BAB 6

Fanfiction Completed 5662

Jam loceng mengejutkan aku yang tadi lena tak ingat dunia. Buka saja mata aku tengok situasi aku kepala sudah ke lantai manakala kaki masih diatas katil.

Bila aku brdiri aku jadi pening-pening lalat walaupun serangga gedik tu tak berapa pening.

Ni opkos laa darah turun ke kepala sebab dia tidur macam kena langgar kapal terbang.

Mujur hari ni cuti sekolah jadi bolehlah dia tak pakai rambut palsu harini. Melainkan kalau budak berlima bersama hyung yang aku sorang je tahu tu datang tanpa diundang.

"Hmm aku nak masak apa ni?" Spontan aku menggaru belakang kepala. Naik serabut pikir masakan yang aku patut hidangkan khas buat VIP iaitu perut aku sendiri.

"Eh?"

Aku mendekati paip singki yang terletak di hujung penjuru. Ada air yang mengalir dari celah paip itu membuatkan singki kelihatan tersumbat.

"Lah apahal pulak ni?" Aku pelik. Takkan aku menggigau sampai gigit paip macam dashyat pulak? Ke ada cik ti dalam rumah ni? dah knp menatang bulu2 tu nak main paip pulak?

Macam2 prsoalan ad. Tapi aku tak boleh jawab.

Aku cuba untuk memusingkan kepala paip tersebut, malah satu kejadian yang tidak diingini langsung dari aku terjadi.

Dengan dashyatnya air pancut keluar membuatkan habis satu badan aku basah.

Dengan terkejut beruk yang masih berbaki, aku berlari mendapatkan telefon yang berada di atas sofa ruang tamu.

Nombor seseorang aku dail secepat mungkin. Hanya orang itu yang aku ada nombornya iaitu...

"Yoongi ah! Boleh datang rumah saya sekejap? Saya nak mintak tolong."

"Ada apa?" Kedengaran malas sahaja suara di hujung talian.

"Datang je lah. Pelishh." Aku merayu. Dan aku dapati dapur aku kian banjir.

"Hmm." Talian diputuskan. Aik kenapa dengan mamat ni? tak mau datang cakap je laah.

Aku segera memakai rambut palsu dan terus pergi ke dapur untuk membuat apa yang patut.

Aku mengambil kain untuk membalut paip yang sudah membuat jahat pada aku. Banyak kain yang aku gunakan sampai dah tak ada kain dekat tempat yang sepatutnya.

Tanpa sempat aku berfikir lebih lanjut, aku automatik bukak baju yang aku pakai dan membalut paip itu lagi.

Dan kini hanya tinggal singlet tebal dan 'benda perempuan.'

Ting tong.

Pintu aku bukak laju lalu muka Yoongi menyapa pandangan.

"Yoongi ah. Paip dapur saya bocor."

Mendengarkan itu, Yoongi terus ke dapur ingin melakukan apa yang patut.

Apa aku nak buat? Baik aku duduk sini. Biar dia buat tu sensorang.

"Jungkook ah!"

Tiba-tiba nama aku dipanggil. Laju aku menapak ke dapur. Dan terlihat Yoongi sedang mencari sesuatu.

"Awak ada simpan barang baiki-baiki tak?" Tanyanya.

"Ada. Dekat laci nombor 3 tu."

Yoongi tanpa banyak bicara, dia terus mengeluarkan alatan yang diperlukan dan pada saat itulah Yoongi terpandang aku.

Gulp. Dan saat itulah aku perasan yang aku tengah pakai...

"Yoon.."

"Kau ni memang. Yang kau pakai macam tu kenapa? Kau memang nak lahirkan zuriat aku ke apa?!" Tanpa diduga ayat itu keluar dari mulut Yoongi.

Bulat mata aku dibuatnya. Apa dia mengarut wei!

"Kau pergi naik atas sana. Pergi masuk bilik. Jangan keluar bilik selagi aku tak panggil. Pakai baju. Kalau kau keluar jugak tunjuk muka kat aku, kau memang nak lahirkan zuriat aku la tu!"

Omma! Apa benda jebon ni mengarut?! Dengan pantas yang dipantaskan aku masuk kedalam bilik dan menguncinya.

Yoongi! Kau lebih teruk dari Jimin! Aku bentak di dalam hati.

Lastly, aku tergelak jugak. Sebenarnya aku nampak telinga Yoongi menjadi merah. Aku tahu dia malu.

Aku tergelak tanpa suara. Alahai. Susah jugak nak jadi perempuan. Banyak masalah. Kena pikir macam2. Hmm. Yoongi~ Yoongi.

Aku menyarung baju dan membetulkan bra yang sudah senget akibat aku gelak terguling-guling tadi.

"Jungkook. Saya balik dulu." Kedengaran suara Yoongi diikuti bunyi pintu ditutup. Hmm dah balik. So paip?

Aku turun ke dapur dan tempat itu sudah pulih seperti sedia kala. Cuma ada air yang masih bertakung di lantai.

"Yoongi ah. Gomawo."

Hahahahahahaha!! Aku tergelak lagi apabila mengenangkan ayat Yoongi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience