Bab 18

Fanfiction Completed 69525

Dari mana Yoongi dapat kapak itu entahlah. Milik Jin mungkin. Yoongi menyepak pintu tersebut selepas habis dikapak oleh Yoongi sebentar tadi.

“Yoongi !”

Baru sahaja Minyoung hendak melangkah, Jin terlebih dahulu menarik Minyoung.

“Heyy Yoongi ... cantik kapak tu ... mana kau dapat ??” kata Jin sambil tersenyum.

“Kau punya. Kau kan pernah kapak pintu rumah Minyoung. So ... aku kapak lah pulak pintu bilik ni sebagai ganti” balas Yoongi sinis.

“Apa ungkit-ungkit ni ??? Kang aku kapak Minyoung sebagai ganti rugi pintu tu. Hahahahaha”

“Hutang kau sebab kau penyebab kematian adik aku pun tak habis lagi”

Jin terdiam tanpa jawapan.

“Kenapa diam ? Pulangkan Minyoung. Kau takde hak nak menentukan kematian seseorang atau erti kata lainnya bunuh”

Jin melepaskan Minyoung dan terus menyerang Yoongi untuk merampas kapak itu semula. Berlaku pergelutan di antara Jin dan Yoongi. Minyoung mencari jalan untuk menyelamatkan Yoongi.

Dalam pergelutan itu, Yoongi tidak sengaja melepaskan kapak itu dan terjatuh di atas kaki Jin. Jin meraung kesakitan kerana bilah kapak itu mengenai kakinya dan darah mula mengalir keluar daripada kakinya.

Yoongi terpempan seketika kerana dia tidak sengaja melepaskan kapak itu.

Jin jatuh terduduk dalam kesakitan.

Tanpa membuang masa, Yoongi mendapatkan Minyoung.

“Awak okay ? Nasib baik saya sempat sebelum jadi apa-apa kat awak. Kalau tak ....”

BANG !

Yoongi rebah di hadapan Minyoung. Minyoung yang terkejut terus memandang ke arah Jin. Kelihatan Jin memegang sepucuk pistol yang dihalakan ke arahnya.

“YOONGI !!!” Minyoung mendekati tubuh Yoongi yang sudah terbaring dengan darah yang masih mengalir membasahi lantai.

“Bangunlah Yoongi. Kalau awak dengar suara saya, jawablah” tubuh Yoongi digoncang-goncangkan tetapi tiada sebarang tindak balas atau tanda-tanda yang dia akan menyahut. Air matanya bergenang di kelopak matanya.

“Yoongi ... bangunlah ... jangan pergi dulu ... jangan tinggalkan saya ... awak dah janji yang awak akan lindungi saya ... bangunlah ...” Air matanya jatuh berguguran kerana langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang Yoongi akan bangun.

Jin yang melihat adengan itu terus ketawa kerana dia tidak percaya bahawa dia telah membunuh Yoongi dengan tangannya sendiri. Dia sedaya upaya cuba untuk berdiri memandangkan kakinya cedera dan berjalan perlahan-lahan ke arah Minyoung lalu terus memegang leher Minyoung.

“Aku dah bunuh Yoongi. Aku nak bunuh kau pulak sebab kau dah nampak semuanya. Maafkan aku, sayang” leher Minyoung terus dicengkam sehingga Minyoung susah untuk bernafas.

Umur Minyoung masih panjang apabila Jimin memecah masuk ke situ dan menyerang hendap Jin dengan cara memukul kepala Jin dengan sesuatu yang keras dan berat dan akhirnya Jin jatuh pengsan di situ.

Minyoung juga turut terbaring kerana tidak dapat bernafas sebentar tadi.

Dalam keadaan separuh sedar, Minyoung terdengar sayup-sayup suara yang memanggil nama Yoongi dan namanya sehinggalah segala-galanya menjadi gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience