Bab 20

Fanfiction Completed 69525

Rasa serba salah menyelebungi mereka bertiga.

Patutkah mereka memberitahu apa yang terjadi kepada Yoongi ? Namjoon awal-awal lagi sudah mengingatkan mereka supaya tidak memberitahu Minyoung apa yang terjadi kepada Yoongi tetapi apa yang patut mereka lakukan apabila Minyoung sudah pun bertanyakan mengenai Yoongi ?

Jimin terua menghubungi Namjoon dan berjalan keluar dari tempat itu supaya perbualannya tidak didengari oleh Minyoung.

Namjoon : Kenapa Jimin ?

Jimin : Minyoung dah tanya pasal Yoongi. Nak jawab apa ni ?

Namjoon : Kejap lagi aku pergi ke sana.

Panggilan ditamatkan.

Jimin masuk semula sebaik sahaja menamatkan panggilan.

“Kau cakap dengan siapa ?” soal J-Hope.

“Namjoon. Kejap lagi dia datang tolong kita jawab soalan Minyoung” jawab Jimin.

Minyoung masih menanti jawapan.

Tidak lama selepas itu, Namjoon memunculkan diri dan mendekati Minyoung.

“Hai Minyoung”

“Hai. Mana Yoongi ?”

Riak muka Jimin berubah semula mendengar soalan yang sama dari Minyoung.

Namjoon mengambil nafas sebelum memberitahunya mengenai Yoongi.

“Sebelum aku bagitahu ni, aku nak tanya. Kau sayang Yoongi ?”

Minyoung mengangguk.

“Tapi lepas aku bagitahu ni, kau jangan menangis. Boleh ?”

Minyoung kurang pasti tetapi dia mengangguk juga.

“Kau ingat lagi kan Yoongi ‘cedera’ masa selamatkan kau ?”

Angguk lagi.

“Dia pun dimasukkan ke hospital ni juga. Tembakan tu tak kena mana mana organ penting tapi ....”

“Tapi apa ?” Minyoung tidak sabar mendengar kata-kata seterusnya.

“Tapi dia banyak hilang darah sebab lambat diberikan rawatan. Jadi ... dia koma ...”

Mata Minyoung mula berkaca.

“Dia ada kat sini lagi tak ??” soal Minyoung.

“ ... Tak ...” tidak sanggup Namjoon meneruskan kata-katanya.

“Habis tu dia ada kat mana sekarang ?” Minyoung masih menahan air matanya. Dia tidak mahu menangis di hadapan Namjoon kerana awal-awal lagi sudah diberitahu supaya jangan menangis sebaik sahaja mendengar berita itu.

“Yoongi sekarang ada kat tempat yang paling cantik. Orang tertentu je boleh pergi ke tempat tu. Dia boleh nampak kau tapi kau tak nampak dia”

Minyoung sedikit pun tidan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Namjoon.

“Yoongi ... dah takde”

Minyoung terkejut dan akhirnya dia tewas dengan air matanya sendiri.

“Masa aku kemas rumah dia, aku terjumpa surat ni dengan kotak ni. Untuk kau. Aku mintak diri dulu” Namjoon cepat-cepat meninggalkan bilik pesakit itu.

Surat itu dibuka lipatannya.

——————
Kepada: Shin Minyoung

Kalau awak tengah baca surat ni, maknanya saya dah takde dan saya dah tunaikan janji saya untuk melindungi awak.

Saya belikan sebuab rumah untuk awak lepas rumah rumah awak kena pecah hari tu. Rumah tu cantik sangat. Saya sertakan surat ni dengan kunci rumah tu. Hati saya kuat mengatakan yang saya mungkin akan meninggalkan awak. Selain kunci tu, saya ada hadiahkan sekali sebentuk cincin untuk awak supaya awak sentiasa mengingati saya walaupun saya dah tiada di sisi awak lagi. Walaupun saya dah tiada bersama awak lagi, saya nak awak tahu bahawa saya sentiasa bersama awak.

Saya pergi dulu.

Awak jangan menangis.

Saya cintakan awak :)

-Yoongi-

——————

Minyoung membuka kotak bersaiz kecil dan berbalutkan kain baldu berwarna merah hati yang disertakan bersama surat itu.

Kunci rumah dan sebentuk cincin yang tertera nama ‘MIN YOONGI’ di atasnya. Sekali lagi air mata Minyoungz mengalir. Jimin terus mendekati Minyoung dan memeluknya untuk menenangkannya.

—TAMAT—

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience