Bab 3

Fanfiction Completed 69525

Sepanjang perjalanan, Minyoung dan Yoongi masing-masing membisu .

"Rumah kau kat mana ?" Yoongi memulakan perbualan.

Minyoung hanya mendiamkan diri.

"Aku cakap dengan stereng kereta rupanya"

Masih diam.

"Takpe lah. Malam ni kau tidur rumah aku. Aku pun bosan duduk sorang sorang"

Minyoung memandang Yoongi dengan mata yang dibulatkan.

"Awak gila ke ?? Ntah ntah awak pun ada niat yang tak baik kat saya. Turunkan saya !" Minyoung memukul bahu Yoongi bertubi tubi. Yoongi terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Turun lah. Nak sangat kan ? Nanti kena culik, lepas tu dia bunuh, bedah mayat kau nak amik organ kau, lepas tu buang mayat kau kat tapak pelupusan sampah. Hah turun lah" Yoongi menakutkan Minyoung.

Minyoung diam.

Yoongi terus keluar dari keretanya dan membuka pintu untuk Minyoung. Tetapi Minyoung masih duduk di tempatnya.

"Tadi kata nak turun. Turun lah. Nak aku yang turunkan ?" Yoongi menarik Minyoung keluar dari kereta. Minyoung terkejut dengan tindakan Yoongi.

"Apa awak buat ni ?? Okey saya ikut awak balik rumah. Tapi jangan tinggalkan saya kat sini" Air mata Minyoung mula bertakung di kelopak matanya.

"Hmm tahu takut. Dah masuk balik. Ke nak aku tinggalkan kau kat sini ?" Yoongi terus menghidupkan enjin keretanya. Minyoung kelam kabut masuk semula ke dalam kereta Yoongi dan menutup pintu. Perjalanan diteruskan.

- Di rumah Yoongi -

"Takde apa pun rumah aku ni. Biasakanlah diri kau kat rumah aku ni yeee" Yoongi terus masuk ke dalam biliknya .

"Err tapi saya nak tidur mana ?"

Yoongi tidak mengendahkan soalan Minyoung.

"Pabo namja ." Jerit Minyoung.

Yoongi keluar dari biliknya . "Apa kau cakap tadi ?"

Minyoung terkejut.

"Saya cakap PABO NAMJA" Minyoung mengulangi ayatnya.

"Aku ek pabo namja tu ?"

Minyoung mengangguk.

"Ohh .. jap ek" Yoongi masuk semula ke dalam biliknya.

Minyoung mula cemas sekiranya Yoongi cuba mengancamnya.

"Alamak apa aku nak buat nie ?? Bodohnya aku" Bisik hati Minyoung sambil mengetuk kepalanya sendiri.

Sebaik sahaja Yoongi keluar, Minyoung ternganga kerana Yoongi membawa keluar buku sekolahnya !

"Kau duduk depan aku sekarang . Kita tengok siapa yang pabo sebenarnya"

Minyoung duduk menghadap Yoongi dengan muka takut kerana MINYOUNG LEMAH DLM PEMBELAJARAN.

Yoongi menahan ketawanya apabila melihat Minyoung yang tidak senang duduk dihadapannya.

"Kenapa dengan kau ni ?"

"Takde apa"

Akhirnya Yoongi melepaskan ketawanya kerana suara Minyoung menggeletar ketika menjawab pertanyaannya.

"Kenapa gelak ?"

"Kau sebenarnya ..... takut sebab aku lagi pandai dari kau kan ??" Yoongi menyambung ketawanya.

Minyoung hanya mampu menahan malu.

"Sudah lah. Saya ngantuk . Layan awak gelak sampai bila tak habis"

"Kau nak tidur mana ?"

Minyoung terdiam.

"Kau pilih. Nak tidur dengan aku atau tidur kat atas sofa tu" Yoongi menunjukkan sofa nya.

"Tidur dengan awak ?? Eeeee tak hingin saya nak tidur dengan awak !! Saya pilih sofa" Minyoung berjalan ke arah sofa yang dimaksudkan tetapi Yoongi menghalang perjalanannya.

"Dah kenapa halang saya ? Tepi lah ! Saya dah ngantuk ni" Dengan tenaga fizikal yang ada, Minyoung menolak Yoongi.

"Aku takde lah kejam mana nak biarkan perempuan tidur seorang diri kat ruang tamu. Kau tidur kat bilik aku. Biar aku yang tidur kat sini" Yoongi menolak Minyoung masuk dalam biliknya.

"Tapi ni rumah awak. Biarlah saya je yang tidur luar sebab saya menumpang je"

Yoongi memandang Minyoung.

"Ohh okey jap"

Yoongi masuk ke dalam biliknya bersama Minyoung. Mencampakkan bantal dan alas tidur di sebelah katil.

"Kau tidur atas. Biar aku tidur bawah. Selamat malam" Yoongi terus melelapkan matanya.

"Err tapi nanti tak sakit pinggang ke ?? Kesian awak sakit sebab saya menumpang kat sini"

Yoongi memandang Minyoung lagi.

"Banyak songeh betul lah kau ni" Lantas Yoongi baring di sebelah Minyoung dan terus melelapkan mata membelakangi Minyoung.

Sunyi. Tapi Minyoung masih tidak dapat melelapkan matanya. Minyoung bangun perlahan-lahan untuk melihat Yoongi betul betul sudah tidur ataupun tidak.

Tiba-tiba Yoongi pusing memandang Minyoung.

"Kau kenapa tak tidur lagi ?"

Terkejut.

"Err . Nak tidur lah ni. Selamat malam" Minyoung pusing membelakangi Yoongi.

Akhirnya, kedua-duanya sudah dibuai mimpi.

- Esok paginya -

Minyoung bangun dan menggeliat. Kelihatan Yoongi masih tidur di sebelahnya.

"Tak bangun lagi ? Hmm .. Sempat kot aku buat sarapan untuk dia sebagai tanda terima kasih . Tapi apa yg ada kat dapur dia ek ??" Minyoung turun dari katil dan menuju ke arah dapur.

"Roti ..... Telur ...... eh jap ..... apa ni ?? Tepung penkek ?? Nak tamat tempoh dah . Ermmmm ... biar aku yang guna lah" Minyoung menghidupkan api dapur.

Ketika Minyoung sedang sibuk menyiapkan sarapan, Yoongi baru sahaja bangun dari tidurnya. Minyoung tiada di sebelahnya. Cepat-cepat Yoongi keluar dari biliknya.

Minyoung yang terkejut dengan kehadiran Yoongi terlepas kan sudunya.

"Kau kat sini lagi rupanya. Ingatkan kau dah lari. Kau masak ke ?"

"Takde lah ... Siram pokok ." Balas Minyoung dengan muka bersahaja.

Yoongi berdiri di sebelah Minyoung.

"Kenapa ? Lapar sangat dah ke ?" Mata Minyoung tidak memandang Suga.

"Hahahahaha aku tak makan pagi lah .. Susah-susah je kau masak untuk aku. Bukannya aku makan pun nanti"

Sentap !

Minyoung tersentap dgn kata-kata Yoongi. Serta merta Minyoung berhenti masak lalu terus pergi ke ruang tamu.

"Nanti awak buang je lah makanan tu. Bagi kucing ke"

Kedengaran seperti Minyoung sakit hati.

"Minyoung sentap dengan aku ? Alamak ! Aku main main je . Mcm mana ni ?" Rasa menyesal pun ada. Lantas Yoongi menuju ke arah Minyoung yang sedang duduk di ruang tamu.

"Kau sentap dengan aku ek ?"

Diam.

"Hmm kau sentap dengan aku sebenarnya kan ?"

Masih diam .

"Hmm" Yoongi mengangkat Minyoung dan bawa ke dapur .

"Eh apa awak buat ni ?"

"Kau duduk situ diam diam. Biar aku yang sambung masak dan tolong hidangkan.

- Lepas siap masak sarapan -

"Kau kenapa tak makan lagi ? Nak aku yang suapkan ke ?"

"Saya nak balik"

"Hmm kau makan dulu. Kalau tak makan, aku taknak hantar kau balik"

"Saya nak balik"

"Degil betul budak ni" Terus Yoongi menyuakan makanan ke mulut Minyoung.

"Sebelum aku cium kau, baik kau makan"

Serta merta Minyoung membuka mulutnya utk makan. Takut dengan 'ugutan' Yoongi mungkin.

Yoongi terus menyuapkan Minyoung makan. Tiada bantahan atau keluhan. Akhirnya, habis sarapan mereka.

"Saya dah boleh balik kan ?"

"Yeee ... tapi bagi aku wangi wangi dulu ... Dengan rambut serabai nya lagi nak hantar kau .. Kau takyah wangi wangi pun takpe sebab kau terus balik rumah and rambut kau memang sentiasa serabai pun hahahahahaha" Sindir Yoongi .

"Sedap betul mulut awak ek ? Nak je saya cili cili mulut awak tu. Patut lah takde awek sebab perangai pun macam ........... entah lah" Minyoung membalas dengan sindiran juga.

"Eh eh eh ? Siapa kata aku takde awek hah ? Aku ada .. Suatu hari nanti ." Yoongi meninggalkan Minyoung seorang diri di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience