BAB 12

Spiritual Completed 797

Hari yang ditunggu – tunggu oleh semua orang telah pun tiba. Petang itu, keputusan ujian darah Intan kini berada di tangan Doktor Sabrina.

"Difahamkan daripada keputusan ujian makmal terhadap sampel darah cik Intan. Pihak makmal mendapati tiada menemukan sebarang keracunan dan masalah dalam darah. Ini bermakna, semua pemeriksaan ke atas cik Intan keputusannya adalah negatif dari sebarang jangkitan, penyakit dan sebagainya." Doktor Sabrina menjelaskan dengan jelas data pesakit bernama Intan kepada mereka yang berada dalam bilik wad Intan.

Setelah Doktor Sabrina meninggalkan mereka. Pak Subri mula mengatur apa yang harus mereka lakukan sesudah ini.

"Saya dari awal lagi sudah dapat menyangka masalah Intan ini tiada kaitannya dengan medis." Pak Kamal berbicara dengan tegas.

"Tetapi apa salahnya kalau kita mencuba perubatan hospital juga, kan?"Encik Norman mencelah. Membantah secara halus kata – kata Pak Kamal.

"Bagaimana ini, bang? Saya tak sanggup kehilangan satu – satunya anak tunggal kita, abang." Puan Kiah mula menangis. Dirinya sangat tertekan selagi Intan masih dalam keadaan koma.

"Sabar, puan. Insya Allah, Intan akan sedar dan pulih seperti biasa." Mak Dilna cuba memberi semangat kepada Puan Kiah.

"Begini sahajalah. Nampaknya, saya tidak ada melihat cara lain lagi. Saya minta tolong Nadia, hari ini saya ingin ke rumah sewa di mana Intan ditemui pengsan di sana. Boleh Nadia?" Pak Subri memandang ke arah Nadia.

Nadia hanya anggukkan kepalanya tanda bersetuju. Pak Kamal berjalan beberapa langkah ke arah Encik Subri.

"Saya mahu ikut sekali. Saya juga ingin membantu apa yang boleh saya bantu." Encik Subri tersenyum mendengar kata – kata Pak Kamal.

"Alhamdulillah. Terima kasih. Encik Norman dan yang lain – lain boleh tolong tengok – tengokkan Intan, ya. Insya Allah. Dengan izinNya, kita semua dapat kembalikan Intan ke alam nyata."

"Jangan lupa bacakan buku Yasin itu bila kami tidak balik hingga ke larut malam." Pesan terakhir Encik Subri kepada mereka yang tinggal bersama Intan di wad.

Nadia, Pak Kamal dan Encik Subri segera beredar ke destinasi yang ingin dituju oleh mereka.

"Kita singgah dulu untuk solat Mahgrib di masjid depan sana itu." Kata Pak Kamal.

Kereta yang Innova Toyota milik Nadia memasuki kawasan pekarangan Masjid Assayikirin Bintulu.

"Cantik juga Masjid Assyakirin ini ya, Pak Kamal? Banyak tiang dan open air juga." Encik Subri sempat memuji rekaan unik masjid tersebut.

Setelah selesai menunaikan solat fardu Maghrib, mereka bertiga meneruskan perjalanan menuju ke perumahan Tanjung Batu di mana Intan menyewa di kawasan itu.

"Inilah rumahnya, pakcik." Nadia memasuki halaman rumah sewa Intan setelah pagar automatik terbuka.

"Sebelah tu pula, rumah saya Encik Subri." Encik Subri hanya tersenyum kepada Pak Kamal. Mereka bertiga turun dari pacuan empat roda itu.

"Di sini saya menemui Intan pengsan." Nadia menunding jarinya ke arah antara dua batas bunga mahkota duri yang sedang tumbuh mekar di hadapan mereka.

"Bismilallahirrahmanirrahim." ucap Encik Subri diikuti oleh Nadia dan Pak Kamal.

Perhatian Encik Subri hanya tertumpu pada batas – batas bunga yang ada di halaman rumah di hadapan mereka kini. Bau hapak dan hanyir darah mula menyapa rongga pernafasan mereka bertiga.

"Apa yang terjadi?" Pak Kamal menyoal Encik Subri.

"Biar saya membuka hijab kalian agar kita dapat bekerjasama nanti." Nadia dan Pak Kamal hanya menurut.

Tiada apa yang lebih penting lagi. Jika dengan membuka hijab mereka dapat membawa Intan pulang ke alam manusia, mereka sanggup lakukannya.

Mulut Encik Subri kumit – kumit membaca sesuatu. Tapak tangannya di sapu pada kulit kelompak mata Nadia dan Pak Kamal. Kini jelaslah pandangan mata mereka bertiga yang rumah teragam indah yang dipenuhi oleh bunga – bunga mahkota duri itu ialah sebuah istana klasik. Dan batas bunga – bunga mahkota duri yang berada di halaman rumah itu ialah sebenarnya sebuah perkuburan yang dikelilingi pokok bunga kemboja berada di depan istana.

Nadia menyorok di belakang Encik Subri dan Pak Kamal. Dia ketakutan melihat perubahan yang berlaku di depan matanya. Kalau dia tahu kawasan rumah sewa ini ialah istana makhluk halus, sumpah dia akan melarang Intan untuk menyewa di situ.

"Mari kita bertiga duduk di sini. Nadia! Bentangkan tikar menkuang itu di sini." Nadia yang teragak – agak dengan tindakannya menuruti saja arahan Encik Subri.

Dengan ilmu yang ada pada dirinya, Encik Subri mengambil mengeluarkan tasbih kayu dari dalam poketnya. Surah Al-fatihah mula kedengaran dibaca oleh Encik Subri diikuti dengan ayat kursi. Encik Subri meminta supaya untuk Nadia duduk di barisan belakang di antara dia dan Pak Kamal.

"Mari kita bersama – sama berzikir. Walau apa pun terjadi, pernah berhenti berzikir. Nadia jangan pergi mana – mana meninggalkan tikar menkuang ini sehingga Nadia dapat melihat Intan keluar dari istana itu. Jika pakcik dan pakcik Kamal kamu tiada reaksi untuk sedar, kamu tepuk saja bahu kami. Faham?" Tutur Encik Subri dengan tegas.

"Baa....Baik, pakcik!" Bergetar – getar tangannya akibat ketakutan yang melampau.

"Jangan takut Nadia. Ingatlah, tiada apa yang ditakuti melainkan Allah." Pak Kamal cuba menyakinkan Nadia. Nadia hanya menganggukkan kepalanya.

Mereka bertiga mulakan berzikir setelah membaca ayat – ayat perlindung diketuai oleh Encik Subri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience