Bab 10

Fanfiction Completed 69531

Sejak mereka meluahkan perasaan masing-masing, kini mereka sudah pun menjadi pasangan kekasih. Tiada lagi perang mulut seperti selalu.

Apa yang Minyoung lakukan, semuanya Yoongi sokong.

-Sebulan kemudian-

Sudah sebulan tiada khabar berita mengenai Jin kerana Jin tidak lagi datang mengganggu mereka tetapi muncul rasa curiga dalam diri Yoongi.

Ke mana Jin menghilangkan diri ?

Yoongi tersentak apabila Minyoung memeluk Yoongi dari belakang.

"Jauhnya termenung. Fikirkan apa ?"

"Eh. Takde apa. Hahahaha baru bangun ke ?"

"Takde lah. Dah lama dah. Lepas tu tengok je awak termenung lama-lama tadi"

"Hmm dah jom. Nanti lambat pulak nak pergi hari graduasi tu"

Hari Graduasi ? Ya. Hari itu merupakan hari terakhir mereka bersekolah.

Jauh dalam sudut hati Yoongi, dia risau sekiranya Jin melakukan perkara yang bukan-bukan kerana Jin seperti orang hilang akal.

"Apa lagi yang awak menungkan tu ? Tadi suruh cepat lepas tu dia pulak yang lambat" Jerit Minyoung dari luar.

"Eh .. hahahaha mian ... Jom jom jom .." Kelam kabut Yoongi keluar.

-Di sekolah-

Kelihatan ramai pelajar yang teruja kerana hari itu merupakan hari terakhir mereka sebagai seorang pelajar.

Namjoon, J-Hope dan Jimin menunggu kedatangan Yoongi dan Minyoung.

V dan Jungkook tiada bersama kerana mereka belum habis bersekolah lagi.

"Hah ! Tu kereta Yoongi !" Laung Jimin.

"Haah lah .. Lama tak jumpa diorang sejak kita busy exam hari tu .." balas Namjoon.

Selepas Yoongi mengunci pintu keretanya, Minyoung berjalan ke arah Namjoon, J-Hope dan Jimin.

"Sorry lambat. Yoongi ni hah asyik termenung je" Minyoung memerli Yoongi.

"Eh. Saya pulak yang dipersalahkan ? Dia yang siap lambat" Yoongi menarik hidung Minyoung.

"Ish sakitlah" Minyoung menepis tangan Yoongi.

"Hahahahaha takyah nak sweet mweet depan kitorang lah. Tahu lah korang dah berkasih sayang" Namjoon ketawa sendiri.

"Kenapa lah aku yang hensem lagi comel ni masih takde awek" keluh Jimin.

"Eh perasannya kau .. Siku jap lagi kang" J-Hope mengacah mahu menyiku Jimin.

"Dah lah. Jom masuk .. Layan korang ni sampai esok tak habis" Yoongi menarik tangan Minyoung masuk ke dalam kawasan sekolah meninggalkan tiga sekawan.

-Selepas tamat majlis-

"Perasan tak Jin dah lama tak datang sekolah ?"

Semua mengangguk tanda setuju.

"Apa jadi kat dia ek ? Ntah mati ntah hidup orangnya"

"Aku rasa dia memang betul-betul dah tak betul kot. Takkan lah dia nak tinggalkan exam penting ni kan ?" Namjoon memberikan pendapatnya

"Yup. Tapi risau jugak kalau dia tiba-tiba muncul and kacau kitorang lagi" Yoongi mulai risau.

"Kita tak boleh biarkan dia bebas. Kita mesti cari dia dan serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab" cadang Jimin.

"Tapi nak cari kat mana ? Bukannya ada GPS untuk cari dia je" seloroh J-Hope.

"Nantilah kita fikirkan. Dah jom enjoy untuk meraikan hari terakhir sebagai seorang pelajar !"

Semua bersorak gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience