Bab 4

Fanfiction Completed 69525

Selepas Yoongi mempersiapkan diri, kelihatan Minyoung sudah tertidur di ruang tamu dengan televisyen yang masih terbuka lalu Yoongi mematikan televisyen.

"Minyoung. Bangun. Kau nak tidur sini lagi ke apa ? Taknak balik ke ?" Yoongi mengejutkan Minyoung. Minyoung bangun dan menggosok matanya.

Hah kau ~ Kacak gila Yoongi !

Minyoung terkejut dengan penampilan Yoongi.

"Kenapa kau pandang aku macam tu ? Dah lah. Jom cepat. Aku ada hal lain kejap lagi" Yoongi bangun dan terus mengambil kunci keretanya. Minyoung mengekori dari belakang

-Dalam perjalanan-

"Yoongi ?"

"Apa kau nak ?"

"Err tak. Kenapa awak selamatkan saya malam tu walaupun awak tak suka saya ?" Hah soalan cepumas !

"Err .. Takkan kau tak tahu kot Jin tu macam mana?"

"Hmm tak. Saya baru kenal dia tahun ni"

"Kau tak tahu ke Jin tu playboy ?"

Minyoung terkejut.

"Playboy ?"

"Yee playboy. Dulu dia pernah couple dengan adik aku tapi ...." Ayat Yoongi terhenti sampai situ sahaja.

"Tapi apa ?"

"Adik saya tu .... dah mati sebab bunuh diri" Kedengaran seperti Yoongi sedih.

"Bunuh diri sebab ?"

"Sebab Jin. Jin lah penyebabnya . Lepas Jin putuskan hubungan dengan adik aku, dia berkurung dalam bilik tak makan dan tak minum. Seminggu dia tak keluar sampai lah suatu hari aku nak pecahkan pintu dia. Lepas aku pecahkan, apa yang aku nampak ....." Sekali lagi ayatnya terhenti.

"Apa yang awak nampak ?"

"Apa yang aku nampak hanya lah ........ mayat adik aku yang tergantung"

Sekali lagi Minyoung terkejut. Yoongi perlahan-lahan memberhentikan keretanya ke tepi jalan. Minyoung hairan mengapa Yoongi berhentikan kereta di tepi jalan . Minyoung memandang Yoongi semula.

Sekali lagi Minyoung terkejut.

Yoongi menangis.

"Alamak Yoongi nangis ! Apa aku nak buat ni ??" Minyoung serba salah kerana dia yang tanya soalan sedemikian sehingga membuatkan Yoongi menangis kerana teringat akan adiknya.

"Mian sebab soalan saya tadi buat awak teringat kat adik awak"

"Takpe. Saya yang sensitif sangat. Bukan salah awak pun" dari kau-aku serta merta bertukar menjadi awak-saya.

Rupanya, Yoongi tidak lah sejahat mana pun. Yoongi pun manusia biasa juga yang mempunyai hati dan perasaan. Hanya kerana tingkah lakunya yang agak menyakitkan hati Minyoung sahaja yang mengaburi matanya. Kini barulah Minyoung mengetahui bahawa Yoongi mempunyai adik perempuan yang dia tak pernah nampak. Selama ini, Minyoung fikirkan Yoongi ialah anak tunggal.

"Dah lah. Mian sebab awak terpaksa tengok saya menangis . Jangan bagitahu sesiapa pasal ni kat orang lain" Yoongi memberi amaran.

"Baiklah" Minyoung mengangguk. Perjalanan diteruskan.

- Di hadapan rumah Minyoung -

"Terima kasih sebab tumpangkan saya satu malam kat rumah awak and hantar saya balik" Minyoung memberikan senyuman yang sangat manis kepada Yoongi sehingga Yoongi sendiri hampir tercekik air liur nya sendiri.

"Err takde apa lah" Yoongi melarikan pandangannya ke tempat lain.

"Dah arr. Aku nak cepat ni. Jumpa kat sekolah nanti ye" Yoongi memandu keretanya meninggalkan Minyoung.

Minyoung masuk ke dalam rumah. Selepas mengunci pintu, Minyoung terus ke biliknya. Terus mencampakkan diri ke atas katil. Tiba tiba, telefonnya berbunyi.

SMS dari Jin.

Seronok bermalam dengan Yoongi semalam ?-Jin-

Tak payah sibuk hal orang.-Minyoung-

Eh ? Mesti lah saya sibuk hal awak sbb awak teman wanita saya.-Jin-

Sekarang tak lagi. Sampai di sini sahaja hubungan kita.-Minyoung-

Apa awak merepek ni ? Saya cintakan awak.-Jin-

Saya tak cintakan awak pun. Awak dah bunuh orang. Saya taknak saya pun jadi mangsa awak. Lupakan saya. Carilah mangsa lain. Bye ~ -Minyoung-

Minyoung terus mencampakkan telefonnya ke tepi. Malas melayan Jin. Minyoung terus bangun untuk pergi membersihkan dirinya. Tiba-tiba telefonnya berdering.

Minyoung terus mengambil telefonnya. Ada SMS dari orang yang tidak dikenali.

Kau okey tak kat sana ? Jin ada kacau kau ? Aku amik nombor kau masa kau dah tidur semalam.-Yoongi-

Minyoung menghela nafas lega kerana bukan Jin yang menghantar sms kepada nya lagi.

Tadi baru je dia sms saya.-Minyoung-

Kalau ada apa apa, call aku. Bye.-Yoongi-

Minyoung meneruskan niatnya untuk membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience