Bab 13

Crime Completed 11416

"Arv? Apa maksud kau? Kenapa kau nak tinggalkan misi ni macam tu je?" Tanya Azhael pelik.

Arvela tersenyum.

"Aku terima misi lain dan berdasarkan apa yang bos cakap misi ni lagi penting wei." Kata Arvela tenang.

Dia kemudian mengeluarkan sepucuk pistol Beretta 90two yang di milikinya.

"Jadi? Bersedia untuk di hapuskan?" Tanya Arvela sinis. Lalu dia menembak paha Azhael.

Azhael terduduk di lantai.

Sekelip mata Adam dan Andrew masuk ke dalam bilik Arvela. Adam mengacukan pistol pada Arvela dan Andrew berdiri dalam keadaan terkejut.

Arvela kemudian menembak tangan Adam pistolnya terlepas ke lantai dan lagi sekali Arvela menembak tepat pada betis Adam.

Pistol kemudian di acukan kepada Andrew yang tidak bersenjata.

"Kau.... apa masalah kau Arvela?" Tanya Andrew geram.

Arvela tersenyum.

"Tiada apa apa masalah cuma kerja aku di sini dah selesai jadi aku nak pergi."

"Apa maksud kau?" Tanya Andrew perlahan.

"Segala stok dadah kau aku ambil. Terima kasih lah sebab bagi aku kaua dalam masa yang sekejap ya." Kata Arvela sinis lalu dia menembak bahu Andrew dan melompat turun dari tingkap.

Andrew terduduk kesakitan.

"Panggil doktor!" Jerit Adam yang mana turut menahan kesakitan.

****

Arvela berjalan perlahan dalam gelap.

Dia hanya bertemankan lampu suluh yang dibawanya sahaja.

Kawasan yang di laluinya itu semakin lama hutannya semakin tebal.

Arvela berjalan tanpa rasa penat sehinggalah dia terlihat satu kawasan lapang. Arvela berjalan dengan senyuman.

Dia kemudian berhenti di satu bangunan lama yang sudah tiada rupa seperti bangunan.

Arvela tersenyum sayu.

Dia ingat lagi ketika dia kecil ayahnya akan mengajak dia untu bermain selepas pulang daripada kerja. Dia ingat lagi bagaimana ibunya menanam pokok bunga tulip kegemarannya di halaman rumah.

Dan paling tidka boleh dia lupakan saat saat dia melihat rumahnya terbakar di jilat api bersama sama ibu dan ayahnya yang terperangkap di dalam.

"I wish i can save you..." rintih Arvela perlahan.

"Sekarang Arv dah besar. Arv janji Arv akan cari siapa yang bunuh daddy dan mummy. Arv janji." Kata Arvela perlahan. Lalu dia berjalan pulang ke tempat persembunyiaanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience