BAB 1

Spiritual Completed 797

Surat pemindahan tempat kerja bertukar tangan. Intan hanya mampu mengeluh. Sudah berapa kali dia mempertahankan keputusannya untuk menolak tawaran Encik Norman itu, malah segala usahanya hanyalah sia – sia sahaja.

"Saya bukan apa bos. Saya keberatan untuk meninggalkan keluarga saya di sini. Nanti siapa mahu menjaga kebajikan keluarga saya di sini bos? Sudahlah saya anak tunggal dalam keluarga saya. Bos carilah orang lain yang lebih layak untuk uruskan perniagaan bos yang ada kat Bintulu, Sarawak itu." Intan masih berdegil untuk mempersetujui keputusan majikannya itu.

"Tidak Intan. Keputusan saya muktamat! Hanya awak satu – satunya staff yang saya rasa layak untuk menguruskan projek di Sarawak sana. Saya suka dengan hasil kerja awak. Selama ini, awak berkebolehan mengatasi masalah dan menyelesaikan projek dengan cepat." Encik Norman memandang tepat ke arah mata Intan.

"Habis, keluarga saya macam mana bos?" Intan masih tidak berputus asa dan berpuas hati.

"Bukannya lama tempoh projek itu. Paling lama pun hanya tiga tahun sahaja." Encik Norman bertutur dengan nada yang tenang.

"Tiga tahun itu lama bos! Takkanlah nak tinggalkan keluarga saya selama tiga tahun?" Intan sudah rasa ingin menangis. Encik Norman menahan diri untuk ketawa. Reaksi Intan betul – betul lucu di matanya.

"Begini sahajalah Intan. Saya berikan awak tempoh satu minggu ini untuk awak fikirkan tawaran saya itu. Jika awak mahu terus untuk bekerja di Wisma Holding ini, awak kena ikut aturan dan arahan saya sebagai pemilik syarikat ini. Saya tawarkan awak dua pilihan. Sama ada awak pilih untuk tandatangan surat pemindahan tempat kerja ini atau ......." Intan membesarkan matanya ke arah Encik Norman. Encik Norman tersenyum. Umpan sudah mengena!

"Atau awak dipecat!" Encik Norman menekankan agak keras perkataan 'dipecat'. Intan menundukkan kepalanya.

"Baiklah, bos. Saya akan tandatangan surat pemindahan kerja itu." Akhirnya, Intan mengalah.

Dengan wajah menahan diri untuk menangis akibat terlalu sedih, stress, marah dan geram terhadap Encik Norman, Intan memaksa diri untuk menoleh ke arah majikannya itu. Encik Norman tak memperdulikan reaksi daripada Intan. Baginya, projek jutaan ringgit itu lagi berharga buatnya.

'Kalau berhenti kerja, aku dan keluarga nak makan apa? Bukan ada orang lain pun nak cari nafkah, kalau tidak aku! Nak cari kerja bukannya senang zaman sekarang ini. Huh!' Tanpa sedar, Intan mengeluh depan Encik Norman.

"Jangan mengeluh. Saya tidak akan sia – siakan pengorbanan awak ini. Saya akan naikkan gaji dan elaun awak setelah awak tandatangan surat ini nanti." Encik Norman cuba mengambil hati Intan.

Setelah selesai menguruskan dokumen – dokumen pemindahan kerja, Intan kembali ke tempat meja kerjanya. Jawatan Ketua Eksekutif Operasi yang disandang olehnya selama lima tahun ini telah banyak mengubah kehidupan dirinya dan keluarga.

Dulu sebelum menyandang jawatan tersebut, Intan hanya bekerja sebagai kerani biasa. Gaji pun tak cukup makan setiap bulan. Tahun demi tahun, prestasi kerjanya semakin meningkat. Intan telah dinaikkan pangkat oleh Encik Norman. Jawatan yang disandang oleh Intan menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pekerja di dalam pejabat tersebut termasuk Puan Kamala, Setiausaha Sulit Encik Norman.

Intan mula mengemas meja kerjanya. Dia perlu membawa beberapa dokumen penting ke sana nanti. Setelah memastikan semua dokumen telah di simpan di dalam kotak, Intan bersiap – siap untuk pulang ke rumah.

"Eh, Cik Intan belum balik lagi?" Mak Jah menyapa.

Mak Jah ialah salah seorang cleaner yang paling lama berkhidmat di syarikat Wisma Holding milik Encik Norman. Wajahnya lembut dan bersikap keibuan.

"Sekejap lagi saya balik, Mak Jah. Masih melihat – lihat dokumen dalam bilik saya ini. Takut ada yang tertinggal pula nanti." Intan menjawab soalan Mak Jah dengan mesra.

"Dah dekat nak Mahgrib ini Cik Intan. Mak Jah balik dululah ya. Assalamualaikum." Mak Jah mula mengorak langkah.

"Eh, Mak Jah! Kejap!" Mak Jah menoleh semula ke arah Intan.

"Ada apa cik?"

"Nanti Intan tiada, Mak Jah tengok – tengokkanlah bilik Intan ini ya." Hanya Mak Jah harapannya saya di sini. 'Orang dalam pejabat ni, bukan boleh percaya sangat'.

"Insya Allah, Cik Intan. Kalau ada apa – apa yang mencurigakan, Mak Jah WhatsApp saja Cik Intan cepat - cepat. Apa macam? Ok tak?" Sambil Mak Jah menginyitkan mata kirinya.

"Hahaha ... terbaiklah Mak Jah! Terima kasih, Mak Jah! Baru senang sikit hati Intan ini. Mak Jah boleh balik. Assalamualaikum." Intan melambai – lambai tangannya.

"Walaikumsalam, Cik Intan." Mak Jah tersengih – sengih.

Jelas kedengaran azan mula dilaungkan dari telefon pintar miliknya. Intan mula mempercepatkan kerjanya yang tertangguh tadi.

Setelah 15 minit berlalu, Intan mengambil beg sandang dan membawa sebuah kotak bersaiz sederhana yang penuh dengan dokumen penting di dalamnya. Sebelum menutup suiz lampu biliknya, Intan menoleh semula ke dalam bilik yang telah dihuni olehnya bertahun – tahun lamanya.

"Selamat tinggal bilik kerjaku. Nanti aku balik, kita jumpa lagi. Kau jaga diri baik – baik. Assalamualaikum." Intan menutup suiz dan mengunci pintu bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience