Bab 2

Fanfiction Completed 69525

- 8.00 malam -

Minyoung sudah bersiap untuk ke majlis. Dress warna merah, rambut dibiarkan terlepas, solekan yang tidak terlalu tebal. Sebaik sahaja Minyoung mengeluarkan kasut tumit tinggi nya, bunyi hon kereta Jin kedengaran di luar.

"Mesti Jin dah sampai. Tak sabarnya !" Minyoung terus keluar dan mengunci pintu dan menuju ke arah kereta Ferrari Jin.

"Lama ke tunggu ?" Minyoung mengambil tempat duduk di hadapan di sebelah Jin.

"Takde lah. Baru je sampai. Ermm ... Minyoung ?"

"Ya ?" Minyoung memandang Jin

"Awak cantik malam ni"

Muka Minyoung merah padam setelah dipuji sedemikian.

"Err .. Terima kasih" Jin terus memandu keretanya menuju ke rumah kawannya yang mengadakan majlis.

-Di majlis-

Minyoung dan Jin masuk ke belakang halaman rumah. Kedengaran suara riuh rendah dengan muzik. Ada yang menarik perhatian Minyoung.

YOONGI !

Yoongi sedang duduk menikmati minumannya bersama rakannya yang lain.

"Kenapa dia nak halang aku datang ke majlis ni sedangkan dia sendiri pun datang ke sini" Bisik hati kecil Minyoung.

Minyoung tersentak apabila Jin menghulurkan air minuman kepada Minyoung.

"Minum lah. Hahaha mengelamun apa tadi ?" Jin memberikan senyuman yang manis kepada Minyoung.

"Takde apa lah" Minyoung terus meneguk air minuman yang diberikan oleh Jin sebentar tadi. Beberapa minit kemudian, Minyoung mula merasakan kepalanya sangat berat. Akhirnya, Minyoung tertidur. Jin tersenyum kerana rancangannya berjalan lancar. Jin mengangkat Minyoung dan meminta izin umtuk pulang lebih awal dengan alasan Minyoung keletihan. Namun, gerak gerinya diperhatikan oleh Yoongi. Yoongi terus mengekori Jin yang sedang mengangkat Minyoung ke keretanya.

"Sayang ~ Awak jadi milik saya malam ni. Takde siapa boleh rampas awak dari saya" Jin ketawa sepeti orang hilang akal.

Yoongi curiga dengan tingkah laku Jin. Terus Yoongi menyerang Jin dari belakang.

"Jin ! Apa niat kau sebenarnya ? Kau gila ke ?"

"Eh Yoongi. Kau pun ada kat sini rupanya. Hahahah. Aku takde niat apa apa pun. Aku kan namchin dia" Perangai Jin terus berubah.

"Aku dengar lah apa yang kau cakap tadi. Kau ada niat yang tak baik dengan Minyoung kan ? Minyoung ni biar aku yang hantar dia balik" Yoongi terus mengangkat Minyoung keluar dari kereta Jin.

"Woi ! Mana kau nak bawak lari yeochin aku tu ?" Jin menarik lengan Yoongi dan akibatnya Minyoung terjatuh ke atas tanah.

"Aduh" Minyoung tersedar.

"Minyoung jom ikut aku" Yoongi menarik Minyoung.

"Apa ni ? Ikut kau ? Buat apa aku nk ikut kau ? Lepas lah !" Minyoung cuba melepaskan tangannya dari pegangan Yoongi tetapi gagal.

Jin cuba 'menyelamatkan' Minyoung tetapi Yoongi terlebih dahulu menumbuk Jin sehingga pengsan dan terus mengangkat Minyoung.

"Ehh apa ni ?? Turunkan saya lah !!" Yoongi tidak mempedulikan rontaan Minyoung dan terus meletakkan Minyoung di tempat duduk di sebelah tempat pemandu dan memakaikan tali pinggang.

"Malam ni kau tidur rumah aku untuk keselamatan kau." Yoongi terus memandu keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience