"Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar." Kata Pak Kamal sambil menghirup air kopi panasnya.
"Semuanya dengan izin Allah. Alhamdulillah." Mereka bertiga mengucap kesyukuran dalam hati masing – masing.
Selang beberapa minit mereka bertiga mendiamkan diri, telefon bimbit Nokia milik Encik Subri berdering.
"Assalamualaikum, abang." Kedengaran suara Puan Kiah ceria sekali.
"Walaikumsalam, Kiah." Encik Subri menjawab lembut. Hati tuanya dapat meneka berita yang ingin disampaikan oleh isterinya itu.
"Intan abang ......"
"Kenapa dengan Intan, Kiah?" Encik Subri tersenyum memandang ke arah Nadia dan Pak Kamal dengan memberi isyarat mata.
"Intan dah sedar, abang!" Suara isterinya sungguh ceria sekali.
"Alhamdulillah. Sekejap lagi kami bertiga sampai di sana." Talian dimatikan.
"Intan dah sedar katanya." Encik Subri tersengih – sengih.
"Alhamdulillah." Kata Nadia dan Pak Kamal serentak.
+++++
Sampai di wad, Nadia terus memeluk sahabatnya itu. Rasa bersalah masih lagi bebekas pada diri Nadia.
"Saya minta maaf, Intan. Saya tidak tahu pun yang rumah itu berhantu." Intan memepuk – nepuk tangan sahabatnya itu.
"Eh, bukan salah Nadia pun. Dah! Tak payah nagis – nagis lagi. Intankan dah sedar ni." Nadia mengangguk kepalanya.
"Intan, mulai dari esok. Kita balik semula ke Semenanjung. Saya dah batalkan projek saya itu. Saya pun mahu minta maaf kepada Intan, kepada pakcik dan makcik kerana saya juga Intan keadaan begini."
"Esok saya akan arahkan beberapa orang staff syarikat saya di sini untuk membantu mengambil barang – barang Intan yang masih ada dalam rumah itu." Kata Encik Norman sambil bermain dengan telefon pintarnya.
"Itulah ..En ...." Cepat – cepat Encik Norman memotong sebelum Intan menghabiskan ayatnya.
"Saya juga tidak akan menarik balik perjanjian saya akan naikkan gaji awak bermula bulan depan. Jangan risau." Nadia dan Intan menepuk – nepuk tangan.
"Amboi, Intan. Sihat nampak." Encik Subri sengaja menegur anaknya itu. Pecah ketawa mereka semua.
Intan tersenyum bahagia. Tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat wajah orang tuanya. Sejak dari kejadian itu, Intan sangat menitik berat soal agama. Dia sedar dia terlalu lalai dari pegangan agamanya ketika makhluk itu 'menculik'nya. Sepatutnya dia tidak boleh membenarkan makhluk itu memegang dan memeluknya sesuka hati. Intan mengeluh dengan kelemahan diri sendiri.
Hidup sebagai wanita muslimah sejati harus dimulai dari sekarang. Tiada istilah terlambat untuk berubah.
+++++
Intan mengeliat perlahan. Terasa sakit seluruh sendi - sendi badannya. Intan mengakhiri penulisan novelnya pada malam itu. Setelah dua minggu dia berusaha menyiapkan manuskrip novel yang bakal dihantar ke penerbit hujung bulan ini.
Penulisan dia kali ini sungguh lancar sekali. Tidak seperti karya novel – novelnya yang sebelum ini yang memerlukan masa berbulan – bulan lamanya untuk siap sepenuhnya. Novelnya ini adalah hasil dari temu ramahnya dengan seorang wanita yang kini berada di hospital mental beberapa bulan yang lalu.
Setelah menekan butang 'Save', Intan menutup komputer ribanya. Dia harus tidur segera memandangkan esok dia ada tugasan baru dan perlu turun padang ke tapak projek bersama Encik Norman.
Sengaja dia menggunakan nama – nama orang sekelilingnya dalam watak – watak novel terbarunya itu. Intan berjalan menuju ke arah katil. Lalu merebahkan badan tanpa membaca doa tidur. Lampu bilik di matikan. Hanya cahaya daripada sang rambulan saja menyinari samar – samar bilik tidur Intan dari celahan langsir tingkap.
"Intan ....." Kedengaran satu suara garau tetapi halus menyeru namanya. Tetapi malangnya, Intan telah tidur dengan lena. Bau haruman bunga kemboja memenuhi ruangan kamar Intan.
Perlahan – lahan kepulan asap putih mencul di penjuru bilik berhampiran dengan katil Intan yang sedang nyenyak tidur. Daripada kepulan asap kini membentuk sesusuk tubuh yang bertubuh sasa berdiri tegak memerhatikan Intan dari ekor matanya.
"Beta akan sentiasa bersama mu, Intan ...." perlahan – lahan sesusuk tubuh tadi bertukar semula menjadi kepulan asap putih dan lesap dari celah – celah tingkat.
TAMAT
Share this novel