BAB 30

Fanfiction Completed 5662

Malam tu aku pulang ke sekolah agak lewat. Aku ambil bas tapi bukan nak balik rumah. Aku nak ke balai polis. Aku dah tak tahan semua ni. Baik polis je yang selesaikan.

Bas berhenti. Aku pun turun. Aku hanya perlu melangkah melepasi beberapa deretan kedai yang agak sunyi sebelum sampai di balai.

Tanpa aku duga sama sekali, sebuah kereta agak berjenama berhenti mengejut sebelah aku dan aku ditarik kasar ke dalam kereta.

"Woi apa ni!" Aku cuba untuk lepaskan diri tapi aku tak berapa mampu lawan 3 orang sado yang tengah tahan aku.

Tiba tiba mulut aku ditekup dengan kain. Bau yang tiba tiba menusuk membuat aku pening dan akhirnya aku tak nampak apa apa.

Skip.

Dengan perlahan aku bukak mata tapi masih samar. Kepala aku pun pening pening lalat lagi. Aku pandang sekeliling. Macam kilang lama.

Huk? Aku tengok aku sudah diikat diatas kerusi dan kerusi tu diikat di tiang. Susah aku nak lari. Kalau aku bangun dengan kerusi ni and lari, maybe aku akan heret dengan kilangnya sekali.

"Hish ni mesti jebon ni. Tak menyusahkan hidup aku tak sah! Woi jebon keluarlah bongok!" Aku menjerit. Suara aku bergema.

"Woi apa bising2!" Jerit salah satu konco jebon yang entah dari mana dia timbul.

Eh timbul ke muncul?

"Pak jebon kau mana? Kepala konco kau mana!" Aku menjerit dan dengan itu aku dapat satu tumbukan di pipi kiri.

Aku ada rasa benda mengalir. Aku tak buat takut. Aku jeling maut dia lagi ada.

"Syaiton punya laki. Aku tanya ilhoon mana!" Dan lagi sekali aku dapat tumbukan di pipi yang sama.

Tapi kali ni bukan kat situ je dia bagi. Perut aku ditendangnya dua kali. Membuatkan banyak darah aku keluar dan aku terbatuk batuk.

Sebelum aku sempat nak bersuara lagi, aku dapat rasa kepala aku dipukul dengan kayu sehinggakan aku tak sedarkan diri lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience