Encik Subri bangun daripada jasadnya. Dia menyentuh jasad Pak Kamal. Pak Kamal memandangnya. Tangan Pak Kamal ditariknya supaya berdiri bersama – samanya. Mereka berdua menoleh ke belakang. Di belakang jasad mereka yang sedang berzikir, kelihatan Nadia memejamkan matanya rapat – rapat sambil tangan kanannya seolah – olah seperti orang mengira sesuatu. Nadia sedang berzikir. Pak Kamal hanya tersenyum melihat ulah Nadia.
"Jom! Kita tidak boleh berlama – lama alam ini. Di sini bukan tempat kita." Encik Subri memulakan langkahnya menuju ke kawasan istana.
+++++
Intan berlari – lari anak ke arah jendela apabila mendengar seolah – olah ada seseorang memanggil namanya. Belum jauh langkah Intan, Raja Beriungan sudah memegang lengan Intan.
"Jangan pergi ke sana! Bahaya!" Raja Beriungan bertutur dengan lembut.
"Kenapa? Kau tak mahu aku juga mati seperti Puteri Kasturi terjun dari jendela itu?" Dia sengaja mengapi – apikan Raja Beriungan. Dia sudah tidak sanggup lagi berkurung di istana makhluk halus ini.
"Bagaimana adinda tahu?" Terbeliak mata Raja Beriungan dengar kata – kata Intan.
Intan hanya membiarkan soalan itu berlalu begitu saja. Dia berusaha melepaskan diri dari cengkaman si Raja Beriungan.
"Dayang!!!" Suara nyaring Raja Beriungan memenuhi setiap ruang istana.
"Patik kalian datang mengadap, tuanku." Kelihatan wajah – wajah dayang yang berada disitu pucat. Ketakutan.
"Siapakah dikalangan kalian yang menceritakan tentang Puteri Kasturi kepada manusia ini?" Diam. Seorang dayang pun tidak berani bersuara.
"Beta akan bunuh kalian satu per satu jika beta dapat tahu!" Sekali lagi suara amarah Raja Beriungan memenuhi ruang istana.
Tiba – tiba angin yang pernah dirasai oleh Intan dahulu datang menyapa. Dari kejauhan kedengaran sayup – sayup suara bacaan surah Yasin. Peluang! Intan merasakan peluang untuknya melarikan diri dan keluar dari dunia ghaib ini sangat cerah.
"Arghhhh!!! Tidak!!!!!!" Raja Beriungan menutup kedua – dua telinganya dengan tapak tangan.
Dayang – dayang yang berada di situ juga membuat perkara yang sama seperti Raja Beriungan.
"Intan! Intan!" dari bawah kedengaran suara memanggil namanya.
Intan pantas belari menuju ke jendela. Teringat kembali kejadian Puteri Kasturi jatuh dari jendela terjunam ke bawah. Intan memejamkan matanya seketika. Perasaan sedih tiba – tiba bersarang.
Sampai di jendela, Intan melihat ayahnya dan Pak Kamal memanggil – manggil namanya.
"Ayah!!!! Intan di sini, ayah!!" Intan menjerit sambil melambai – lambai tangan ke arah Encik Subri dan Pak Kamal.
"Intan! Tunggu di sana Intan! Nanti ayah datang!" Encik Subri dan Pak Kamal berusaha menembusi benteng pagar istana yang tidak kelihatan.
Dicuba lagi, terpelanting lagi. Dicuba ditembusi lagi, sekali lagi Encik Subri terpelanting ke belakang.
"Huh! Kuat sungguh 'pagar' kau ciptakan ini, syaitan!"
Mulut Encik Subri kumit – kumit. Kali ini dia nekad untuk berlari dengan sekuat hati untuk menembusi 'pagar' istana itu. Di ambilnya garam di bawa mereka oleh mereka tadi lalu dicampaknya ke hadapan mereka.
Pemandang dihadapan mereka sekali berubah. Daripada sebuah istana ke sebuah rumah yang usang tanpa pintu. Bau busuk tiba – tiba menyerpa.
"Siapakah gelaran mu wahai, orang tua?" Seorang wanita cantik menyapa mereka berdua.
Wanita itu anggun memakai kebaya berwarna merah. Melangkah dengan penuh mengoda.
"Auzubillah minashaitan nirajeem! Auzubillah minashaitan nirajeem! Auzubillah minashaitan nirajeem!" Dengan sepantas kilat, Encik Subri terus membaling segengam garam kasar ke arah wanita tersebut.
Wanita tersebut mengelumpar kesakitan sebelum menghilang menjadi kepulan asap putih.
"Bang ... mari ke sini abang. Dilna rindu dengan abang..." Kemunculan Mak Dilna yang tiba – tiba itu mengejutkan Pak Kamal.
"Mengucap Kamal! Mengucap!" Tanpa sedar kaki Pak Kamal melangkah ke arah Mak Dilna.
"Kamalll!!! Jangan!" Pak Kamal sudah terpedaya dengan tipu helah syaitan.
"Allahuakbar!!" Tanpa berlengah, sekali lagi Encik Subri membaling segengam garam kasar.
Jelmaan Mak Dilna menjerit dan menghilang dalam sekelip mata. Encik Subri terus memaut lengan Pak Kamal.
"Itu bukan isteri kamu! Itu hanyalah jelmaan syaitan. Jangan terperdaya lagi!" Encik Subri terpaksa membesarkan suaranya akibat angin kencang tiba – tiba datang menyerang mereka berdua.
"Bertahan, Kamal! Arghhh!!" Encik Subri berusaha menepis satu persatu serangan yang tidak kelihatan itu.
"Aaaaaaaa!!! Pak Kamal seperti ditarik sesuatu ke belakang.
Lantas Encik Subri membaca ayat Kursi lalu memukul tanah dengan tapak tangannya sebanyak tiga kali. Angin yang kencang tiba – tiba berhenti, manakala Pak Kamal terhumban ke belakang.
"Ayuh! Kita harus segera masuk ke dalam rumah itu. Intan masih di dalam sana." Encik Subri dan Pak Kamal meneruskan langkah mereka menuju ke dalam rumah usang yang tanpa pintu itu.
Share this novel