Bab 10

Crime Completed 11416

Adam berjalan perlahan menuju ke gudang di mana Andrew menyembunyi kan semua pelacur dan kanak kanak yang diculiknya. Sebaik sahaja gudang yang kosong ini berbau busuk dan Adam tidak tahu bagaimana mangsa mangsa yang di culik dapat hidup di dalam tempat ini.

Sedang Adam berjalan tiba tiba dia ternampak sekumpulan gadis sedang tidur di dalam bulatan. Mereka semua berpakaian terdedah dan tidur di atas lantai gudang yang kotor.

Salah seorang daripada kumpulan gadis itu bangun dan melihat Adam. Dia terkejut dan tiba tiba menangis.

Adam memandang dia sayu lalu meletakkan jari pada mulut menandakan supaya gadis itu diam.

Adam kemudian menyuruh gadis itu lihat jika terdapat pengawal di sekelilingnya dan gadis itu berkata pada waktu siang biasanya tiada yang menjaga mereka kerana mereka semua di ikat. Adam menghampiri kumpulan gadis yang sudah mula bangun itu. Mereka terkejut melihat kehadiran Adam kerana mereka tahu Adam adalah pembantu Andrew.

Adam dapat ligat dengan jelas kaki mereka di ikat dengan besi malah ada di antara mereka pergelangan kaki mereka sudah melecet akibat di ikat terlalu lama.

"Aku akan bebaskan kamu semua." Kata Adam perlahan. Mereka semua terkejut.

"Tapi kau pun sama macam Andrew. Entah entah kau cuma memperdayakan kami semua!" Kata salah seorang dari mereka.

Adam hanya diam sambil menghantar pesanan kepada seseorang melalui jam miliknya.

Tidak lama kemudian pasukan bantuan tiba 10 orang lelaki bersenjata masuk dan mula membuka rantai di pergelangan kaki gadis gadis tersebut.

"Apa semua ni? Kenapa kau belot pada Andrew?" Tanya mereka lagi.

"Aku bukan konco Andrew. Faham? Tu je aku boleh kata." Kata Adam perlahan sebelum dia perasan ada kamera di penjuru gudang.

"Shit!" Dia kemudian lantas keluar dari gudang dan masuk ke dalam keretanya. Dia menghantar pesanan kepada Arvela.

Arvela yang sedang memecah masuk pejabat Andrew terkejut kerana jam miliknya bergegar.

"What... ada kamera. Shit." Bebel Arvela sendiri. Dia kemudian lantas masuk ke dalam pejabat Andrew kerana terdengar bunyi orang berjalan. Arvela kemudian mula menyiasat. Segala fail fail yang ada dia geledah. Tiba tiba dia pandang komputer diatas meja kerja Andrew. Arvela tanpa membuang masa buka dan mula mengeledah isi di dalam komputer.

Lagi sekali jam Arvela bergegar.

"Aduh mamat ni nak aku padamkan pula muka dia dari cctv tu. ish!!" Bebel Arvela. Dia kemudian mula mencari maklumat di mana komputer yang memaparkan cctv itu berada.

"Bilik bawah tanah?" Arvela mendengus. Sudah tentu tentu di bilik bawah terdapat ramai konco Andrew.

Arvela membebel seorang diri sebelum keluar daripada pejabat Andrew. Dia kemudian masuk ke dalam biliknya ingin mengambil pistol miliknya yang baru sahaja dibeli tetapi di batalkan hasrat. Dia membuka almari dan menyeluk ke dalam almari. Sebuah kotak hitam di keluarkan dan di dalamnya terdapat sepucuk pistol AMT Hardbeller. Pistol ini milik mendiang ayahnya yang mati terbakar dahulu.

Peluru di isi. Dan dia memasukkan pistol di celah pinggangnya. Peluru tambahan di letakkan di poket seluar jeans dia.

Pisau lipat di letakkan di pinggang kirinya pula.

Arvela menelefon Andrew.

"Andrew. Aku keluar sekejap dengan Adam." Kata Arvela lalu diam seketika mendengar Andrew membebel.

"Aku keluar sekejap jelah apa masalah kau ni nak kongkong aku?" Kata Arvela berang lalu dia mematikan talian. Arvela kemudian berjalan kearah dapur.

Matanya tajam seperti helang wajahnya kelihatan dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience