Bab 17

Fanfiction Completed 69525

“Kau jangan bertindak dulu masa dah sampai sana nanti. Aku bawak kau ke sana sebab nak tunjuk kat kau tempat tu je” Namjoon memberitahu syarat kepada Yoongi.

“Okay” balas Yoongi ringkas.

Namun, Namjoon masih tidak senang dengan Yoongi. Adakah Yoongi betul-betul mengikuti syaratnya ?

———

Sebaik sahaja sampai ke sana, Yoongi terus keluar dari kenderaan berlari masuk ke dalam banglo itu.

“MIN YOONGIIIII”

Namjoon sudah dapat agak apa tindakan Yoongi sebaik sahaja sampai ke sana.

———

Minyoung sedaya upaya membuka pintu yang sudah dikunci dari luar dengan harapan dia dapat melepaskan diri daripada Jin yang kini berada di dalam bilik bersamanya. Jin hanya memerhatikan Minyoung dari jauh.

“Awak tak boleh keluar selagi awak tak ikut cakap saya” kata Jin sambil tersenyum sinis. Minyoung tetap cuba mencari jalan untuk melarikan diri.

“Yoongi ... cepatlah datang selamatkan saya ...” bisiknya di dalam hati.

Jin mendekati Minyoung dan memegang pergelangan tangan Minyoung lalu dilemparkan Minyoung ke atas katil seperti anak patung kain.

Belum sempat Jin melakukan apa-apa, pintu bilik pecah kerana dikapak oleh seseorang.

“Yoongi !”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience