BAB 7

Spiritual Completed 797

Intan membuka matanya perlahan – lahan. Pandangannya masih kabur dan samar – samar. Di pegangnya telunjuk jarinya sendiri. Masih terasa sisa – sisa sakit walaupun rasa bisanya tidaklah seperti mula – mula jari telunjuknya itu tercucuk duri bunga mahkota tadi. Wangian bunga kembali menyerlahkan diri. Ingatannya kembali sedar, mengigati satu per satu kejadian yang terjadi sehingga hujung telunjuknya tercucuk duri.

Intan memaksa diri untuk bangun. Kepalanya masih terasa berat. Matanya cuba dipejam celik, pejam celik untuk menstabilkan pandangannya yang masih kabur.

"Jangan terlalu memaksa diri adinda. Adinda masih perlukan rehat." Terloncat Intan dari katil bersaiz king itu apabila mendengar suara lelaki di sebelahnya.

"Bila masa aku bersama lelaki ni?!" Cuba dibesarkan matanya. Masih juga kabur.

"Biar beta bantu adinda." Disentuhnya kelompak mata Intan.

Penglihatan mata Intan kembali pulih. Dia mula dapat melihat persekitaran sekelilingnya dengan jelas. Keadaan dan perhiasan di dalam bilik yang sangat cantik dan klasik buat dirinya. Dia cuba mencubit paha kirinya, terasa sakit. Ditampar – tampar pipinya, juga terasa sakit.

"Jangan berbuat begitu, sayang. Adinda tidak bermimpi." Intan tercari – cari sumber suara yang bercakap sejak dia tersedar dari pengsan tadi.

"Siapa kau?!? Tunjukkan diri kau!" Intan memberanikan diri untuk bersuara supaya empunya suara menunjukkan dirinya.

"Beta ialah pemerintah di sini. Dan adinda ialah kekasih hati beta, Puteri Kasturi." Suara itu kedengaran jelas bagaikan berbisik – bisik dicuping telinganya.

Intan berlari dan cuba untuk mencari pintu. Dia harus segera keluar dari tempat aneh ini. Makin dicari, semakin tidak jumpa. Bilik itu bagaikan direka tanpa pintu dan jendela.

"Ke manakah adinda ingin pergi?" Suara itu berbisik lagi dicuping telinganya.

Terasa hembusan panas nafas seseorang di bahagian lehernya. Intan cuba bersembunyi. Menikuskan diri di penjuru bilik. Perlahan – lahan di tengah - tengah bilik kamar yang samar – samar cahayanya itu, kelihatan beberapa orang perampuan yang cantik dan berpakain seperti dayang – dayang istana.

"Dayang menghadap, tuanku." Akibat terlalu terkejut dengan kemunculan dayang – dayang tersebut, Intan terloncat buat kali kedua sambil mengurut dada.

Terasa badan Intan diawang – awangan. Terasa badan kecilnya dikendong oleh seseorang yang berbadan sasa. Dengan sepantas kilat dia menoleh ke arah empunya badan. Perlahan – lahan empunya badan menampakkan diri dalam bentuk fizikal seorang manusia. Wajahnya sungguh tampan dan berbadan tegap bagai seorang pahlawan dahulu lagaknya. Terbeliak mata Intan. Intan berusaha untuk melepaskan diri daripada lelaki tersebut.

"Jangan takut adinda. Beta tidak akan mengapa – apakan permaisuri kesayangan beta." Raja Beriungan menurunkan Intan di atas kamar beradu. Intan cepat – cepat menjauh dan memeluk lututnya sendiri di penjuru katil.

"Aku di mana? Kenapa aku berada di sini? Dan kau siapa?" Intan bersuara sambil tangannya menunjuk – nunjuk ke arah Raja Beriungan.

"Sudah beta katakan tadi, adinda. Beta ialah Raja Beriungan, pemerintah kerajaan Indera Sakti. Dan adinda kini berada di istana beta." Jawapan Raja Beriungan membuatkan Intan semakin banyak persoalan.

"Bagaimana aku boleh berada di sini? Kau culik aku ya?" Intan masih inginkan kepastian.

"Sudahlah adinda. Usah banyak bicara. Baju adinda sudah kotor sekali. Adinda harus bersiram dahulu dan bersalin pakaian istana selepas itu." Intan hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu mahu berbicara tentang apa lagi kini. Dia semakin keliru.

"Ayuh tuan puteri. Mari bersama kami." Intan dipaksa melangkah beriringan bersama dengan beberapa orang dayang. Intan terkejut. Istana yang dimaksudkan oleh Raja Beriungan tadi ialah rumah sewa yang disewanya akan tetapi perhiasan yang ada dalam rumah telah berubah sama sekali.

Disepanjang perjalan menuju ke bilik air, Intan terlihat beberapa potrait gambar yang besar sekali tersangkut pada dinding. Satu potrait gambar yang menarik perhatiannya. Gambar Raja Beriungan bersama seorang wanita yang kelihatan sungguh anggun dan cantik sekali. Langkah kakinya diperlahankan. Wajah wanita itu diperhatikan.

"Dayang, siapakah gerangan wanita dalam gambar itu?" Intan menunding jarinya ke arah gambar wanita yang berdiri anggun di sebelah Raja Beriungan.

"Itulah Puteri Kasturi, tuan puteri." Salah seorang dayang telah memberi jawapan kepada Intan.

"Puteri Kasturi? Biar betul?" Wajahnya dipegang dengan jemari runcingnya. Kenapa wajah wanita itu serupa dengannya?

"Ayuh tuan puteri. Tuan puteri harus bersiram. Nanti Raja Beriungan murka kepada patik – patik kalian jika tuan puteri masih belum bersiram."

"Kenapa awak panggil saya tuan puteri? Saya bukan Puteri Kasturi. Saya Intan!" Intan cuba melarikan diri. Akan tetapi kakinya seperti digam pada lantai rumah tersebut.

"Tuan puteri tidak boleh lari dari istana ini." Kata – kata dayang tersebut membuatkan Intan semakin ketakutan.

'Ya Allah, bantulah hamba mu ini, ya Allah. Andai kata aku kini berada di alam khayalan atau mimpi, kau sedarkanlah diri ku, ya Allah. Bantulah diri ku, ya Allah.' Intan berdoa di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience