"Assalamualaikum, Intan." Kelihatan sinar bercahaya mata Nadia menyambut kedatangan sahabat karibnya semasa di IPTA itu dahulu.
"Walaikumsalam, Nadia! Amboi kau! Makin berisi eh!." Intan mencubit – cubit pipi sahabatnya itu.
"Biasalah. Orang comel auk." Intan menjulingkan matanya ke atas.
"Auklah. Comellah gilak. Muka kedak muka pusak saja saya tengok." Intan ingat – ingat lupa loghat Sarawak yang selalu Nadia tuturkan semasa zaman belajar dengan gadis tersebut.
"Memandangkan Intan telah sampai awal pagi begini, apa kata kita singgah makan di mana – mana dahulu? Nak tak?" Nadia mula menyandang beg Duffel kepunyaan Intan yang berjaya dirampasnya dari tangan sebelah kiri Intan.
"Ceh .... Gila Intan tak mahu? Lapar gila ni weyy!" kata Intan sambil memusing – musing tangan kanannya di perut miliknya. Pecah ketawa kedua - dua sabahat itu tanpa menghiraukan orang sekeliling yang sudah pun memandang ke arah mereka.
"Memandangkan saya tuan rumah di sini, menunya biar saya yang pilih! Kih kih kih." Sekali lagi Intan menjulingkan matanya ke atas.
"Dah, dah! Jom! Di kedai nanti kita bercerita. Lapar ni!" Intan memaut lengan Nadia untuk cepat – cepat beredar dan menuju ke destinasi mereka yang seterusnya.
Sampai di Restoran Sajian Mas, Nadia terus mengambil pesanan. Beberapa minit kemudian, pesanan sampai di meja Intan dan Nadia. Terbeliak mata Intan melihat menu yang dipesan oleh Nadia.
"Jeng! Jeng! Jeng! Inilah Mee Udang Galah dan yang ini adalah makanan tradisional masyarakat di sini iaitu Umai. Intan kena cuba tau kesemua makanan – makanan yang ada di Sarawak sini. Jangan sia – siakan kedatangan Intan ke sini. Nanti balik Semenanjung, adalah juga cerita Intan dengan orang sana tentang benda best – best di sini." Intan mula mengambil sudunya.
"Oi!! Kot ia pun Intan lapar, bacalah doa makan dahulu! Eee ... Tak berubah lagi dari dahulu sampai dah tua begini rupanya!" Kini giliran Intan pula tersengih – sengih mendengar bebelan Nadia.
Selesai membaca doa makan, Intan lalu menerkam udang galah yang ada pada mangkuk mee miliknya itu. Sampai lupa dunia sekeliling dan Nadia hanya memerhatikan sahaja ke gelojohannya itu. 'Biarlah. Perduli I.'
"Ini Nadia cakap umai tadi? Biar saya cuba." Sambil Intan menyoal Nadia, sambil Intan menceduk sikit sudunya pada umai tersebut.
"Perghhh!!! Sedap gilerlah, Nadia! Saya rasa nak tapaulah pakai Intan makan malam nanti." Nadia membuat isyarat tanda 'OK'.
"Umai ini ialah makanan tradisi bagi kaum Melanau di Sarawak. Pada awalnya, umai hanyalah juadah terdiri daripada hirisan ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau. Bukan ada umai ikan saja, umai udang pun ada, umai kaki ayam pun ada, umai sotong pun ada." Intan mengangguk – anggukkan kepalanya mendengar nama – nama menu umai dari Nadia.
Tidak dapat dinafikan 'umai' yang katakan oleh Nadia itu tersangatlah sedap. Balik Kuala Lumpur nanti, rasa nak cuba buat pula.
"Eh Nadia. Kamu dah cari tak rumah sewa untuk Intan?" Intan kembali ke dunia realiti setelah tak ingat dunia makan tadi.
"Sudah, Intan. Saya ada tengok sangkutnya iklan rumah untuk disewa ataupun dibeli di kawasan jalan Pantai Tanjung Batu sana. Kawasan Tanjung Batu tempat kerja kamu di Bintulu nanti, kan?" Intan mengangguk – angguk kepalanya.
"Nah! Kalau begitu, sesuailah itu. Saya pun kurang arif sangat rumah sewa kawasan Bintulu ini. Nanti kita berdua ke sana terus nanti. Intan habiskan dahulu makanan kamu tu, ya."
Setelah habis makan, Innova Toyota warna putih milik Nadia menyusur laju ke destinasi yang dimaksudkan oleh Nadia sebentar tadi. Dalam perjalanan, Intan sempat menghubungi keluarganya dan Encik Norman tentang keberadaannya kini.
"Hah! Inilah rumah yang saya maksudkan tadi, Intan. Rumah ini saya dengar murah harga sewaannya. Intan rasa sesuai tak? Kalau tak sesuai, kita cari yang lain. Lagi yang satu sana tu, ada lagi kawasan perumahan." Nadia memberhentikan kereta miliknya depan pagar rumah sewa tersebut.
Di hadapan mereka berdua, tersegam sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan halaman rumahnya yang boleh dijadikan padang main bola sepak. Intan turun dari kereta diikuti oleh Nadia.
"Wahh .. Besar juga halaman rumah ini Nadia? Siap ada taman bunga lagi tu. Berapa harga sewanya yang Nadia dengar?" Mata Intan tidak lengkang daripada memandang ke arah rumah sewa tersebut. Kelihatan indah dan cantik sekali.
"Yang saya dengar dari mulut orang sekitar ini cakap, tiga ratus sahaja sebulan tapi bagus kita telefon terus ke pemilik rumah untuk kepastian." Nadia mengaru – garu kepalanya yang dibalut tudung itu.
Intan kelihatan sangat teruja. Halaman rumah itu sungguh indah pada padangannya. Di sebelah kanan dan di sebelah kiri halaman rumah teres dua tingkat itu, terdapat beberapa batas kebun bunga mahkota duri yang berbunga sangat lebat dan kelihatan subur sekali walaupun rumah itu kelihatan sedikit suram.
Oleh kerana terpesona dengan keindahan rumah tersebut, Intan segera mengarahkan sahabatnya Nadia untuk menghubungi tuan rumah tersebut. Bukan susah sangat menghubungi tuan rumah tersebut. Ada sebuah papan putih yang sederhana besarnya dan dicat dengan warna merah darah dengan perkataan 'Untuk Dijual/Disewa' bersertakan nomber telefon tuan rumah disitu.
"Nadia telefonlah tuan rumah ini. Saya rasa berkenan melihat rumah ini. Cantik sekali. Saya suka." Intan masih terpegun melihat keindahan rumah di hadapannya.
"Okay. Kamu tunggu sebentar. Saya ambil telefon dulu dalam kereta. Nanti saya telefon terus suruh pemilik rumah datang sini teruslah. Eh, Intan! Bagus lagi kita tunggu owner rumah dalam kereta. Panaslah di luar tok. Dahlah tengah hari buta ni. Adeh!" Nadia terus meluru masuk ke dalam keretanya. Intan masih tidak berlanjak dari tempat dia berdiri.
Selang beberapa minit kemudian, seorang lelaki cina separuh umur datang menghampiri tempat mereka. Nadia cepat – cepat turun dari kereta menuju ke arah Intan.
"Cik berdua telefon saya tadikah?" Lelaki cina itu memulakan bicara.
"Iya. Saya yang telefon kamu tadi, uncle. Uncle tuan rumah ini? Kawan saya ini mahu menyewa rumah uncle ini dalam tempoh yang lama." Nadia menerangkan tujuannya menelefon lelaki tersebut.
"Panggil sahaja Uncle Lim. Marilah kita masuk ke dalam rumah. Dapat kalian berdua melihat – lihat di dalam rumah sekali."
"Terima kasih, Uncle Lim." Tersenyum lebar Intan.
Share this novel