Nadia turun dari kereta Tayota Innova miliknya. Sudah empat kali dia membunyikan hon kereta dari luar pagar tetapi Intan masih belum ada tanda – tanda untuk membuka pagar automatik itu. Ditekan – tekan loceng rumah. Masih juga Intan tidak memunculkan diri. Kini nomber telefon bimbit Intan pula didail oleh Nadia.
"Save the day de de de de the day, de de de the day ...." Bunyi nyanyian Selena Gomez dari telefon bimbit Intan kedengaran begitu dekat. Seperti di halaman rumah saja.
Nadia memanjangkan lehernya untuk menjengguk kepalanya ke halaman rumah sewa Intan. Menghala pandangannya ke setiap penjuru halaman rumah tersebut. Dari kejauhan kelihatan cahaya dari telefon bimbit milik Intan menyala.
"Intan ..!!! Intan .... !!! Ya Allah!" Nadia cuba memanjat pagar automatik itu. 'Terpaksa aku jadi jantan jadian malam ni!' Sempat Nadia mengomel di dalam hatinya. Nasib baik dia memakai seluar panjang dari rumah tadi.
Intan kelihatan terbaring di antara batas bunga mahkota duri di halaman rumahnya. Nadia terpaksa mengheret Intan menjauh dari bunga – bunga tersebut, bimbang akan duri bunga tersebut yang berduri tajam terkena pada badan mereka berdua.
"Intan! Kenapalah Intan berbaring sini, Intan? Intan!" Intan masih tidak sedarkan diri.
Nadia mencari – cari kunci dalam poket baju kurung Intan. Jumpa! Lantas Nadia menekan remote control pagar automatik dan terus memecut berlari keluar dari rumah sewa Intan. Ingin mendapatkan pertolongan jiran – jiran terdekat. Nadia menekan – nekan loceng rumah bersebelah dengan rumah sewa Intan. Terpacul wajah seorang lelaki dan seorang wanita separuh umur.
"Assalamualaikum, pakcik, makcik. Saya nak minta tolong ini." Tercunggap – cunggap Nadia berkata – kata.
"Walaikumsalam, nak. Kenapa ni?" tanya Pak Kamal menyoal dengan nada cemas.
"Kawan saya pakcik ..." Nadia masih tidak dapat mengatur nafasnya dengan baik akibat pecutan larian yang agak luar biasa ke rumah jiran Intan.
"Sabar, nak. Tarik nafas tu dulu. Lepas itu, cakap perlahan – lahan." Mak Dilna mengurut – ngurut belakang badan Nadia agar gadis itu dapat mengatur nafasnya dengan baik.
"Kawan saya yang baru menyewa sebelah rumah ini pakcik, makcik. Saya datang tadi jumpa Intan pengsan di halaman rumah." Jelas Nadia dengan lancar.
"Ya Allah! Abang mari kita ke sana!" Mak Dilna menyarung seliparnya. Bagaikan satu kejutan mendengar apa yang di sampaikan oleh Nadia sebentar tadi. Baru saja sebentar tadi mereka makan bersama – sama.
"Tunggu abang kunci pintu sekejap. Nanti kita ke sana bersama - sama." Tanpa berlengah, Pak Kamal, Mak Dilna dan Nadia bergegas ke rumah sewa Intan.
Sampai di halaman rumah Intan, Pak Kamal terus menuju ke arah Intan. Mak Dilna dan Nadia menyusul kemudiannya. Mak Dilna menepuk – nepuk muka Intan. Mata Pak Kamal terpaku pada hujung jari telunjuk Intan yang kelihatan kebiru – biruan itu. Hati tuanya bagaikan tahu punca kenapa Intan boleh jadi begitu.
Bau bunga kemboja tiba – tiba semerbak. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Pak Kamal cuba mengawal keadaan.
"Bagus kita bawa Intan ke hospital untuk dapatkan rawatan. Cuba tengok hujung jari Intan tu. Kebiru - biruan. Entah – entah jari Intan tercucuk duri dari bunga – bunga ini." Pak Kamal menunding jadi ke arah bunga – bunga yang ada di situ.
+++++
"Dari pemeriksaan saya, Cik Intan tidak mengalami keracunan ataupun masalah kesihatan. Keadaannya normal sahaja. Saya juga hairan kenapa Cik Intan boleh tidak sedarkan diri. Hujung jari Cik Intan ada tercucuk sesuatu yang tajam tetapi pihak hospital tiada menemui sebarang jenis racun daripada haiwan dan tumbuhan seperti yang pakcik katakan tadi." Kata doktor wanita tersebut kepada mereka bertiga.
"Tapi kami jumpa Intan berhampiran dengan pokok Bunga Mahkota Duri, doktor. Setahu saya, bunga tersebut tiada racun tapi itulah. Saya melihat hujung jari Intan lebam sebab itu saya buat andain yang Intan terkena racun daripada pokok tersebut." Pak Kamal masih tidak berpuas hati.
"Seperti yang saya katakan tadi, kami tiada menemukan sebarang jenis racun dari tumbuhan, serangga atau sebagainya dalam saluran darah Cik Intan. Dari degupan jantung, pernafasan semuanya normal, pakcik. Tak mengapalah, kita biarkan Cik Intan berehat dahulu di wad buat sementara waktu ini. Saya akan hantar sampel darah cik Intan kepada makmal untuk mengenalpasti dengan lebih terperinci lagi. Saya minta diri dulu." Mereka bertiga hanya menganggukkan kepala kepada doktor wanita itu.
"Bagaimana ini pakcik? Makcik? Saya risau ni." Nadia nampak cemas.
"Cuba lihat kulit kelompok mata Intan. Ia tertutup tetapi bebola matanya bergerak – gerak." Nadia dan Mak Dilna menghampiri katil wad di mana Intan terbaring kaku di situ.
"Eh! Ialah pakcik. Ini menunjukkan bahawa Intan sekarang ini sedar!" Pak Kamal memegang dagunya. Dia seolah – oleh memikirkan sesuatu.
"Bagaikan ada perkara yang tidak kena saja. Pakcik rasa bagus kamu hubungi keluarga atau tempat kerja Intan. Takut kita di tuduh tidak memaklumkan perkara ini kepada keluarga dan majikan Intan.." Nadia menganggukkan kepalanya.
'Ya Allah. Kau sembuhkanlah sahabatku ini ya Allah. Hanya padaMu aku memohon pertolongan, perlindungan dan kesembuhan.' Doa Nadia di dalam hati.
Share this novel