Bab 11

Crime Completed 11416

Arvela mengira pembantu rumah yang berada di dapur ketika ini.

"Empat. Mana pembantu lagi seorang? Sepatutnya ada lima, mana lagi seorang?" Tanya Arvela kasar.

Pembantu rumah yang di sergah Arvela terkejut lalu menggigil.

"Aku tanya mana dia?!!" Tanya Arvela berang.

"Aku dekat sini apa kau nak?" Tanya pembantu rumah yang di cari cari Arvela. Seorang gadis yang agak rapat dengan Andrew. Arvela tersenyum sinis. Dengan silencer yang dipegang dari tadi dan pistol di pinggangnya. Arvela bertindak pantas mengambil pistol memasang silencer lalu terus menembak pembantu rumah yang rapat dengan Andrew itu.

Maid yang kain terkejut mereka kemudian menundukkan kepala mereka. Takut di tembak. Tetapi Arvela sedikit pun tiada belas kasihan lantas menembak kepala seorang demi seorang yang ada. Darah memenuhi dapur mayat pula bergelimpangan di atas lantai.

Arvela meneruskan perjalanannya.

Dia berjalan ke ruang tamu di mana konco Andrew selalu melepak.

Pistol langsung dia tidak sorokkan.

Arvela lihat mereka yang sedang ketawa gembira.

"Hoi!" Jerit Arvela lalu apabila mereka ingin mengeluarkan senjata mereka Arvela telah menembak tepat di dahi mereka.

Arvela lantas berjalan ke bilik bawah tanah. Dia tahu berapa ramai yang menjaga rumah ini hari ini semua nya berada di dalam tangannya. Dengan ketiadaan Andrew mereka semua agak lalai dan mabuk.

Arvela turun ke tingkat bawah tanah belum apa apa dia sudah lihat kondom bersepah di lantai.

Arvela lihat seorang lelaki dan perempuan sedang bercumbu di koridor lalu Arvela lantas menembak ke dua duanya dari mereka.

Arvela meneruskan kerjanya. Berdas das tembakan di lepaskan dan apabila pelurunya habis dia mengisi semula peluru dan menyambung kembali kerjanya.

Seorang demi seorang tumpas di tangan Arvela sehinggakan pelacur yang ada turut di bunuh. Bagi Arvela dalam misi ini tiada belas kasihan dia akan bunuh semua yang dia rasakan adalah ancaman.

Setelah memeriksa kawasan Arvela lantas masuk ke bilik di mana komputer yang memaparkan cctv di letakkan.

Arvela membuka cctv yang berada di gudang dan dia dapat lihat dengan jelas wajah Adam di gudang tersebut sedang membebaskan mangsa mangsa Andrew.

Arvela lantas memusnahkan segala bukti. Setelah yakin dan selesai dengan kerja nya Arvela kemudian berjalan keluar ke rumah agam di mana Adam sudah menunggu dia.

"Dah settle ke?" Tanya Adam ragu ragu. Arvela memberi pistolnya kepada Adam.

"Semua aku bunuh now kita kene buat alibi untuk kita supaya kita tidak terlibat dengan benda ni semua."

Kata Arvela dingin.

Adam terkejut tetapi dia kembali tenang kerana dia tahu ini memang cara Arvela bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience