BAB 5

Spiritual Completed 797

Setelah selesai solat Maghrib, Intan menyarung baju kurung berwarnah lembut di tubuhnya. Dia membawa separuh umai yang di tapaunya di Restoran Sajian Mas ketika makan dengan Nadia siang tadi.

"Assalamualaikum, Makcik." Intan memanggil Mak Dilna dari luar pagar. Selang beberapa minit, Mak Dilna masih belum ada tanda – tanda untuk keluar dari dalam rumahnya.

"Mak Dilna! Assalamualaikum!" Intan menyaringkan lagi suaranya.

"Walaikumsalam. Eh, Intan. Jemput masuk, Intan. Lama sudah Intan dah sampai tadi?" Mak Dilna membuka kunci pagar rumahnya.

"Taklah lama sangat makcik. Baru saja sampai." Intan menyalam tangan Mak Dilna.

"Makcik tengah memasak tadi. Sekejap lagi pakcik kamu sampai kerja tu. Duduklah nak. Makcik ke buat air sekejap."

"Eh, tak payah susah – susah makcik. Biar saya tolong makcik kat dapur. Lagipun Intan ada bawakan umai yang Intan sempat tapau di kedai siang tadi." Intan dan Mak Dilna beriringan berjalan menuju ke dapur.

"Wah. Terima kasih, Intan. Makcik adalah juga masak ikan bawal masam manis dan daging masak kicap tadi. Bolehlah kita makan sama, kan?" Kedatangan Intan ke rumahnya petang itu sangat menceriakan Mak Dilna. Dapat juga Mak Dilna mengubat rindunya terhadap anak – anaknya yang jarang pulang ke rumah.

"Assalamualaikum. Dilna? Oo Dilna?" Terdengar suara seorang lelaki di luar rumah. Mak Dilna dan Intan sama – sama berjalan menuju ke pintu utama.

"Walaikumsalam, abang. Kenalkan ini Intan. Intan baru saja berpindah di rumah sebelah kita ini ."

"Rumah sebelah?" Pak Kamal memandang isterinya. Mak Dilna hanya mengangguk. Memberi jawapan pada persoalan yang ada dalam pemikiran suaminya.

"Assalamualaikum, pakcik. Saya Intan. Baru sahaja berpindah siang tadi. Saya orang Kuala Lumpur." Intan menundukkan kepalanya kepada suami Mak Dilna.

"Walaikumsalam, Intan. Pakcik gembira Intan sudi datang ke rumah kami ini. Rumah ini memang sunyi sebab anak – anak semua semua dah ada rumah tangga masing - masing." Intan mengangguk – anggukan kepalanya.

"Eh! Apa tercegat di sini saja kita. Jomlah masuk." Mereka bertiga berlalu masuk ke dalam rumah.

+++++

"Errghhhh!!! Tak mungkin itu adinda Puteri Kasturi yang telah lama hilang! Tidak! Tidak mungkin sekali!!!" Lelaki yang bertubuh sasa itu mundar mandir.

"Ampunkan patik, tuanku. Patik rasa itu bukanlah tuan Puteri Kasturi. Dia hanyalah manusia yang serupa wajahnya dengan tuan puteri tuanku yang ..."

"Diam!!!! Beta tak perduli semua itu! Beta mahu adinda beta datang semula kepada beta. Beta akan bawa adinda kekasih beta itu datang ke semula ke tangan beta walau dengan cara apa jua sekali pun!" Raja Beriungan tetap dengan pendiriannya.

Semua dayang – dayang istana menundukkan wajah mereka. Tiada seorang pun yang berani menentang keputusan Raja Beriungan.

"Banyak sudah yang menetap di rumah ini, seorang demi seorang telah beta usir. Tetapi tidak mungkin beta usir yang ini. Wajahnya cantik sekali. Mirip sungguh dengan wajah adinda Puteri Kasturi kesayangan beta." Tanpa sedar, air mata lelakinya jatuh menitis. Cepat – cepat Raja Beriungan menyengka air matanya. Takut dilihat oleh dayang istana.

"Dayang! Pastikan kamar beradu Puteri Kasturi kemas dan dihias cantik. Beta mahu membawa pulang adinda beta ke istana dengan segera!" Raja Beriungan melangkah berangkat menuju ke pintu utama istana. Belum sampai ke pintu utama istana, kelibatan Raja Beriungan telah pun tidak kelihatan lagi.

"Dayang, mari kita kemas kamar Puteri Kasturi sekarang sebelum Raja Beriungan pulang. Nanti baginda murka pula pada kita." Semua kumpulan dayang – dayang istana yang berkumpul di situ perlahan – lahan menjadi kepulan asap putih.

++++

"Intan kerja di kawasan mana di Bintulu ini?" Soal Pak Kamal apabila mereka bertiga sudah berada di ruang tamu.

"Tempat kerja saya di kawasan Tanjung Batu, pakcik. Kalau ikutkan alamat diberi majikan Intan. Tetapi Intan belum lagi ke pejabat sehari dua ini. Majikan Intan beri cuti selama dua hari bermula dari esok. Selepas itu, barulah Intan mula bekerja." Jelas Intan kepada Pak Kamal.

"Sambil kita berbual – bual, jemput minum ya. Jangan malu – malu, Intan. Anggap saja kami ini bukan orang lain." Mak Dilna menghulurkan secawan kopi kepada Pak Kamal dan Intan.

"Alhamdulillah. Intan sangat gembira, pakcik dan makcik sudi jemput dan sambut kedatangan Intan dengan sebaik ini. Terima kasih ya. Cuma Intan aga sedih sedikit." Wajah Intan tiba – tiba berubah.

"Kenapa Intan?" Tanya Mak Dilna cemas.

"Intan terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sayu pula hati ini makcik. Mungkin Intan dah terbiasa tidak berjauhan dengan keluarga. Tambahan lagi Intan anak tunggal. Mana Intan pergi, mesti ada ibu dan ayah di sisi."

"Bagus Intan ini. Seorang anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga." Puji Pak Kamal.

"Tiadalah pakcik, makcik. Biasa – biasa saja." Intan tersipu malu bila dipuji begitu.

"Jadi Intan tinggal sendiri di rumah sewa Intan sekarang ini?" Kini giliran Mak Dilna pula menyoal.

'Rasa rimas juga Cuma biasalah, kita orang baru disini. Mesti ada hari suai kenal'. Intan masih tidak lengkang dengan senyumannya.

"Iya, makcik. Intan lebih suka tinggal sendiri begitu daripada berkongsi dengan orang lain."

"Intan sendiri, pakcik pesan Intan jangan pernah tinggal solat wajib. Kalau berada di rumah tu, rajin – rajinlah baca surah – surah pelindung dan sebagainya. Supaya Allah sentiasa bersama kita dan melindungi kita daripada perkara – perkara yang ghaib dan perkara yang tidak diingini." Intan mengangguk – anggukkan kepalanya tanda faham.

Zittt, zitttt, zittt. Gegaran terhasil daripada telefon pintar Huawei milik Intan menarik perhatian mereka bertiga. Tertera nama Nadia yang membuat panggilan.

"Maaf pakcik, makcik. Sudah lama Intan di sini. Intan minta diri dululah ya." Intan meminta diri dengan sopan.

"Eh, masih awal lagi Intan. Bermalamlah sini." Sekali lagi Mak Dilna membuat tawaran kepada Intan.

"Tak mengapa makcik. Esok – esok Intan datang jenguk makcik dan pakcik lagi ya. Saya minta diri dulu makcik, pakcik." Intan pun berdiri dan ingin berlalu pulang.

"Baiklah, Intan. Hati – hati jalan ke rumah. Kalau ada apa – apa. telefon saja nombor pakcik atau nombor makcik. Insya Allah kami akan datang membantu." Pak Kamal juga turut bersama isterinya menghantar tetamu mereka ke pintu utama.

"Assalamualaikum" Intan melambai tangannya.

"Walaikumsalam." Jawab Pak Kamal dan Mak Dilna serentak.

"Baikkan budak Intan tu bang?" Mak Dilna mula bersuara.

"Iya. Tapi saya tetap risau dia tinggal seorang diri di rumah itu. Bukan awak tidak tahu rumah itu macam mana."

"Insya Allah. Tiada apa – apa yang berlaku, abang. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua."          

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience