Prolog

Crime Completed 11416

23 Ogos 2001

Gadis kecil bergaun putih yang sudah dikotori oleh lumpur dan berambut hitam pekat sedang berdiri sambil menangis teresak esak di hadapan banglo keluarganya yang kini sudah rentung di jilat api.

Sebuah kereta berhenti tidak jauh dari kedudukannya. Seorang lelaki berpakaian sut hitam keluar dengan wajahnya yang bengis menghampiri gadis kecil itu.

"Arvela." Panggil lelaki itu tegas. Arvela memusingkan tubuhnya.

"Uncle Swift!!" Esak Arvela kuat sambil berlari ke arah lelaki itu. Lelaki itu lalu mengangkat Arvela mendukung gadis berumur lima tahun itu.

"Apa dah jadi sayang?" Tanya Aaron.

"Arv tengah tidur sebelum daddy angkat Arv dan letakkan Arv di laman. Lepas tu daddy masuk balik tak keluar keluar...." kata Arv sambil air matanya merembes keluar dengan laju.

Aaron mengesat air mata gadis kecil itu menggunakan tangannya. Lalu dia melentokkan kepala anak kecil itu di bahunya sebelum dia memandang rumah rakannya yang sudah hangus di jilat api.

"Siapa nak ceritakan bed time story untuk Arv...." rengek Arvela lagi.

"Uncle ada. Nanti uncle ceritakan... now Arvela tidur ya..." kata Aaron lembut.

Dia memandang rumah banglo rakannya yang sudah hangus di jilat api. Dia tahu semua ini perbuatan khianat. Ada seseorang yang ingin membunuh rakannya.

Aaron mengeluarkan telefon lalu menghantar pesanan kepada pekerjanya.

Tidak lama kemudian sebuah van hitam datang dan Saron terus masuk ke dalam kereta miliknya bersama Arvela yang sudah nyenyak di bahunya.

****

12 tahun kemudian

Andrew berlari ketakutan di dalam hutan. Beberapa kali kakinya terperangkap di dalam lumpur namun di gagahkan juga untuk terus berlari.

"Tolong!" Jerit Andrew meminta tolong.

"Tolong!" Jerit Andrew lagi.

Tiba tiba Andrew tersadung oleh akar kayu.

"I can hear you Andrew!!" Kata satu suara kasar tidak jauh dari kedudukan Andrew. Andrew menggigil ketakutan.

Dia kemudian merangkak mencari tenpat perlindungan sehingga dia terdengar bunyi air tidak jauh dari tempatnya ini. Lalu dia terdengar suara gelak tawa seorang perempuan melalui kawasan air terjun itu.

Tanpa berfikir panjang Andrew terus bangun dan berlari ke arah air terjun itu. Dia nampak ada seorang gadis sedang bermain air seorang diri.

"Tolong! Tolong saya! Ada orang kejar saya!" Kata Andrew lemah. Gadis itu memandang Andrew. Pasti gadis itu terkejut dengan wajah Andrew yang kini penuh dengan darah dan lumpur.

"Siapa kejar kau?" Tanya gadis itu. Dia lantas keluar dari air dan pergi ke arah begnya. Andrew menghampiri gadis itu lalu terduduk di kaki gadis itu.

"Tolong..." rayu Andrew. Gadis itu kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol dari begnya. Terkejut Andrew. Gadis itu berjalan di hadapan Andrew sambil melihat sekeliling.

"I can hear you Andrew! Kau meminta pertolongan dari gadis lemah kau ingat kau boleh terlepas!!" Kata satu suara garau.

"Keluar! Siapa kau! Jangan bersembunyi macam pengecut!" Kata gadis itu lantang. Wajahnya tidak menunjukkan sedikit pun ketakutan kepada suara kasar itu.

Tidak lama kemudian terdapat pergerakkan dari semak di hadapan Andrew dan bunyi picu di tarik. Tanpa berfikir panjang si gadis terus menarik menembak ke arah semak yang bergerak itu. Kedengaran bunyi seseorang mengerang dan tangan terkeluar dari semak tersebut.

Si gadis berjalan perlahan dan berhati hati sebelum melihat mayat lelaki yang sudah mati itu.

"Dia dah mati." Kata gadis itu kepada Andrew.

"Biar aku call polis." Kata gadis itu lalu di halang oleh Andrew.

"Jangan! Kalau nak call polis aku harus pergi dahulu!" Kata Andrew cemas. Si gadis memandang Andrew pelik.

"Kenapa?" Tanya dia pelik.

"Aku wanted." Kata Andrew perlahan.

Si gadis mengganggukkan kepalanya tanda faham. Lalu dia berundur sedikit menjauhi Andrew. Pistol di tanganya di halakan ke arah Andrew.

"So... are you going to kill me?" Tanya si gadis tegas. Andrew ketawa kecil.

"No i wont! Aku tak akan bunuh orang yang dah selamatkan aku." Kata Andrew sambil tersenyum. Si gadis mengerutkan dahi.

"Boleh percaya ke?" Tanya hadis itu sinis.

Andrew menghampiri gadis itu lalu pistol di tangan gadis itu di ambil dengan lembut.

"Ya kau boleh percayakan aku."

Pistol sudah bertukar tangan dan kini pistol itu sudah elok di simpan di belakang seluar Andrew.

"I need to go. Call police selepas aku pergi. Okay darling?" Kata Andrew sambil menyentuh lembut pipi si gadis. Lalu dia berjalan menuju ke dalam hutan semula.

"Oh! Before aku pergi. Boleh aku tahu apa nama kau?" Tanya Andrew.

"Its Arvela. Arvela Swift." Kata gadis itu. Andrew tersenyum kecil.

"Pretty name for pretty woman." Kata Andrew lalu terus menghilang di dalam semak.

Si gadis tersenyum sinis lalu meggelengkan kepalanya sebelum mendail nombor polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience