BAB 21

Fanfiction Completed 5662

Aku membuka pintu rumah perlahan. Bunga ros yang Taehyung bagi tadi masih ada aku pegang.

Dalam langkah aku terselisih Woozi yang sedang menggigit sebuah epal. Ni mesti baru bangun ni.

"Hai Jungkook, pakwe mana pulak yang sangkut kat kau ni?" Woozi bertanya lalu berlanding atas sofa seperti biasa.

"Pakwe nenek kau. Woi, kau dah mandi ke belum?" Aku menanggalkan rambut palsu dan menyangkutnya di dinding.

Dah nampak macam makhluk lain dah. Dinding dah lah putih gantung pulak rambut panjang.

"Aku dah mandi. Baru je siap." Woozi membalas.

Aku hanya mengangguk. Lalu mengambil tempat disebelah Woozi.

"Woi." Aku bersuara.

"Mwo?" Mata Woozi masih memandang televisyen.

"Haritu kau kata kau ada benda nak buat. Benda apa? Kalau kau baik hati kau kongsilah. Kalau kau kejam, maknanya tempah maut dari aku." Aku membetulkan duduk.

Kedengaran Woozi mengeluh.

"Kau betul nak tahu?" Woozi menoleh.

"Kalau tak buat apa aku tanya." Aku membuat muka dungu.

"Aku nak bunuh seseorang. Kau percaya tak?" Kata kata Woozi sungguh mengejutkan aku.

"Siapa? Takkan aku. Aku mintak maaf la selalu sondol kau dengan penyodok tanah dulu." Aku melekapkan tangan pada dada.

"Woi bukanlah. Setakat sondol menyondol tu takkan sampai nak bawak kes bunuh pulak. Aku hargai sondolan kau tu." Woozi tersengih.

"Gila kau ni. Cepatlah bagitahu siapa!" Aku mendesak.

"Mana boleh bagitahu! Eeh~ aku sondol kau pulak nanti baru tahu kau macam mana seksanya aku dulu."

Aku tergelak dekat kata kata Woozi. Entah apa apa budak kecik sorang ni.

"Wei, berani kau sondol aku. Aku kunci kau dalam tandas nanti." Aku pun mengugut.

Teringat kejadian semasa aku terkunci dengan sendirinya dalam tandas. Woozi lah penyelamat aku. Tapi yang sadis pintu tandas hancur dikenakan Woozi.

"Kunci lah kunci. Biar pintu tandas tu pulak pupus nanti aku buat." Woozi tersengih.

"Gila. Kau ni kita adik beradik kan. Dah macam saudara kandung dah. Takkan masalah kau, kau nak rahsia bagai dengan aku." Aku masih bersemangat waja nak tahu siapa yang menjadi mangsa Woozi nanti.

"Aku nak bunuh.."

ha! Ha!

"Anjing jiran kau tu. Menyemak aku nak tido." Terus Woozi bangun meninggalkan aku.

Haih. Mmg patut aku kunci dia nanti. Tengoklah. Woozi aku pandang hingga hilang disebalik dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience