Bab 12

Crime Completed 11416

Arvela terkejut apabila Andrew tiba tiba datang ke kedai kek yang dia dah Adam sedang lepak. Andrew kelihatan marah dia kemudian menarik tangan Arvela.

"Mari kita pergi! Adam sediakan kapal kita akan berangkat pergi dari sini!" Kata Andrew berang.

Arvela dalam diam tersenyum sinis kepada Adam.

Arvela dan Andrew di terbang ke Russia. Arvela tersenyum sinis. Memang ini tempat yang di tujunya.

Setelah mereka tiba di rumah agam Andrew. Arvela di tinggalkan seorang diri bersama sama pembantu rumah yang menjaga rumah itu.

Azhael ditugaskan untuk menjaga Arvela.

"Andrew dah pergi ke?" Tanya Arvela perlahan. Azhael mengganggukkan kepalanya sambil melihat tingkap di mana kereta Andrew berlalu pergi.

"Kau geledah atas aku kat basement." Kata Arvela lalu segera berlari keuar dari biliknya.

Arvela mengeledah ruang bawah tanah untuk mencari dadah yang dimiliki Andrew. Tepat sangkaannya memang benar Andrew menyembunyikan dadah di ruang bawah tanah.

Tiba tiba jam tangan miliknya berbunyi.

Adam menghantar pesanan bahawa dia sudah tahu siapa orang kanan Andrew.

Arvela tergamam.

Dia lantas berlari ke tingkat atas dan kelihatan Azhael turut menuju ke arah dia.

"Arv. Nak buat macam mana ni?" Tanya Azhael.

"Aku nak jumpa bos dulu. Ada benda yang aku nak bincang." Kata Arvela serius.

****

"Tuan, Adam dah jumpa orang kanan Andrew. Tuan nak saya buat apa?"

"Seperti yang kau tahu, misi kita adalah menyiasat Andrew. Selamatkan mangsa mangsa yang sepatutnya di jadikan pelacur dan merampas aset dia."

"Saya tahu tu tuan. Tapi dalam fail yang saya terima tuan mahu saya tangkap orang Kanan Andrew bukan Andrew. Tuan nak saya tangkap Arnold bukan Andrew. Saya tak faham kenapa kalau tuan nak saya tangkap Arnold tapi tuan beri saya fail yang kedua untuk menyiasat Andrew bersama sama Adam dan Azhael. Kalau misi menangkap Arnold ini hanya misi individu untuk saya kenapa saya mesti berganding dengan mereka?"

"Sebab mereka perlukan kebolehan kamu untuk meneruskan siasatan ini. Dan kamu juga boleh menggunakan mereka untuk mencari Arnold itu tujuannya. Mulai daripada hari ini, mulakan tugasan kamu. Tinggalkan Andrew dan tangkap Arnold."

"Tapi apa yang Arnold dah buat? Kenapa saya perlu tangkap dia sahaja?"

"Kamu akan tahu apabila kamu berhadapan dengan dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience