Tiket penerbagan telah ditempah dan ditaja oleh syarikat Encik Norman. Keluarga Intan sudah dimaklumkan awal – awal tentang waktu penerbagan mereka ke Sarawak pada hari itu. Setelah menerima panggilan kecemasan daripada cawangan syarikatnya di Bintulu semalam, Encik Norman tidak membuang masa.
Dia terus mengarahkan Puan Kamala untuk menempah tiket penerbangan dia dan keluarga Intan langsung dari Kuala Lumpur ke Bintulu. Sampai di Bintulu, kedatangan mereka di sambut baik oleh Nadia dan Pak Kamal.
Nadia menceritakan kejadian dari A hingga ke Z kepada Encik Subri, Puan Kiah dan majikan Intan iaitu Encik Norman.
"Kita perlu mencari orang yang pakar dalam hal ini." Pak Kamal mengutarakan cadangannya.
"Kita perlu tunggu ujian darah Intan dari makmal hospital terlebih dahulu, Encik Kamal. Jika masih juga normal, baru kita bertindak kepada lebih kepada paranormal seperti yang encik cadangkan." Kata Encik Norman.
"Saya bersetuju dengan pendapat Pak Kamal tetapi saya juga bersetuju dengan kata – kata Encik Norman. Kita tunggu terlebih dahulu ujian darah Intan." Kata Encik Subri.
"Baiklah, kita tunggu dahulu ujian darah Intan. Menurut doktor yang merawat Intan semalam. Ujian darah mengambil tempoh beberapa hari untuk mendapatkan laporan hitam putihnya."
"Insya Allah . Kita doakan semuanya akan berjalan dengan lancar." Nadia juga turut bersimpati dengan nasib sahabatnya itu.
Rasa bersalah mula lahir dalam diri Nadia sejak Intan pengsan dan di masukkan ke hospital semalam. Kalau bukan dirinya yang memperkenalkan rumah sewa itu kepada Intan, pasti Intan tidak terjebak dalam keadaan mimpi ngeri begini. Berapa kali dia memohon maaf kepada keluarga Intan.
"Sebenarnya sebelum Intan menyewa di situ, sudah beberapa orang datang menyewa di rumah tersebut. Paling lama penyewa tinggal di rumah itu, selama dua hari sahaja. Selepas itu, mereka berpindah dengan keadaan terburu – buru." Semua mata memandang ke arah Pak Kamal. Cerita yang diceritakan oleh Pak Kamal menarik perhatian mereka.
"Kenapa mereka berpindah secara mendadak begitu, pakcik?" Nadia mula menyoal. Berminat dengan cerita Pak Kamal.
"Ada salah seorang penyewa pernah menumpang bermalam di rumah kami. Budak itu ialah budak pratikal dan menyewa dengan beberapa orang rakannya yang lain pada masa itu. Pada malam pertama mereka bermalam di rumah itu, mereka sudah diganggu dengan kewujudan makhluk halus."
"Hah?! Makhluk halus?" Serentak Nadia, Encik Subri dan Encik Norman serentak. Mereka bertiga bagaikan tidak percaya apa yang baru saja Pak Kamal ceritakan.
"Biar betul, pakcik? Tapi kenapa Uncle Lim tiada pula berkata apa – apa kepada kami semasa saya ikut Intan berjumpa dengan beliau semalam?" Kata Nadia yang masih dalam keadaan terkejut.
"Mana mahu si Lim bagitahu kepada penyewa – penyewa dia. Nanti mana ada orang datang hendak menyewa kalau dia jujur, kan?" Nadia mengangguk – anggukkan kepalanya.
"Betul juga." Kata Encik Norman.
"Saya belum lagi melihat rumah berkenaan. Boleh saya datang melihat – lihat rumah tersebut ?" Soalan itu khas ditujukan oleh Encik Subri kepada Pak Kamal dan Nadia.
"Boleh – boleh, pakcik. Nanti Nadia bawa kita semua ke sana."
"Tapi hari ini jangan dululah kita ke rumah sewa itu. Saya hendak berjumpa dengan doktor yang merawat Intan itu terlebih dahulu. Hendak kepastian, bila agaknya ujian darah itu boleh keluar."
"Kalau begitu, marilah kita ke hospital sekarang." Pak Kamal sudah tidak sabar – sabar untuk menyelesaikan masalah yang melanda anak Encik Subri.
"Cik! Kira semua sekali." Encik Norman melambai – lambai ke arah pelayan restoran tersebut.
+++++
Setelah sampai di hospital, Encik Subri dan ditemani oleh Pak Kamal bertemu dengan doktor yang dipertanggungjawabkan untuk merawat Intan.
"Boleh tak ujian darah tersebut dipercepatkan, doktor?" Encik Subri terus saja mengutarakan tujuan kedatangan mereka menemui doktor yang tertulis 'Sabrina' pada tag namanya.
"Sebenarnya ujian darah mengambil masa paling tak kurang tiga ke enam hari. Hari ini merupakan hari kedua, mungkin esok kita dapat keputusannya. Saya akan maklumkan encik – encik sekalian secepat mungkin bila keputusan tersebut sudah berada di tangan saya."
"Mmmm kalau begitu, kami minta diri dahulu. Nanti cepat – cepat maklumkan kepada kami, ya." Pak Kamal menepuk – nepuk lembut belakang badan Encik Subri yang mula bertutur dengan nada hampa.
"Boleh. Encik jangan risau." Doktor Sabrina memberikan senyum keyakinan kepada Encik Subri.
"Terima kasih, doktor."
"Sama – sama". Pak Kamal menutup rapat pintu bilik Doktor Sabrina.
"Bagaimana, abang?" Soal Puan Kiah kepada suaminya.
"Esok saja ujiannya ada, Kiah. Kita bersabar dulu." Encik Subri tersenyum pahit.
Mereka beriringan menuju ke wad dimana Intan berada. Intan masih tidak menunjukkan reaksi untuk sedar dari koma. Nadia, Mak Dilna dan Encik Norman sudah memulakan pembacaan buku Yasin.
Pak Kamal, Encik Subri dan Puan Kiah juga mengambil buku Yasin yang sememangnya ada di sediakan oleh pihak hospital.
Salah satu cara untuk merawat orang yang koma ialah membaca Surah Yasin. Selain itu, kita sebagai hambaNya harus redha dan ikhlas dengan ketentuannya. Jangan berhenti untuk berzikir dan memohon daripadaNya.
Share this novel