Intan berusaha meloloskan diri dari cengkaman Raja Beriungan. Semakin kuat Intan cuba melepaskan diri, semakin kuat pegangan Raja Beriungan pada lengan Intan.
"Sakit ..... tolong lepaskan aku.." Intan merayu kepada Raja Beriungan.
"Beta lagi sakit bila adinda tiada di sisi beta." Raja Beriungan bersuara pelahan.
"Jika kau sayangkan aku, tolonglah lepaskan aku." Intan masih mencuba nasib untuk meminta diri dilepaskan.
"Tidak, sayang! Tidak mungkin untuk kali ini. beta telah menghabiskan banyak waktu menunggu saat bersama kembali bersama Puteri Kasturi. Beta menyesal dengan kelakuan beta sendiri. Beta tidak patut mencurangi kekasih sendiri." Raja Beriungan menundukkan kepalanya. Terasa ada air mata Raja Beriungan jatuh ke bahu Intan.
"Intan!!!" Panggilan Encik Subri menyedarkan Intan semula ke situasi yang di hadapi olehnya kini.
"Ayah!!!" Mulut Intan di tutup oleh Raja Beriungan dengan tapak tangannya.
Encik Subri bagai cacing kepanasan apabila mendengar suara anaknya. Dia mengucap beberapa kali. Sudah berkali – kali dia dan Pak Kamal mengelilingi rumah usang itu untuk mencari pintu masuk.
Encik Subri hampir berputus asa. Di bacanya beberapa surah – surah dan menadah tangan berdoa kepada Allah agar diberi jalan penyelesaian terhadap musibah yang menimpa dirinya dan keluarganya ini.
"Bismillahirrahmannirrahim." Dengan sekali lafaz, Encik Subri menyentuh dinding rumah usang itu dengan tapak tangan kanannya. Maka muncullah sebuah pintu di situ.
"Alhamdullilah, ya Allah." Encik Subri dan Pak Kamal menadah tangan mengucap kesyukuran.
"Jangan menyaut panggilan orang tua itu, adinda. Orang tua itu akan memisahkan kita berdua!" Raja Beriungan memberi amaran kepada Intan.
Raja Beriungan memeluk Intan dengan erat. Seakan – akan tidak mahu melepaskan Intan berjauhan dari dirinya lagi.
"Sudikah adinda bersama beta selamanya?" Raja Beriungan merenung mata Intan.
"Tidak! Aku adalah manusia. Aku tidak layak hidup dengan makhluk seperti kau!" Intan memberontak lagi.
"Ayuh serahkan segala jiwa adinda kepada beta. Beta akan berjanji tidak akan mempersiakan lagi diri adinda." Raja Beriungan masih tidak berputus asa memujuk Intan.
"Tidak!! Tidak!! Tidak!!" Intan berteriak nyaring.
Tanpa di sangka – sangka, Raja Beriungan mengeluarkan taringnya dan ingin mengigit leher Intan. Belum sempat Raja Beriungan membenamkan taringnya ke leher Intan, pintu ditendang kuat dari luar hinggakan pintu tersebut terbuka luas.
Raja Beriungan yang terkejut itu, lantas melepaskan Intan dari pelukannya. Intan mengambil peluang itu berlari pantas ke arah ayahnya dan Pak Kamal.
"Alhamdullilah, nak. Akhirnya ayah dan pakcik dapat menemui kamu di sini."
"Adinda! Jangan!!" Raja Beriungan ingin mencapai tangan Intan tetapi terhalang oleh sesuatu yang dibaca oleh Encik Subri.
"Kau adalah syaitan! Berhenti kau menggangu anak aku atau aku bakar kau di sini!" Encik Subri mula berzikir.
"Kau ingat aku takut?" Perlahan – lahan Raja Beriungan berubah bentuk kepada makhluk yang bertanduk di dahinya. Kelihatan muncul dari belakang badan Raja Beriungan seperti ekor buaya.
Wajah tampan Raja Beriungan yang dilihat oleh Intan selama ini, bertukar kepada wajah mahkluk yang mengerikan. Mata Raja Beriungan berubah warna kepada warna merah menyala – nyala. Intan menutup matanya.
"Dia milik aku! Kau usah masuk campur jika kau tidak mahu mati!" suara parau dari makhluk itu kedengaran sunguh menakutkan.
"Baiklah! Jika itu yang kau mahu!" Mulut Encik Subri mula kumit – kumit.
"Adinda ... mari bersama beta, sayang. Jika adinda bersama beta, adinda pasti bahagia. Tiada siapa yang akan menganggu kebahagian kita. Percayalah, adinda ..." Makhluk itu masih tidak berputus asa.
"Allahuakbarr!!" Encik Subri mengembus nafasnya ke arah makhluk itu.
"Arrghhhh!!!" Makhluk itu menjerit kesakitan.
Encik Subri menepuk – nepuk lantai rumah usang itu dengan tapak tangan kanannya. Kelihatan satu pusaran mula terbentuk. Dari saiz kecil hinggalah ke saiz yang besar. Sayup – sayup kedengaran jelas suara orang sedang membaca Yasin.
Makhluk itu berpaut pada salah satu tiang rumah apabila pusaran itu mula menyedutnya masuk ke dalam.
"Manusia memang bodoh! Aku tidak akan pernah mati jika aku tidak mendapatkan kau, Intann!!" Encik Subri mengakhiri makhluk itu dengan menikam garam kasar pada tangan makhluk itu yang sedang berpaut.
Makhluk itu akhirnya tersedut masuk ke dalam pusaran dan pusaran itu lesap setelah Raja Beriungan berjaya ditarik ke dalam.
Rumah usang mula bergegar – gegar menandakan ianya akan roboh pada bila – bila masa sahaja.
"Ayuh! Kita keluar dari sini dengan kadar segera!" Mereka bertiga berhati – hati menuruni anak tangga atas yang kelihatan sudah usang sekali dan berlari laju ke arah pintu keluar.
Hampir sahaja mereka bertiga tidak sempat keluar, rumah usang itu seratus peratus telah roboh bagaikan debu kebakaran. Nadia yang melihat Intan berjalan keluar terhuyung – hayang bagai orang lemah itu terus menepuk bahu Encik Subri dan Pak Kamal. Serentak dengan itu, kedua – duanya sedar.
"Jom kita balik dan kembali ke alam kita sebelum semuanya terlambat." Encik Subri lekas – lekas mengiling tikar menkuang.
"Tapi ...." Nadia menoleh semula ke tempat di mana dia melihat kelibatan Intan tadi. Tiada! Intan tiada lagi di situ.
"Sudah! Biarkan sahaja. Ayuh! Kita harus segera pergi." Mulut Encik Subri kumit – kumit membaca sesuatu.
Ditiupnya tapak tangannya lalu disapunya ke muka Pak Kamal dan Nadia. Setelah itu dia, menepuk tanah dengan tapak tangannya sebanyak tiga kali. Keadaan dan persekitaran sekeliling mereka berubah seperti sedia kala. Rumah teres dua tingkat masih tersegam indah di depan mereka. Cuma yang anehnya, bunga – bunga mahkota duri kini layu dan berguguran bunga dan daun – daunnya. Mereka bertiga bergegas masuk ke dalam kereta.
"Sebelum kita balik ke hospital, elok rasanya kita singgah dahulu mana – mana kedai makan yang halal. Takut ada yang ikut." Nadia yang mengerti maksud Encik Subri terus singgah di sebuah kedai makan yang berada berhampiran kawasan perumahan situ.
Share this novel