BAB 10

Spiritual Completed 797

Intan sudah lengkap berpakaian istana yang disediakan oleh para dayang – dayang istana yang cekap menjalankan tanggungjawab menurut perintah daripada sang raja. Terasa sudah beberapa hari dia sudah berada di dunia asing itu. Hidupnya sangat mewah dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Akan tetapi hidupnya bagaikan dikawal dan dia tidak mempunyai ruang untuk bersendirian walau sedikit pun.

"Ampun, tuan puteri. Raja Beriungan mohon tuan puteri untuk menghadap baginda di balai utama." Intan hanya membulatkan matanya.

'Perlukah aku berjumpa dengan raja itu lagi. huh!' Intan bangun dari tempat pembaringannya.

Baru sahaja dia ingin minta untuk ditinggalkan bersendirian. Intan mengeluh entah kali ke berapa kali.

"Perlu, tuan puteri. Jika tuan puteri ingkar arahan baginda, baginda raja akan murka pada patik." Intan mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Sekarang betul – betul tiada privasi langsung. Bercakap dalam hati pun sudah diketahui. Dengan lemah, Intan memaksa kakinya untuk melangkah bersama – sama dayang istana menuju ke destinasi yang dimaksudkan oleh dayang tadi.

Melihat kelibatan Intan berjalan menuju ke arahnya, Raja Beriungan menegakkan tubuhnya. Matanya tidak berkelip memandang Intan.

"Ampun, tuanku. Puteri Kasturi datang menghadap." Sembah salah seorang dayang yang berdiri paling hadapan sekali.

"Tinggalkan beta dengan Puteri Kasturi bersendirian." Dengan sekelip mata, beberapa dayang – dayang yang berada di balai itu sudah hilang dari pandangan mata.

Intan yang melihat kejadian itu membulatkan mata. Kejadian yang memang luar biasa. Raja Beriungan perlahan – lahan berjalan menghampiri Intan. Intan mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Beta tidak memaksa adinda untuk menerima kehadiran beta di sisi adinda. Tetapi beta sangat berharap Puteri Kasturi yang dulu kembali semula untuk bersama dengan beta semula." Raja Beriungan masih berusaha untuk mendekati Intan.

"Aku bukan Puteri Kasturi atau sesiapa! Aku hanyalah manusia biasa! Kau silap orang!" Intan mula membesarkan suaranya.

"Mana mungkin beta tersilap. Jangan risau adinda, beta akan memberi ruang kepada adinda sehinggalah adinda sendiri menyerah seluruh jiwa adinda kepada beta." Raja Beriungan memberikan senyuman yang boleh mencairkan mana – mana wanita yang melihatnya tetapi tidak bagi Intan.

"Aku ingin pulang!" Mata Intan meliar ke pelbagai arah. Mencari – cari peluang untuk melepaskan diri.

"Adinda jangan sekali – kali cuba untuk melarikan diri. Beta tidak akan membiarkan adinda hilang sekali lagi buat kali kedua. Tidak sama sekali!" Lengan Intan dicekam kuat oleh Raja Beriungan.

Mata Intan mula menundukkan kepalanya. Suara nyaring Raja Beriungan berjaya membuatkan Intan ketakutan dan mengeluarkan air mata sulungnya.

"Adinda ..." Raja Beriungan cuba menghampiri Intan sekali lagi.

Intan hanya berdiri kaku. Dia sudah letih untuk menghadapi situasi begini. Sampai bila dia harus berkurung di dunia tidak diketahui ini? 'Mak! Ayah! Selamatkan Intan!

"Adinda ... maafkan beta jika berkasar dengan adinda. Beta mohon, jangan pernah adinda meninggalkan beta lagi." Raja Beriungan menarik Intan ke dalam pelukannya. Intan hanya kaku berada dalam pelukan lelaki itu.

Dari kejauhan terdengar sayup – sayup suara manusia seperti sedang membaca sesuatu. Intan cuba memasang telinga dan mencuba untuk memahami setiap butiran bacaan yang didengari olehnya itu. Angin tiba – tiba menyapa masuk. Intan mencari – cari dari mana datangnya sumber angin tersebut.

Jendela! Ya, ada sebuah jendela di sebelah kiri dimana dia dan Raja Beriungan berada kini. Maka ada satu sinar harapan Intan untuk selamat daripada dunia aneh ini.

"Arghhh!!!" Intan terlepas dari pelukan Raja Beriungan.

Raja Beriungan memegang kedua-dua belah telinganya. Raja Beriungan kelihatan begitu terseksa. Intan yang tidak mengerti kenapa Raja Beriungan begitu terus belari mengambil peluang. Arah jendela tadi adalah sasaran lariannya.

Suara wanita yang berteriak dengan kuat ada kedengaran berada di sana sini. Akibat terlalu takut, kaki Intan tersangkut pada bucu kerusi istana yang ada berada di situ menyebabkan Intan terjatuh tersungkur pada permaidani istana. Intan hampir sampai ke destinasi. Suara bacaan yang sayup – sayup tadi kedengan semakin jelas.

Kini baru Intan sedar, bacaan yang di dengar olehnya tadi ialah bacaan daripada jantung Al-Quran iaitu surah Yasin. Intan cuba untuk bangkit semua, meneruskan langkahnya ke arah jendela. Malang baginya, tangan sasa milik Raja Beriungan terlebih dahulu memaut pinggangnya dan membawanya masuk ke dalam balai utama istana semula.

"Dayang!" Panggil Raja Beriungan dalam keadaan marah. Tidak berapa lama kemudian, muncul seorang dayang di hadapan Raja Beriungan dan Intan.

"Patikkk ... menngg ..hadap, ttuanku...." Tergetar – getar suara dayang tersebut.

"Sudah banyak kali beta katakan. Jangan sekali – kali buka jendela itu!" Mata Raja Beriungan bertukar warna.

Intan yang masih dalam berada pautan tangan Raja Beriungan hanya memejamkan matanya apabila dia melihat bebola mata Raja Beriungan bertukar warna merah menyala – nyala.

"Ampun, tuuannnkuu ... Patikk hanya ....."

"Diam!! Dayang! Bawa dia ke bilik hukuman. Beta akan menyusul ke sana nanti."

Tidak lama setelah Raja Beriungan berkata begitu. Kelihatan halus kepulan asap putih. Dalam sekelip mata, dayang yang malang itu lesap bersama kepulan – kepulan asap putih mengelilinginya.

"Dan .. itulah hukuman orang yang buat beta murka, adinda." Wajahnya di dekatkan dengan wajah Intan.

Intan hanya mengiggil ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience