Bab 5

Fanfiction Completed 69525

-Di sekolah-

Minyoung memulakan hidup baru nya tanpa Jin atau erti kata lain, Minyoung single .

Ketika Minyoung membuka lokernya untuk mengambil buku, bertaburan kertas yang bertulis SAYA CINTAKAN AWAK. Minyoung terkejut. Tidak pernah dia mendapat kertas yang banyak di dalam lockernya sebelum ini.

"Jin ?" Itu sahaja dalam pemikirannya. Minyoung mencari Jin. Kelihatan Jin seperti menunggu kedatangan Minyoung.

"Jin ?" Minyoung menegur Jin.

"Minyoung. Saya tahu awak akan cari saya balik"

"Eh ? Sorry saya bukan nak cari awak sebab hal lain. Saya cari awak sebab ni" Minyoung mengeluarkan kertas yang tertulis SAYA CINTAKAN AWAK.

"Hahahahaha ya aku yang buat tu sebab aku sayangkan kau"

"Tapi kalau awak sayangkan saya pun, tak perlu buat semua ni. Tapi saya dah tak cinta atau sayang awak pun. Bye" Minyoung meninggalkan Jin.

"Shin Minyoung. Kau selamanya milik aku seorang. Yoongi tak boleh rampas Minyoung dari aku" Bisik hati jahat Jin.

-Waktu rehat-

Minyoung mengambil keputusan untuk membaca buku di perpustakaan sekolah. Dia malas untuk menghadap Jin, malas mendengar rayuan Jin untuk terus mencintainya.

Dalam perjalanan, Jin menarik Minyoung.

"Apa lagi yang awak nak ni ?"

"Kau ada apa-apa dengan Yoongi kan ?" Tuduh Jin.

Minyoung terkejut.

"Apa awak merepek ni ? Takkan sebab Yoongi bawak saya lari, awak dah kata saya ada hubungan dengan Yoongi ? Dengar sini ye. Saya dah tahu semua pasal awak. Awak pembunuh !" Lantas Jin mencekik Minyoung memandangkan mereka berada di belakang bangunan sekolah.

"Awak ..... nak ..... bunuh .... saya ...... pulak ...... ke ?" Suara Minyoung tersekat sekat kerana dicekik oleh Jin.

"Aku sayang kau, Shin Minyoung" Jin ketawa selepas itu.

Beberapa minit kemudian, ada seorang pelajar yang kebetulan lalu di kawasan itu.

"Err apa abang buat ni ?" Pelajar itu menolak Jin.

"Kau jangan sibuk hal aku lah budak"

"Abang. Tak baik melakukan keganasan terhadap wanita"

Jin meninggalkan kawasan tersebut. Kelihatan Minyoung sudah pun terduduk kerana lemah setelah dicekik oleh Jin.

"Err kakak okay ?"

"Saya okay"

"Meh saya tolong kakak. Kawan kawan saya tak jauh dari sini. Nama saya Jungkook" Jungkook menolong Minyoung berdiri.

Minyoung mengikut JungKook dari belakang. Alangkah terkejutnya Minyoung apabila Yoongi juga ada bersama.

"Minyoung ?" Yoongi juga terkejut dgn kehadiran Minyoung.

"Ohh abang dah kenal. Kalau macam tu tak payah saya kenalkan" Jungkook duduk di sebelah Yoongi.

"Semua ni kawan-kawan awak ke Yoongi ?" Yoongi hanya mengangguk.

"Ohh awak ke Minyoung yang Suga selalu ceritakan tu ?"

"Suga ? Siapa Suga ? Yoongi ke ?"

"Err .. Hahahaha kawan aku panggil aku Suga. Yang rambut macam singa ni Taehyung tapi orang panggil dia V. Tak tahu lah macam mana wujudnya nama V tu"

"Meh duduk sini Minyoung ~ Awak cantik lahhh ~"

"Hah yang mengada-ngada tu Jimin. Jimin, sebelum aku terajang kau, baik lepaskan dia. Aku sorang je yang boleh pegang Minyoung" Larang Yoongi. Lantas Yoongi menarik Minyoung supaya duduk disebelahnya.

"Hahahahahaha Suga jeles"

"Yang kecoh tu J-Hope" Yoongi menafikan kenyataan J-Hope. Hakikatnya memang Yoongi cemburu pun.

"Mengaku je lah kau jeles sebenarnya" J-Hope sengaja mengusik Yoongi tetapi Yoongi tidak mengendahkannya.

Lagi seorang kawan Yoongi hanya mendiamkan diri. Pendiam gila.

"Hah yang pendiam tu Namjoon. Tapi orang panggil dia Rap Monster"

Namjoon masih diam. Tekun belajar.

"Gila khusyuk dia belajar sampai aku kat sini pun dia tak sedar" Bisik hati Minyoung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience