Sebaik sahaja Minyoung membuka matanya, kelihatan Jimin tertidur di tepi katilnya dan V yang tertidur di sebuah kerusi.
Mana Yoongi ?
Hanya itu sahaja yang terlintas di dalam pemikirannya. Jimin terbangun daripada tidurnya.
“Awak nak apa-apa ke ?” kata Jimin sambil menguap.
“Mana Yoongi ?”
Jimin terdiam. Minyoung masih menanti jawapan dari Jimin. Ikutkan hati, mahu sahaja Jimin melarikan diri dari Minyoung.
“Jimin ? Mana Yoongi ?” Minyoung mengulang soalannya.
Rasa bersalah dan sebak menyelebungi diri Jimin. Patutkah Jimin memberitahu keadaan Yoongi sekarang ?
Tidak lama kemudian, J-Hope baru sahaja tiba dengan sejambak bunga untuk diberikan kepada Minyoung.
Minyoung menyambut baik pemberiannya itu. Jimin berasa lega sebentar selepas Minyoung mendapat bunga daripada J-Hope tadi.
Hendak sahaja Jimin jerit ucapan terima kasib di telinga J-Hope kerana menyelamatkannya daripada terus diajukan soalan yang sama dari Minyoung.
Namun semua itu tidak lama apabila soalan yang sama kini diajukan kepada J-Hope.
Wajah J-Hope terus berubah. Sekali lagi soalan dibiarkan tidak terjawab. V yang baru sahaja bangun dari tidurnya terus duduk di tepi katil Minyoung. Kali ini soalan itu ditujukan kepadaa V.
“Saya ... nak ... ke tandas kejap” kata V dengan suara yang bergegar.
“Kenapa diorang taknak jawab soalan aku ?” bisik hati Minyoung.
Namjoon tiada bersama mereka kerana menjenguk Jungkook yang berada di hospital lain.
Share this novel