Bab 4

Crime Completed 11416

"Hai Arvela!" Tegur Sophie yang baru masuk menggantikan shift Arvela.

Arvela membuka apron coklatnya itu lalu di gantung pada penyangkut di dalam lokernya.

"Sophie. Dalam bilik 01 ada customer. Andrew Blace. Kau tolong gantikan aku. Shift aku dah habis tapi dia tak keluar keluar lagi." Kata Arvela selamba. Sophie menjadi cemas.

"Mafia tu? Kau gila ke?" Tanya Sophie.

"Please! Aku nak masuk shift aku dekat kedai buku tu pula!" Rayu Arvela. Sophie mengeluh.

"Habis tips kau?" Tanya Sophie.

"Kau ambil je lah. Aku tak kisah." Kata Arvela lalu memakai kot dan mafela di lilitkan dilehernya. Beg sandangnya di pakai lalu dia terus berlalu pergi.

****

Jarum jam menunjukkan angka satu pagi. Walau bagaimana pun bandar ini tetap hidup seperti penghuninya tidak akan tidur.

Arvela turun dari bas sambil matanya menahan ngantuk.

Dia berjalan perlahan menuju ke rumahnya yang terletak agak jauh dari perhentian bas. Satu demi satu rumah jirannya dia lalui dan kesemuanya sudah gelap kecuali rumah keluarga Donald yang mana anaknya sedang melakukan parti. Ibu bapanya mungkin keluar negara sebab itu dia bebas melakukan apa sahaja.

Arvela di jemput tetapi akibat kerja dia terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri majlis itu.

Olivia Donald menghampiri Arvela yang sedang berjalan di hadapan rumahnya.

"Arv!! Jomlah masuk sekejap!" Pelawa Olivia. Walaupun penat Arvela mengukirkan senyuman dan masuk ke dalam rumah Olivia.

"Hei Arv!" Tegur suara suara yang mengenali Arvela. Arvela agak terkenal di sekolahnya.

"Hei!" Tegur Arvela ramah. Cawan berwarna merah dihulurkan Olivia kepada Arvela. Arvela sambut lalu meneguk melepaskan dahaga.

Mereka berbual dan menari buat seketia sebelum Arvela memberikan alasan untuk pulang.

Arvela menapak lagi sebelum dia ternampak sebuah kereta hitam di hadapan rumahnya. Tahulah dia Andrew kini berada di rumahnya menunggu dia.

"Kau nak apa Andrew?" Tanya Arvela sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah miliknya. Kelihatan Andrew sedang makan sandwich di ruang tamu sambil menonton tv.

"Berehat. Tengok tv. Supper..." kata Andrew selamba tanpa rasa bersalah.

"Keluar Andrew." Kata Arvela penat.

"Tak nak." Balas Andrew degil. Tak tahulah dia ni ketua mafia ataupun budak sekolah rendah. Mengada ngada sangat.

"Lantak kau lah!" Kata Arvela bengang lalu terus naik ke tingkat atas di mana biliknya berada.

Arvela membuka kot dan mafela miliknya lalu di campak ke dalam bakul pakaian kotor. Beg sandangnya di buka lalu dia mengeluarkan beg dompetnya. Arvela berjalan keluar dari bilik lalu naik ke loteng di mana dia menyimpan duit simpanannya.

Sebuah peti kayu kecil di buka kuncinya lalu dia mengeluarkan kepingan kepingan duit yang dia dapat ketika bekerja di kedai kopi. Gajinya tidaklah tinggi mana cuma tips yang diterima membuatkan dia dapat menyimpan untuk masa depan. Cukup sebulan dia akan masukkan duit itu ke dalam bank.

Duit itu memang dia akan simpan dan tidak akan menggunakannya melainkan keadaan terdesak. Dan dia yakin tak lama lagi dia pasti akan menggunakan wang tersebut.

Duit di simpan bersama duit duit kertas yang lain. Peti ditutup lalu di kunci semula.

Arvela duduk di meja belajar dan membuka sebuah buku catatan.

Dia menyenaraikan barang barang yang perlu di bayar menggunakan duit gajinya hujung bulan nanti.

Duit sewa rumah, barang dapur, bil api dan air, dan wang untuk membeli senjata api yang baru.

Setelah membuat kira kira Arvela akan kekurang duit untuk kehidupan seharian dia kerana senjata api dia yang lama sudah di ambil oleh Andrew dan dia harus membeli yang baru.

Arvela mengeluh...

"Kopak betul bulan ni." Bebel Arvela lalu menutup buku tersebut dan dia masuk semula ke dalam biliknya. Di tingkat bawah kedengaran Suara kasar Andrew ketawa gembira. Arvela buat muka. Lalu dia terus masuk ke dalam biliknya dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience