Bab 12

Fanfiction Completed 69525

Sudah setengah jam berlalu.

Jungkook masih tidak memunculkan diri.

Apa yang Jungkook sedang lakukan di halaman belakang rumah Yoongi ?

“V. Rasa tak sedap hati lah” luah Minyoung.

“Jangan fikir bukan-bukan. Jungkook takde apa punya. Dia kan berank walaupun dia agak .......” ayat V tergantung apabila terdengar seperti bunyi tembakan yang datangnya dari halaman belakang rumah.

Minyoung dan V tercengang.

“JUNGKOOK !” Minyoung terus berlari keluar untuk ke halaman belakang rumah manakala V turut mengikutinya.

Sebaik sahaja Minyoung tiba, apa yang dia nampak hanya lah Jungkook yang terbaring di atas tanah dengan dengan baju yang berlumuran darah.

“JUNGKOOK !” Minyoung mendapatkan Jungkook.

“Siapa yang buat semua ni ??? Jawablah Jungkook !” Minyoung menggoncang-goncangkan tubuh Jungkook dan mula menangis.

“Ja ... jangan ... goyang ... sakit ...” Jungkook bersuara.

“Jungkook ! Macam mana boleh jadi macam ni ??? Kenapa kau tak jerit panggil kitorang ???” V pula yang bersuara.

“ ... jaga diri ... Jin ... ada kat sini ...” Jungkook sedaya upaya untuk bercakap walaupun darah membuak-buak keluar dari mulutnya.

“V ! Panggil ambulans cepat !” Minyoung mengarahkan V untuk membuat panggilan kecemasan.

“Jungkook bertahanlah sikit ... Jangan bercakap lagi ... Nanti siapa yang nak teman V belajar sama-sama kat sini ? Bertahan Jungkook” kata Minyoung lagi. Empangan di matanya sudah lama pecah melimpah.

“Si ... sikit je ni ... tak ... sakit pun ... n ... nanti elok lah ...”

“Ni bukan sikit. Ni dah teruk” kini tangan Minyoung pula yang berlumuran dengan cecair merah pekat itu kerana mengelap darah yang tidak henti mengalir dari mulut Jungkook.

“Diorang dah balik” beritahu V kepada Minyoung.

Kelihatan Yoongi, J-Hope dan Namjoon kelam kabut berlari ke arah mereka.

“Kenapa dengan Jungkook ?”

Yoongi memeluk tubuh Minyoung yang sedang menangis dan diam membisu tidak menjawab pertanyaan yang diajukan tadi.

“Nanti aku cerita” jawab V.

“Bertahanlah Jungkook ! Kejap lagi ambulans datang !” Namjoon memberikan kata-kata semangat kepada Jungkook yanh sudah nyawa-nyawa ikan itu.

—Hospital—

Minyoung yang keletihan sudah lama tertidur di bahu Yoongi manakala yang lain melayan perasaan sendiri.

Tidak lama selepas itu, keluar seorang doktor yang merawat Jungkook.

Namjoon terus bertanyakan kepada doktor itu mengenai Jungkook.

“Dia kehilangan banyak darah dan kini dia berada dalam keadaan koma” Mereka yang mendengar khabar itu terkejut sendiri kecuali Minyoung yang sedang diulit mimpi. Doktor tersebut berlalu pergi meninggalkan mereka.

“Agak-agak ni kerja siapa ?” soal Namjoon.

“Jin” jawab V.

“Kenapa pulak ?” soal Jimin pula.

“Masa korang tak balik lagi, Jungkook kata Jin ada kat situ” cerita V.

“Mesti dia intip rumah Yoongi”

Yoongi diam seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kau kenapa diam je ?” tegur Namjoon.

“Aku rasa ... aku nak jumpa dia lah. Aku mestikan tamatkan semua ni dan aku taknak sesiapa melayang” jawab Yoongi.

“Tapi ....... nanti ntah-ntah nyawa kau pulak yang melayang. Kau tak sayang Minyoung ke ?” J-Hope menyuarakan pendapatnya.

“Aku tak boleh biarkan Jin terus mengganggu kita. Tengok sekarang Jungkook jadi mangsa. Aku taknak lepas ni orang lain pulak yang jadi mangsa” jawab Yoongi.

“Suka hati kau lah tapi kau kena fikir jugak sebab benda-benda macam ni bahaya” Namjoon mengingatkan Yoongi.

“Ya aku tahu apa yang aku buat. Jangan risau” Yoongi menoleh ke arah Minyoung yang lena di bahunya. Sebak melihat kekasih hatinya.

Patutkah Yoongi berjumpa dengan Jin walaupun bahaya menanti ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience