Bab 13

Fanfiction Completed 69525

Selepas pulang ke rumah, Yoongi mengangkat Minyoung ke dalam bilik memandangkan Minyoung masih tidur. Wajah Minyoung ditenungnya. Patutkah dia berhadapan dengan Jin yang sudah hilang kewarasannya itu ?

“Minyoung. Lagi tiga hari saya pergi bersemuka dengan Jin. Saya berjanji akan selesaikan semua ini” bisiknya di dalam hati.

-Esok pagi-

Minyoung bangun dari tidurnya. Sebaik sahaja Minyoung bangun, Yoongi terus meluru ke dalam bilik.

“Minyoung ~ Cepatlah bersiap. Kita nak pergi ke sebuah tempat” dengan terujanya Yoongi memberitahu Minyoung. Namun di dalam hatinya, siapa sahaja lah yang tahu.

“Kita nak pergi mana ?”

“Alahhh bersiap je lah. Pakai lawa-lawa tau sebab hari ni hari yang paling istimewa dan akan diingati sampai bila-bila” jawab Yoongi.

“Okay !” Minyoung tersenyum manis. Ini membuatkan Yoongi bertambah sebak. Ikutkan hati, dia tidak mahu meninggalkan Minyoung tetapi demi keselamatan Minyoung, Yoongi mesti berhadapan dengan Jin.

Minyoung memintasi Yoongi untuk ke bilik mandi.

“Maafkan saya, Minyoung ...” bisik Yoongi.

- Dalam perjalanan -

“Haish ni sampai nak tutup mata ni surprise sangat ke ?” tangan Minyoung meraba-raba matanya yang ditutup dengan kain.

“Haah. Surprise gila. Nanti kat sana Jimin, J-Hope pun ada. Namjoon tak boleh sebab dia ada hal lain. V pulak sekolah” jelas Yoongi panjang lebar.

Setelah tiba di sebuah taman, Yoongi memimpin Minyoung.

“Jauh lagi ke ?” soal Minyoung.

“Nak dekat dah. Sabar lah. Depan tu je” perjalanan diteruskan.

———

Yoongi membuka ikatan kain di mata Minyoung.

Sebaik sahaja dibuka, Minyoung terkejut melihat kawasan taman tersebut.

“Apa semua ni Yoongi ?” soal Mingoung teruja.

“Ni semua atas pertolongan Jimin dengan J-Hope jugak. Masa awak tidur lagi, diorang siapkan semua ni”

“Tapi untuk apa ?”

“Awak lupa ke ? Hari ni dah genap sebulan kita bersama” pipi Minyounh dikucupnya. Wajah Minyoung mula membahang.

Yoongi dan Minyoung meluangkan masa mereka bersama. Jimin dan J-Hope melayankan sahaja kehendak mereka.

Namun begitu, di wajah Yoongi tampak gembira tetapi di dalam hatinya sangat sedih kerana dia akan meninggalkan Minyoung untuk berhadapan dengan Jin.

Sebelum dia pergi, biarlah dia membuatkan Minyoung gembira bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience