.

"Kau penah dengar flying kick laju-laju?" Aku mengangkat kening.

"Apasal?!"

"Aku pantang mak nenek moyang aku orang kuat perasan ni." Aku bersuara sinis. Suka pulak aku tengok dia dah nak meletus.

"Ohh jadinya kau nak..."

"Ya aku nak sepak kau laju laju."

"Siapa kau nak sepak aku ha?!" Gukjoo sedikit mara ke arah aku.

"Jungkook aka wife Seokjin." Aku pun mara menghadapnya.

"Kau nak aku sepak ke tak ni. Kaki aku dah nak naik nii." Kaki aku dihayun hayunkan. Ala ala bersedia untuk beraksi.

"Kau.. ergh!" Dengan pantas Gukjoo meninggalkan tandas diikuti dua konconya yang hanya mnjadi penonton tadi.

Haih. Hahaha aku tergelak jahat.

Setelah agak lama aku berdandan, aku pun keluar dari tandas. Dan dengn apa yang aku tak berapa nak harap sekarang ni, seseorang yang aku kenali sebagai jebon memanggil aku.

"Kamu yang tinggi lampai tu. Mari sini kejap." Panggil adik appa atau namanya, Jeon Il hoon. ( saya just main letak je nama. :D )

Aku bergerak dengan perasaan yang sedikit gemuruh.

"Masuk pejabat saya sekejap." Pintanya

Haa sudah. Dah kenapa jebon ni? nak tak nak aku terpaksa mengikuti dia ke pejabatnya.

Sesetengah pelajar sudah memerhatikan aku dan melemparkan muka pelik.

"Duduklah." Suruhnya apabila kami sudah tiba di dalam pejabat. Aku lihat sekeliling dan mataku agak membulat apabila terpandangkan sebuah gambar yang tergantung di dinding. Ilhoon , appa and omma aku.

Aku panas hati. Kenapa dia masih letak gambar omma and appa aku? Kenapa.. argh! Aku rasa nak nangis tapi aku tahan apabila Ilhoon memandang tempat yang sama.

"Oh gambar tu ya. Itu hyung saya. Dan isteri dia. Diorang dah mendiang sebab kemalangan jalan raya 3tahun yang lepas." terangnya.

Pembohong! Kau berjaya naikkan semangat aku untuk hancurkan kau! Bukan kemalangan tapi kau sendiri yang bunuh. Sekolah yang kau dirikan ni pun semua harta appa aku!

"Saya panggil kamu nii sebab buku nota ni. Masa kamu terlanggar saya. Benda ni jatuh tapi kamu tak perasan." Terangnya lagi.

Aku mencapai buku itu dan melihat hanya buku nota catatan pelajaran. Ingatkan diari aku.

"Sebenarnya muka kamu ni nak sama dengan mendiang anak sedara saya. Dia meninggal sekali dengan omma appanya. Kemalangan." Ilhoon bersuara lagi menambahkan marah aku dalam hati.

Syaitonn punya makhluk! Kau boleh buat cerita? Anak sedara kau tu hidup lagi! Depan kau ni hah! Kau sendiri yang cuba nak bunuh aku!

"Kau memang nak mati ke?" Aku dah hilang tahap kesabaran yang aku tahan sejak kematian omma dan appa.

"Eh apa kamu cakap ni?" Ilhoon tersentak lalu berdiri.

Aku terus menanggalkan rambut palsu menampakkan rambut aku yang sebenarnya.

"Akulah anak sedara kau yang dah 'mendiang' tu. JEON.. JUNG.. KOOK!" Aku segera menarik nafas dalam untuk menenangkan hati sikit.

Melopong mulut jebon tu tengok aku. Kalau boleh gajah pun muat nak masuk.

"Kau.. macam mana kau." Tergagap gagap orang tua itu dibuatnya.

"Ya aku hidup lagi. Setakat kau humban aku kat gaung tu belum tentu aku boleh mati. Sayangnya otak kau pendek. Jalan tak habis." Kata aku sedikit sinis.

"Berani kau datang sini. Kau.. "

"Dah tu aku nak takut buat apa? Tak silap aku harta duit yang kau bina sekolah ni appa aku punya. Jadi sekolah ni appa aku punya!" Aku membentak.

"Jangan nak mengarut. Aku nak.."

"Jangan sesekali kau nak halau aku dari sekolah yang kau bina dengan harta appa ni. Kalau kau tak nak dihukum baik kau jangan buat sebab aku ada bukti yang kau bunuh omma dan appa aku!"

"Bukti.. ?"

"Ya bukti. Aku cakap bukti. Sorrylah aku tak tahu yang kau kian pekak sekarang ni. By the way. Selamat berjumpa kembali." Aku terus memakai semula rambut palsu dan bergerak ingin keluar.

"Ahh. Aku lupa. Aku nak kau ingat satu benda ni, aku kan pastikan kau dihukum atas perbuatan kau dan aku akan dapatkan semula hak aku. Kau ingat baik-baik jebon tak guna." Dan dengan pantas aku meluru keluar. Beban yang aku pendam selama ni aku rasa agak ringan sedikit.

Aku menarik nafas sebelum melangkah menuju ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience