Bab 16

Fanfiction Completed 69525

Minyoung tersedar daripada pengsannya.

“Eh ? Kat mana ni ? Kejap ... Jin ! Dia bawak aku kat mana ni ??” Minyoung berlari ke arah sebuah pintu dengan harapan dia dapat meloloskan diri dari bilik besar itu.

Belum sempat dia memulas tombol pintu, pintu telah dibuka.

“Dah bangun dah ?” Jin memberikan senyuman yang manis kepada Minyoung namun hakikatnya itulah senyuman yang paling pahit bagi Minyoung.

“Mana Yoongi ???”

“Yoongi ??? Dia mana ada kat sini. Kat sini ada kita berdua je. Takde siapa tahu kita ada kat sini”

“Sudah lah Jin ! Kita dah takde apa-apa hubungan. Saya tak suka awak. Awak pelik. Awak gila. Paling penting sekali ... AWAK PEMBUNUH !”

PANG !

Minyoung jatuh terduduk di atas lantai selepas ditampar kuat oleh Jin.

“Sejak bila pandai kurang ajar ni ? Ya aku gila. Aku gila kan kau ! Aku pembunuh ? Aku bunuh siapa ?” akhirnya terserlah jua diri Jin yang sebenar. Kepala Minyoung didongakkan ke atas.

“Pasal adik Yoongi tu bukan aku yang bunuh. Aku cuma ... takde rasa sayang atau cinta terhadal dia. Tapi bila aku dengan kau, aku dapat rasakan bahawa kau memang milik aku”

Minyoung mula ketakutan melihat Jin yang seperti hilang kewarasannya.

“Yoongi ... saya takut ... datanglah cepat ...” Minyoung berkata di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience