BAB 12

Fanfiction Completed 5662

Aku pergi sekolah seperti biasa. Dengan rambut palsu dan uniform pelajar perempuan. Tapi hari itu adalah hari terakhir aku di sekolah itu.

Sebagai perempuan.

Ya aku ada plan tersendiri. Masuk sahaja di bangunan sekolah, aku terus bergerak ke pejabat untuk menguruskan hal tamat sekolah.

Pintu pejabat aku kuak dengan berhati hati. Pejabat agak lenggang memandangkan beberapa guru pergi mengajar di kelas masing masing.

Aku tercari cari guru kelas aku iaitu Cikgu Lee. Dan tak sampai seminit aku ternampak Cikgu Lee tertidur dan.. ternganga?! Perh.

Aku mndekati lalu menepuk meja dengan agak kuat. Dan aksi bruce lee terus dilancarkan dengan bunyi nya sekali.

"Cikgu." Aku mencuit bahu Cikgu Lee yang terkejut yang amat.

"Huh? Huh?" Terpinga pinga guru perempuan itu dibuatnya.

"Cikgu. Nii saya Jungkook."

"Oh Jungkook. Ada apa datang sini?" Cikgu Lee menjemput aku duduk berhadapannya.

"Ni. Surat untuk saya berhenti sekolah." Aku menghulurkan sampul berwarna coklat tua dan disambut pantas oleh Cikgu Lee.

"Ne?! Kenapa nak berhenti?" Membulat mata Cikgu Lee mmndang aku.

"Saya ada hal. Peribadi." Hanya itu yang aku jawab.

"Sayangnya. Kamu betul ke nii?"

"Ya cikgu. Tolong uruskan semuanya. Gomawo." Aku tundukkan kepala.

"Haish. Kamu ni cikgu tengok gadis yang cerah masa depannya. Tup tup kamu nak berhenti sekolah pulak."

"Mianhae cikgu."

"Em. Jom ke kelas sama sama. Kebetulan ni masa cikgu. Jom." Cikgu Lee bangun bersama rotan dan beberapa buah buku.

Aku hanya ikut di belakang Cikgu Lee. Sampai sahaja di kelas, pelajar yang tadinya sedang membuat bising macam duduk kat pasar ikan, mula berterabur mencari tempat.

"Annyeonghaseyo!"

"Ne!"

Aku terus bergerak ke tempat duduk aku. Aku lihat Seokjin sedang memandang ke luar. Entah ada apa pun aku tak tau. Mario kut.

"Kelas. Dengar ni. Cikgu nak maklumkan yang Jungkook akan berhenti sekolah."

"Mwo?!"

Aku dah agak semua jadi macam tu. Aku baru seminggu lebih duduk sekolah ni. Kenal diorang rapat2 pun belum lagi. Ni muka semua dah macam dengar orang mati.

"Jungkook ah!" Jimin menjerit sambil tangannya menepuk nepuk dada kononnya sebak mendengar berita tadi.

"Jinjja Jungkook? Awak nak berhenti?" Seokjin yang tadinya ralit tengok luar terus bertanya.

"Ne." Aku tunduk.

"Mengapa dikau ingin meninggalkan insan yang mencintaimu oh Jungkook~"

Laah tak abih lagi si Jimin ni. ingatkan drama dia dah tamat tapi makin menjadi jadi pulak dah.

"Jimin. Kamu ni kenapa?" Cikgu Lee menegur.

"Kenapa cikgu tanya? Adakah cikgu berasa gembira apabila orang yang cikgu cintai akan pergi mening.."

"Yah. Merepek!" Namjoon membaling kertas yang digumpal dan tepat mengenai kepala Jimin.

"Tak apa Jimin. Saya kan ada." Hoseok memeluk bahu Jimin ingin menenangkannya.

"Kau bukan Jungkook." Jimin menepis.

"Tak ape jangan risau. Nanti aku tampal kertas dekat dahi aku besar besar tulis JUNGKOOK." Hoseok masih mahu memeluk Jimin.

"Kau tampallah ape pun. Kau tetap bukan Jungkook aku."

"Yah yah. Aku nak tidur!" Tempik Yoongi tiba tiba lalu menyambung tidur. Ok itu je lah kerjanya.

"Dah dah. Tak payah nak sedih sangat. Jimin, Hoseok berhenti berpelukan macam tu. Ok kita mulakan pelajaran kit.."

"Yoongi!" Cikgu Lee menjerit membuatkan lelaki putih melepak itu berpisat bangun.

"Kamu ni kerja tidur aja. Dekat rumah kamu buat apa sampai selalu tidur dalam kelas?" Cikgu Lee melenting.

"Tidur." Jawab Yoongi bersahaja.

"Alaa cikgu. Abaikan je budak putih tu. Sampai bila pun cikgu cakap bukan dia ambik tahu pun." Suara Minhyuk.

"Ya cikgu. Walaupun dia tengah celik mata dia tu, otak dia mana bangun lagi." Sambung Taehyung.

"Yeke?" Cikgu lee membuat muka pelik.

"Ya cuba cikgu tengok ni. Saya selalu jugak buat macam ni." Taehyung menyambung lalu membetulkan kedudukannya menghadap Yoongi yang duduk di sebelahnya.

"Yah babo. Yah michin Yoongi. Kau tahu kaulah makhluk bodoh yang pern.."

Buk.

Satu tendangan hebat mengenai lutut Taehyung.

"Oh otak dia bangun." Taehyung merintih lalu mengusap lututnya yang perit ditendang Yoongi.

"Otak swag aku walaupun dia tidur, dia boleh tafsir lagi apa yang kau cakap." Kata Yoongi lalu menyambung tidur semula.

"Aish. Dahlah bukak buku masing masing. Biarkan budak swag tu tidur." Cikgu Lee sudah mula menulis di papan putih.

Aku tergeleng geleng melihat perangai mereka. Aku tahu yang Yoongi masih belum sedar hal berita yang disampaikan awal kelas tadi.

Amacam kalau dia sedar nanti eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience