Bab 15

Fanfiction Completed 69525

Yoongi bangun lebih awal daripada biasa. Jam yang tergantung di dinding dipandangnya.

5.45 pada waktu pagi.

Perlahan-lahan Yoongi membuka pintu bilik Minyoung. Yoongi mendekati katil Minyoung perlahan-lahan supaya tidak mengganggu tidur Minyoung.

Rambut yang menutupi dahi Minyoung dilurut ke tepi lalu di dikucupnya perlahan.

“Saya akan balik dengan selamat”

Yoongi terus melangkah keluar dari bilik Minyoung.

Telefon Yoongi berdering minta dijawab.

Panggilan daripada Namjoon.

Namjoon : Serius ke nak jumpa dengan Jin ? Minyoung macam mana ? Takkan dia tak halang ?

Yoongi : Ya aku serius. Pasal Minyoung, aku dah bagitahu dia semalam tapi dia marah aku. Aku nak pergi senyap-senyap. Kalau dia bangun nanti mesti dia halang aku.

Namjoon : Suka hati kau lah. Aku tak tahu nak kata apa dengan kau ni. Nak kitorang tolong apa-apa ke ?

Yoongi : Boleh jugak. Tolong jagakan Minyoung untuk aku dan ... kalau aku tak balik-balik lagi, jangan bagi Minyoung menangis. Aku nak pergi dah ni. Bye

Namjoon : Apa kau cakap ni ? Aku tak habis cakap lagi ni weh ! Hello ?

Panggilan sudah dimatikan. Namjoon cuba membuat panggilan lagi tetapi tidak berjaya.

“Adoiii kawan aku sorang niiii buat aku risau je lahhh” rungut Namjoon.

Namjoon terus mengejutkan Jimin dan J-Hope.

“Apa niii kejutkan orang pagi-pagi buta niii ???” bebel Jimin dengan mata yang masih tertutup.

“Kita kena pergi rumah Yoongi sekarang !”

“Buat apa ?” kata J-Hope sambil menggeliat.

“Aduhhhh Yoongi tinggalkan Minyoung sorang-sorang kat rumah sekarang”

“Jadi ?” soal Jimin dan J-Hope selamba.

“Kau tak faham ke ? Jungkook kena tembak kat rumah siapa ?”

“Kat rumah Yoongi” jawab Jimin.

“Jungkook kata dia nampak Jin kat mana ?”

“Kat rumah Yoongi” jawab J-Hope pula.

“Kesimpulannya ?”

“Jin kat rumah Yoongi ?” jawab Jimin dan J-Hope serentak.

“YA !”

“Ohhh ... jap ... JIN KAT RUMAH YOONGI ???”

“SEBAB TU AKU RISAU ! CEPAT SIAP !” arah Namjoon.

Kelam kabut Jimin dan J-Hope pergi bersiap.

———

Minyoung baru bangun daripada tidurnya. Pada masa yang sama, dia mula rasa bersalah kerana meninggikan suaranya kepada Yoongi malam semalam. Baru sahaja dia menuruni katilnya, pintu bilik diketuk.

Cepat-cepat Minyoung meluru ke arah pintu bilik untuk membukanya tetapi ...

Bukan Yoongi yang mengetuknya ...

Dan bukan Namjoon yang mengetuknya ...

Tetapi ...

“Jin ? Macam mana awak masuk ke sini ??? Baik awak keluar !” Minyoung menolak Jin sekuat hatinya.

“Eh apa ni ? Saya datang sini sebab nak bawak awak balik. Kalau Yoongi boleh bawak awak balik ke rumah ... saya pun boleh !” Jin menghentak belakang kepala Minyoung dengan benda keras sehingga Minyoung jatuh terjelepok ke atas lantai tidak menyedarkan diri.

Jin mencempung Minyoung keluar dari rumah Yoongi dengan tergesa-gesa.

Pada masa yang sama, Namjoon baru sahaja tiba ke situ dan memberhentikan keretanya tidak jauh daripada situ untuk mengelakkan daripada Jin menyedari kehadiran mereka.

“Itu Jin kan ??? Dia bawak siapa tu ???” kata J-Hope.

“Kita dah terlambat !” Namjoon menghantukkan kepalanya di stereng kereta.

“Apa kita nak buat ni ???”

“Kita ikut Jin pergi mana” cadang Jimin.

“Hah betul tu ! Pastikan kita jauh sikit dari dia”

“Nak bagitahu Yoongi ke pasal ni ?”

“Nanti dulu. Kita kena ikut Jin dulu lepas tu baru kita buat rancangan seterusnya” Namjoon terus memandu keretanya mengekori kereta milik Jin yang sudah pun bergerak terlebih dahulu.

Agak lama juga perjalanan mereka sehingga Jimin dan J-Hope sudah terlena. Demi menyelamatkan orang tersayang, Namjoon tidak peduli dengan lenguh-lenguh di badannya.

———

“Ohh kat sini Jin bersembunyi” ujar Namjoon.

“Ada banglo dalam hutan ???” terbuntang mata J-Hope melihat banglo yang tersergam indah di dalam hutan tersebut.

“Kau call Yoongi sekarang. Kita nak pergi balai polis buat laporan. Tapi jangan cakap kat dia yang kita dah buat laporan polis. Ni rahsia kita” Namjoon memberi peringatan lalu memandu keluar keretanya dari kawasan itu.

———

Jin membaringkan Minyoung yang masih tidak menyedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik.

“Lepas ni takde siapa boleh rampas Minyoung daripada aku sebab takde siapa tahu aku kat mana” Jin berjalan keluar dari bilik dan mengunci pintu dari luar supaya Minyoung tidak dapat melarikan diri.

———

“Aku baru nak cari dia, dia dah ambil Minyoung dulu” rungut Yoongi.

“Tu lahhh lain kali tunggu sampai aku habis cakap dulu. Tengok ? Apa jadi sekarang ? Degil. Padan muka” sindir Namjoon.

“Korang tahu ke dia kat mana sekarang ?” soal Yoongi.

“Kitorang dah jejak tadi. Ni tinggal nak selamatkan dia lah ni” mata Namjoon seakan-akan mahu terkeluar kerana terlalu geram dengan sikap Yoongi yang degil itu.

“Bagitahu aku. Biar aku sorang je yang face-to-face dengan dia. Ni hal aku dengan dia” rayu Yoongi.

Ikutkan hati, hendak sahaja Namjoon mencekik manusia di hadapannya itu. Ada ke patut dia nak bertindak seorang diri lagi ???

“Aku tak tahu lah kau ni degil macam mana. Benda macam ni tak boleh buat seorang diri tahu tak ?? Nanti kau cedera, siapa nak tolong ?? Pokok ?? Tempat persembunyian dia dalam kawasan hutan” bebel Namjoon.

Jimin dan J-Hope hanya memerhati sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience