Bab 7

Crime Completed 11416

"Kau dah paksa aku duduk dengan kau sekarang ni kau nak halang aku daripada pergi sekolah dan kerja aku. Wah wah hebat permainan kau Andrew!" Bentak Arvela marah.

Andrew menjeling Arvela.

"Kau tak faham ke aku cuba lindung kau?" Kata Andrew. Arvela ketawa sinis.

"Lindung? Kau cuba lindung aku? Apa masalah kau ni. Aku ni siapa sampai kau sibuk nak lindung aku? Ke kau cuba nak korek rahsia dari aku?" Kata Arvela lantang. Andrew berdiri berhadapan dengan Arvela.

"Kenapa kau ni degil sangat?" Tanya Andrew. Lengan Arvela di pegang kuat. Arvela cuba merungkaikan tetapi pegangan Andrew terlalu kuat.

"Suka hati aku lah! Apa masalah kau ni!" Kata Arvela lalu menolak Andrew kuat.

Arvela kemudian berjalan keluar dari pejabat Andrew lalu dia berlari turun ke tingkat bawah dimana pintu utama berada. Dia ingin melarikan diri.

"Arvela!" Panggil Azhael. Lalu dia terus mengangkat Arvela ke atas bahunya.

"Tak guna! Lepaskan akulah! Aku nak keluar dari tempat ni!" Kata Arvela berang. Dia menumbuk numbuk belakang Azhael.

"Kunci dia dalam bilik!" Arah Andrew dari tingkat atas.

"Tak guna! Mafia tak guna! Seorang lelaki pun kau tak mampu bunuh sampai aku yang kene bunuh! Pengecut!" Maki Arvela sebelum dia di bawa masuk di dalam bilik yang di khaskan untuk dia.

Azhael menutup pintu kasar. Dia meletakkan Arvela di atas katil. Arvela memandang Azhael dingin begitu juga dengan Azhael.

Azhael kemudian berjalan pergi dan mengunci bilik Arvela.

Arvela tersenyum sinis.

"Mission three, done.." kata Arvela sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience