Bab 9

Crime Completed 11416

"Kenapa balik lambat?" Tanya Andrew sebaik sahaja Azhael masuk ke dalam pejabatnya.

"Arvela nak beli jam baru. Jam tangannya putus tadi." Kata Azhael lalu meletakkan jam tangan Arvela yang sudah putus talinya pada atas meja kerja Andrew.

"Lain kali cakap." Kata Andrew.

"Maaf bos. Arvela terlalu bising membebel tadi. Dia buat perangai tadi. Kami agak tak terlayan." Kata Azhael.

'Tahu perempuan tu aku kutuk dia mampus aku!' Bisik hati kecil Azhael.

****

Arvela duduk termenung bersendirian. Dia sudah tamat sekolah dan tahun depan umurnya 18. Dia terlalu muda tetapi sudah melakukan kerja berat dan merbahaya ini. Azhael dan Adam pun tidak mula bertugas semuda dia.

Arvela memandang biodata Andrew yang mana memerlukan cahaya UV untuk melihatnya.

Andrew Blace, 27. Russia-Canada. Dia mengambil alih kumpulan ini dari ayahnya kerana ayahnya sudah tua.

"Heh!" Arvela tiba tiba ketawa sinis apabila membaca kandungan biodata tersebut.

Ayah Andrew, mayat Alexander Blace telah dijumpai di dalam sebuah kilang lama. Separuh tubuhnya hancur akibat disiram asid manakala separuh lagi penuh dengan tikaman.

'Andrew bunuh ayah dia..." bisik Arvela sendiri.

Menjalankan aktiviti menjual dadah, membuat dadah, memperdagangkan manusia dan kanak kanak, menjual Organ, memiliki 25 kelab malam dan pelacur bawah umur 18 tahun yang di paksa dan di culik dari ibu bapa mereka.

Seramai 256 gadis dilaporkan hilang dan 95% dilaporkan berkaitan dengan Andre Blace.

Arvela menghela nafas panjang. Berbulan dia menjalankan siasatan kepada Andrew. Pelbagai rancangan dia lakukan untuk mendekati Andrew akhirnya dia berjaya juga.

'Sekarang aku ingin mencari kedudukan gadis gadis yang diculik Andrew. Kelab malam Andrew yang sah di sisi undang undang hanyalah samaran semata mata. Melalui maklumat yang aku terima Andrew membuat aktiviti melacur perempuan itu di tempat lain di tempat yang tidak di ketahui sesiapa.'

'Adam dan Azhael sedang mencari rakan subahat Andrew dan aku akan mengalihkan pengalihkan perhatian Andrew untuk membantu mereka.' Bisik Arvela sendiri.

Arvela memandang tangannya. Tangannya sudah berkali kali kotor dengan darah. Segala tugasan yang diterimanya berjaya dilakukan dengan baik.

Tiba tiba pintu biliknya di ketuk dari luar. Adam masuk dan menghampiri Arvela.

"Bos takde. Kau nak mulakan rancangan ke?"

"Kau yang kene buat semua ni. Aku tak boleh Adam. Aku tak nak identiti aku terbongkar sekarang." Kata aku perlahan. Adam tersenyum sinis.

"Kau berikan arahan dan aku akan buat semuanya. Kau ketua dalam mission ni Arv." Kata Adam. Aku tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience