Dari kejauhan, kelihatan Encik Subri dan Puan Kiah melambai – lambai tangan ke arah teksi yang di naiki oleh anak tunggal mereka, Intan. Intan yang sejak dari awalnya menahan air mata akhirnya menagis juga di dalam teksi yang ditumpangnya itu.
"Aiyoo ... perlu banyak bersabarlah adik. Jangan menangis ma ... Dalam hidup ini memang akan ada masa kita berjauhan sama keluarga walaupun terpaksa." Pemandu teksi berbangsa cina itu memandang sekejap Intan dari cermin pandang belakang.
"Iya, uncle. Saya cuba bersabarlah ini. Terima kasih, uncle." Intan berusaha untuk berhenti menangis dan cuba berlagak tenang.
Suasana di dalam teksi senyap sehinggalah teksi yang dinaiki oleh Intan sampai di KLIA.
"Ini duit tambangnya, uncle. Terima kasih ya." Intan memaksa diri untuk senyum meski pun hatinya terasa sangat sedih.
"Sama – sama cik adik." Intan turun dari teksi dan pemandu teksi tersebut melambai – lambai tangan kepada Intan itu menandakan selamat jalan. Intan membalas sebentar sambil tersenyum.
Langkah kakinya hampir menjejak kaki ke balai pelepasan KLIA, dari kejauhan Encik Norman dan dua orang staff yang sangat dikenali oleh Intan memanggil – manggil nama Intan.
"Weyyy ... laju sangat kau jalan! Macam tak sabar saja kau nak tinggalkan kitorang." Liza berpaut pada bahu Intan. Terbongkok – bongkok Liza akibat berlari anak – anak mengejar langkah Intan dari kejauhan.
"Kenapa Intan tak on handphone? Saya sudah beberapa kali telefon." Encik Norman memandang Intan dengan wajah tak berpuas hati.
"Saja off handphone awal. Nanti tak payahlah saya banyak kerja nak urus benda macam – macam." Intan seorang induvidu yang jenis sistematik, teliti, berdikari dan cepat sesuaikan diri dengan persekitarannya. Encik Norman sangat senang dengan sikap Intan itu.
"Kami rancang hendak hantar kau tadi. Tapi kau tak angkat telefon bila Encik Norman telefon. Nasib baik si penyibuk tu inform waktu berangkat kau pukul berapa tadi." Kata Kamal.
Si penyibuk yang di maksudkan oleh Kamal itu ialah Puan Kamala. Setiausaha Sulit kepada Encik Norman. Puan Kamala cukup terkenal dengan ulahnya yang memang kaki sibuk dan kaki gosip dalam pejabat. Intan hanya tersengih – sengih.
"Hah! Tengok tu bos, bukan dia ada rasa bersalah pun! Tersengih pula! Tumbuk kang!" Liza tak berpuas hati.
"Sabar, sabar. Dah jom kita minum dulu sebelum Intan berlepas. Lagi dua jam kot flight Intan tu." Encik Norman bersuara.
"Jomlah bos. Saya pun terasa lapar ni."
"Aik. Bukan kau selalu bedal nasi lemak mak kau sampai tiga pinggankah setiap pagi?" Ujur Kamal.
Saja mahu kacau Intan. Lepas ini, lama mereka tidak berjumpa. Pasti sunyi pejabat nanti. Maklum sahaja, Intan selalu jadi mangsa 'buli' di pejabat mereka. Intan hanya menjulingkan matanya ke atas.
+++++++
Intan memejamkan matanya. Sekejap saja lagi, kapal terbang yang dinaikinya bakal tiba di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak. Bukan lama sangat pun penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Sarawak ini. Hanya mengambil masa dua jam lima belas minit sahaja.
"Ladies and gentlemen, we have started out in preparation for landing, please make sure your seat backs and tray tables are in their full upright position. Make sure your seat belt is securely fastened and all carry-on luggage is stowed underneath the seat in front of you or in the overhead bins. Please turn off all electronic devices until we are safely parked at the gate. The flight attendants are currently passing around the cabin to make a final compliance check and pick up any remaining cups and glasses. Thank you." Kapten kapal terbang mula membuat pengumuman.
Intan menjeling jam tangannya. Jam digital miliknya memaparkan pukul 13:45. 'Masih awal lagi'. Intan memejamkan semula matanya.
"Ladies and gentlemen, we have just been cleared to land at the Bintulu airport. Please make sure one last time your seat belt is securely fastened." Suara kapten kapal terbang tersebut membuat semua orang dalam kapal terbang tersebut mula sibuk – sibukkan diri memakai tali pinggang yang tersedia di kerusi masing – masing.
Terasa roda depan kapal terbang MH2520 mendarat pada jalan yang disediakan khas untuk setiap kapal terbang mendarat.
"Ladies and gentlemen, welcome to Bintulu, Sarawak airport. Local time 0841. For your safety and comfort, we ask that you please remain seated with your seat belt fastened until the Captain Zafuan turns off the Fasten Seat Belt sign. This will indicate that we have come to a complete stop at the gate and it is safe for you to move about. Please check around your seat for any personal belongings you may have brought onboard with you and please use caution when opening the overhead bins, as heavy articles may have shifted around during the flight. If you require deplaning assistance, please remaining your seat until all other passengers have deplaned. One of our crewmembers will then be pleased to assist you. We remind you to please wait until inside the terminal to use any electronic devices.
On behalf of Captain Zakuan, Airlines and the entire crew, I'd like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you onboard again in the near future. Have a nice evening!" 'Macho sungguh suara abang tu. Auumm'. Intan tersengih – sengih.
Sampai sahaja di balai ketibaan, dari jauh kelihatan Nadia tersengih seperti kerang busuk. Nadia ialah kawasan sama jurusan dengannya ketika di UiTM Shah Alam dulu. Nadia anak jati Sarawak. Sehari sebelum berangkat, Intan telah memaklumkan kedatangannya ke negeri itu kepada Nadia. Nadia pula dengan murah hati sudi menjemputnya di lapangan terbang kelak. Alhamdulillah.
Share this novel
emmmr.....akk/abg jgn lupa tau nnt dtg umh saya... hahhahaha.....gurau