Bab 6

Fanfiction Completed 69525

Sejak Minyoung berkenalan dengan kawan-kawan Yoongi, Minyoung kerap meluangkan masa di sekolah dan di luar sekolah bersama-sama. Di sekolah, mereka akan belajar bersama-sama. Di luar sekolah, mereka akan keluar meluangkan masa bersama.

Yoongi dan Minyoung yang sebelum ini kerap bergaduh kini mulai rapat.

Jin semakin dilupakan.

Semakin diabaikan.

Semakin kabur dari pemikiran Minyoung.

Jin mula tidak senang hati apabila Minyoung sudah tidak kisah dengan rayuannya.

-Cuti sekolah-

Minyoung membaca sebuah novel di ruang tamu. Dalam suasana aman, tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk. Minyoung tersentak.

"Minyoung ~ Buka pintu ni Minyoung ~"

Itu suara Jin.

Minyoung mula ketakutan.

"Awak nak apa lagi ?"

"Saya nak awak ~"

Kedengaran seperti Jin sudah tersandar di depan pintu.

"Dah lah Jin. Saya dengan awak dah takde apa-apa. Cari lah perempuan lain. Baliklah Jin" Minyoung berlari ke biliknya lalu mengunci pintu biliknya dan berkurung di dalam biliknya.

"Saya nak awak kembali kat saya jebal ~ Saya sayangkan awak ~ Saya cintakan awak ~"

BANG !

Kedengaran seperti pintu di luar sudah terbuka.

Minyoung cepat-cepat mendail nombor telefon Yoongi dan menekan butang hijau.

"Annyeonghaseyo ?" Suara Yoongi seperti baru bangun dari tidur.

"Yoongi ? Saya takut" Minyoung berbisik di dalam phone kerana takut didengari oleh Jin di luar.

"Kau okey tak ?" Suara Yoongi terus segar.

"Kau duduk diam-diam. Kejap lagi aku sampai rumah kau. Bye" Panggilan dimatikan.

Minyoung memeluk kakinya di sudut biliknya kerana ketakutan.

"Minyoung sayang ? Awak kat mana ? Keluar lah ~ Saya tak apa-apakan awak. Kan saya dah kata saya cinta dan sayangkan awak. Keluar lah sayang ~"

Minyoung hampir menangis kerana takut dengan Jin. Takut sekiranya pintu biliknya pula yang dipecahkan.

Tiba-tiba, tingkap biliknya diketuk. Minyoung sedikit terperanjat.

"Minyoung. Ni aku lah. Buka tingkap ni"

Lantas Minyoung membuka tingkap biliknya.

Sebaik sahaja Yoongi masuk, Minyoung terus memeluk Yoongi.

"Yoongi .... Saya takut ...." Minyoung menangis. Yoongi membalas pelukkannya dan mengusap rambut Minyoung untuk menenangkannya.

"Takde apa. Aku dah ada kat sini. Jom ikut aku keluar ikut tingkap ni. Tadi aku tengok pintu rumah kau dah pecah. Jadi, aku ikut tingkap sebab taknak Jin sedar kedatangan aku" Yoongi menolong Minyoung keluar dari tingkap secara senyap-senyap.

Jin pula seperti sudah putus asa tapi masih dapat didengari suara seperti dia menangis di hadapan pintu bilik Minyoung.

Setelah Minyoung dan Yoongi berjaya keluar dari rumah, Yoongi terus memandu keretanya untuk membawa Minyoung lari daripada Jin yang seperti sudah hilang akal itu.

-Dalam perjalanan-

Minyoung seperti sedang mengalami trauma. Yoongi mulai risau.

"Kau okey tak ? Aku tengok kau macam tak okey je. Kau nak apa-apa ke ?"

Buat pertama kali Yoongi merisaukan Minyoung.

"Saya okey. Cuma ... saya masih takut"

"Apa kata kau duduk kat rumah aku sementara waktu. Pintu rumah kau dah pecah" Cadang Yoongi.

"Saya tak kisah. Asalkan saya jauh dari Jin. Dia dah gila" Luah Minyoung.

Hanya keluhan sahaja yang kedengaran dari Yoongi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience